Pengedar DNA Walit Ginseng dan DNA Walit Stevia
Emak saya memang tidak reti untuk
duduk diam, sejak dari muda dia telah bekerja keras untuk membesarkan anak-anak
setelah pemergian ayah. Dunia kerja dari kilang, kedai jahit sehinggalah
membuka kedai makan, mengedar kerepek, menjual nasi lemak, cendol dan cucur
udang di tepi jalan semua di lalui penuh ketabahan. Semangatnya sangat kental.
Sejak akhir-akhir ini seiring dengan pertambahan umur yang
kudratnya semakin sedikit emak mula menyertai perniagaan MLM yang telah membawa
dia ke serata negeri. Ke terujaan emak terhadap makanan tambahan dan penjagaan
kesihatan pernah membawa emak ke Singapura menaiki Star Cruise selama 3 hari 2
malam tanpa perlu mebayar apa-apa pun. Kegigihan emak memang selalu membuahkan
hasil.
Emak pernah menyertai Luxor sehingga di kenali sebagai Kak
Zah Luxor oleh kawan dan lawan kemudian mak menyertai Gamat Emas kerana produk ini lebih mampu milik untuk orang kampung.
Kini mak beralih arah tanpa meninggalkan cintanya pada gamat. Emak mula belajar
kehebatan walit dan ginseng pulak
melalui produk DNA Global iaitu DNA Walit Ginseng dan DNA Walit Stevia yang
terbukti keberkesanan melalui sejarah masyarakat Cina sejak berdekad yang lalu.
Emak bukan sahaja menjual tetapi emak belajar tentang apa yang dijualnya., jadi
dia tidak kekok untuk bercakap mengenai produk yang dijualnya.
Kini emak mula mengembangkan sayap
menjadi pengedar DNA Global yang
berasaskan gabungan ramuan herba terpilih yang memang telah diketahui mempunyai
nilai khasiat yang tinggi untuk kesihatan. Antara ramuan utamanya ialah ekstrak
sarang burung walet, air mineral, ginseng Amerika, Stevia, kurma dan badam.
Inilah kehebatan emak saya masih terus bekerja di usia emas,
tahun ini dia akan meyambut ulangtahun kelahiran yang ke-64. Moga emak terus
sihat agar kami dapat memanjakan emak mengkut segala kemahuan dia,
menyantuninya penuh adab. Berilah kesihatan yang baik kepadanya dan umur yang
panjang penuh manafaat.
Berminat dengan DNA Walit Ginseng dan DNA Walit Stevia?
Anda yang berada di Kedah/Perlis berdekatan Arau dapatkan
dari Puan Hazizah Senapi di nombor telefon 019-2416743. Harga adalah setanding
dengan mutu. Telah ramai yang menggunakan produk ini insyaallah berkesan.
Kesembuhan itu datang dari Allah s.w.t jua kita hanya berikhtiar.
terima kasih di atas perkongsian in kak....
BalasPadam