Komen Gagal Di Terbitkan Di Blog Yang Di Kunjungi

2:46 PTG JunAina 3 Comments





Blog Rider Sejati setelah sekian lama terabai tiba-tiba terasa satu semangat baru meresap kembali. Ingin menulis seperti dulu yang kadang-kadang sehingga 2-3 entri sehari, 1 entri adalah wajib 2-3 adalah mengikut kelapangan dan idea. Itu suatu ketika dahulu tahap kerajinan berada di puncak, sekarang cuba bangun kembali mungkin ada hikmahnya kelak.


Blogwalking menjengah kawan-kawan, membaca kemudian meninggalkan komen menjadi rutin. Rupanya ada masalah lain yang timbul bila buka email terdapat berpuluh-puluh email bertajuk `Mail Delivery Subsystem’. Rupanya selama ini `Komen Gagal Di Terbitkan Di Blog Yang Di Kunjungi’, jadi tiada jejak yang saya tinggalkan untuk kawan-kawan-kawan oleh sebab itu kawan-kawan tidak tahu yang saya telah singgah dan telah membaca entri tersebut. Rasa buang masa mengarang panjang lebar komen yang ditinggalkan.


Masih mencari penyelesaian bagaimana harus dibuat. Mungkinkah setting di blog ataupun di kumputer. Google kan ada tapi kalau tak tahu keyword yang sesuai pun susah jugak. Harap perkara ini dapat di atasi segera. Kadang-kadang bila buka email sehingga 20-30 email notification failure yang sampai sehari. Sedih betul.



 Kalau ada kawan-kawan yang pernah mengalami pengalaman yang sama bolehlah berkongsi di sini atau pun bagi link di mana saya boleh rujuk masalah tersebut. Susah hati juga berpuluh-puluh email gagal sampai, tak seronok pula nak komen sana-sini yang akhirnya gagal di kesan oleh pemilik blog.



You Might Also Like

3 ulasan:

  1. Boleh pulak jadi macam tu Aina..
    Harap ada yg boleh membantu.

    BalasPadam
  2. Eh...kakcik takde pula terima emel macam tu. Biasanya kalau gagal, serta merta diberitahu waktu kita pos komen...

    BalasPadam
  3. kesihan ..sebenarnya apa tujuan ruang komen tu ..untuk kita beramah mesra di laman maya..komen yang baik2 kenapa pula kena lock kan..baik tengok tul2 setting di blog tu..ya

    BalasPadam