Hot Dogs Best In Town
Sebut hot dogs pasti kita
terbayang-bayang keenakan daging berbentk bulat panjang dikepit roti,
sayur-sayuran bersama sos, mayonis mahu pun cheese yang menggoda keinginan dan bakal merosakkan diet
dihidangkan bersama kentang dan minuman ringan. Lazat tetapi dalam masa yang
sama penuh berkhasiat. Juga menjadi kegemaran anak-anak.
Kepada penggemar-penggemar hot dog
banyak pilihan restoran yang menghidangkan menu ini, sekiranya ada masa
bolehlah berkunjung ke restoran-restoran ini namun pastikan pilihan tepat di
buat kerana ada restoran yang menghidangkan hotdog tidak halal. Restoran-restoran ini mempunyai pilihan `Hot Dogs Best In Town’ cuma perlu pastikan
halal atau tidak sahaja bagi pengguna Muslim.
Tergoda? Manakan tidak cara hidangan
yang betul-betul membuatkan perut cepat rasa lapar. Sesekali mengubah selera
dari makanan rutin pasti akan lebih mengujakan. Mungkin juga menjadi pilihan
ketika hujung minggu membawa anak-anak bersantai setelah penat belajar, menghabiskan
masa berkualiti bersama mereka.
tergoda jgk tuh.... nyum2
BalasPadamOkje suka hotdog Aina....tp tulah bila dah kilauan ni, makan kena jaga jaga jugak, kalau ikutkan sedap mau jer semua dibelasah hihi
BalasPadam