Brownies Sedap di Sembang Brownies
Abuain Kitchen kisah perjalanan
sebuah pengorbanan masa serta keringat kerana minat namun kejayaan akan tetap
bersama bagi mereka yang berusaha. Kami saling mengenali di dunia blog bertegur
sapa beramah mesra di alam maya. Lahir sahaja `Abuain Kitchen’ saya dan
kawan-kawan blogger lain mendapat jemputan khas dari Khairul Hakimin pemilik
Abu Ain Kitchen untuk meraikan pembukaan dan majlis bersama Chef Adu Amran.
13hb Sept 2015 sekali lagi saya
mendapat jemputan ke Abu Ain Kitchen untuk menghadiri kelas Sembang Brownies. Peserta diajar
membuat Peanut Butter Brownies dan Chocolate Fudgy Brownies secara demo dan di
sulami dengan sembang-sembang mengenai bisness brownies bersama Chef Khairul Hakimin. Beliau bukan
sahaja mengajar membuat brownies yang sedap tetapi beliau juga tidak lokek
memberi tip-tip dari pemilihan barang, harga barang sehinggalah tip untuk
membuat brownies supaya ‘menjadi’ dengan baik. Semua soalan peserta akan akan
dijawab dengan penuh tertib.
Kelas bermula chef lelaki yang
mengikuti kelas majoriti perempuan hanya seorang peserta lelaki. Chef Abang
Kacak!
Chef gigih mengajar dikerumuni oleh pelajar-pelajar yang
ingin melihat lebih dekat teksture bancuhan brownies. Masing-masing memberi tumpuan.
Alhamdulillah. Hasil kelas pada hari
tersebut `menjadi' dengan baik. Pagi sebelum memulakan kelas kami turut
dihidangkan dengan brownies yang sama kami pelajari pada hari tersebut.
Peserta pada hari tersebut bergambar
kenangan beramai-ramai, ada yang datang jauh dari Kelantan semata-mata untuk
menghadiri kelas ini. Terselit dibelakang seorang peserta lelaki.
Blogger jemputan. Saya (bebaju ungu),
Ayu, Chef Abang Kacak, Kak ida Mahmod, Bunga Mawar, Atie radzuan dan Elly Nadra
yang singgah menjengah kawan-kawan yang baru sahaja habis kelas.
Syukur alhamdulillah. Kelas
berlangsung dengan baik, brownies juga menjadi dengan baik. Hubungan ukhwah
sesama kami juga terus bertaut erat. Pelajaran hari ini semoga menjadi bekalan
buat kami semua, siapa tahu dari buat hanya untuk makan-makan keluarga mungkin
suatu hari boleh dikembangkan untuk menambah pendapatan keluarga. Ada juga diantara peserta yang
sememangnya telah mempunyai perniagaan makanan sendiri.
Terima kasih kepada pemilik Abuain
Kitchen iaitu Chef Khairul Hakimin yang menjemput blogger untuk turut menyertai
kelas pada hari tersebut. Setiap dari kita mempunyai cara tersendiri untuk berjihad
dan bagi saya inilah jihad beliau dalam membekalkan produk halal dan membantu ekonomi orang Islam dengan menjadi
pembekal makanan halal melalui tempahan dan mengadakan kelas-kelas masakan yang
membantu orang lain menjana pendapatan juga dan seterusnya membantu
mengembangkan pembangunan ekonomi umat Islam.
lpas ini boleh ambil tempahan ye Ainaa
BalasPadamBestnyerrrr...
BalasPadam