Sehati Sejiwa Dataran Merdeka 2015
Acara yang menjadi tumpuan pada bulan
Ogos tentulah sambutan Hari Kemerdekaan pada 31hb Ogos 2015 di Dataran Merdeka
bertemakan Sehati Sejiwa yang di sambut dengan meriah dan penuh semangat
patriotik. Tahun ini kami sekeluarga masih memilih untuk bersama ribuan rakyat
Malaysia merasai hangatnya semangat patriotik yang menjalar disetiap urat darah
yang ada. Inilah sumbangan kecil saya buat negara, menididk anak-anak untuk
cintakan negara serta menyemai jiwa patriotik dalam diri mereka. Panas dan sesak bukan halangannya.
Tahun ini Mama, Abang, Kakak dan Adik
bersepakat untuk naik komuter awal pagi ke Dataran Merdeka, turun di Stesyen
Kuala Lumpur dan berjalan kaki ke arah Dataran Merdeka. Semasa sampai perarakan
sudah dimulakan namun kami masih berkesempatan merasai momen-momen keterujaan
di dalam setiap perbarisan dari pelbagai agensi yang mengambil bahagian. Mereka
kelihatan cantik, segak, bergaya, gagah, berani serta tampan dalam seragam
masing-masing. Langkah mereka adalah langkah pewira sejati!
Memulakan pagi di Stesyen Komuter
Kajang dengan penuh bersemangat. Tahun lepas hanya bertiga tetapi tahun ini
Abang setuju untuk ikut sekali.
Peserta yang mengambil bahagian di
dalam perarakan Hari Kebangsaan, ini hanya sebahagian sahaja. Rasa seperti nak
menyelit sahaja bersama dalam perbarisan.
Tetap
nak juga bergaya dengan Jalur Gemilang
Warna-warni Jalur Gemilang di Dataran
Merdeka. Bukti masih ramai yang cintakan negara.
Tengok di udara!!! Bergegaq
jantung. Tahun ini saya hanya menikmati lintas hormat Sukhoi30MKM dengan penuh
keterujaan tanpa keinginan merakam gambar kerana saya ingin menikmati momen
setahun sekali itu dengan penuh nikmat.
Anak-anak sempat megambil gambar
dengan Ally Iskandar yang sdang bersiaran langsung di Dataran Merdeka pada hari
tersebut. Dia pakai kasut merah habaq hanggg!!!
Tamat sahaja acara di Dataran Merdeka
kami bergerak ke Pasar Seni, berjalan sambil mengutip kenangan yang terlalu
banyak di situ. Bawa anak-anak melihat hasil seni yang banyak dipamerkan di
Pasar Seni sambil makan-makan menghilangkan lelah. Membawa empat bendera yang
diselit pada beg sandang menarik perhatian dua pelancong asing yang bertanya di
mana hendak beli Jalur Gemilang . Saya dengan senang hati hadiahkan satu
sebagai cenderahati kepada mereka. Kegembiraan berterusan.
Selagi anak-anak masih berminat untuk
terus menyertai acara ini setiap tahun nampak gayanya acara ini akan di
masukkan di dalam kalender aktiviti wajib kami sekeluarga. Selain meraikan Hari
Kebangsaan yang penuh warna-warni saya berharap sedikit sebanyak dapat mendidik
anak-anak untuk cintakan Negara, menjadi rakyat yang berbakti. Moga mereka
tidak akan lupa perjuangan mereka yang menuntut kemerdekaan. Tiada dahulu tiada
sekarang.
Sehati Sejiwa!
Kisah tahun 2014 : Di Sini LahirnyaSebuah Cinta!
Ally Iskandar...bekas pensyarah saya dahulu di Uni...
BalasPadamrajin nyer akak n anak2 pg sambutan kemerdekaan... msti seronoknya dpt merasai semangat kemerdekaan ramai2... tp yg tak tahan tang panas tuh kot
BalasPadamSyabas pada aina dan anak-anak sanggup turun padang. Tentu semangatnya lain macam bila berada 'live' dibandingkan dengan menonton di kaca tv..
BalasPadamWah seronoknya. bila anak-anak saya dah besar sikit saya pun nak sertai juga...
BalasPadamTerbaiklah Jun. Bersemangat satu family.
BalasPadamwah kak june semangat tu,, rindu plak nak smbut merdeka kat Perelih.. salu kalo kat kg setiap tahun tak pernah miss ^_^
BalasPadammeriahnyerr uolss., hehe2
BalasPadam