Kaya Dengan Jual Cendol

2:31 PTG JunAina 6 Comments

Kalau ikutkan logik akal apalah sangat perniagaan cendol yang hanya biasa kita jumpa kata tepi-tepi jalan, perniagaan seperti itu setakat nak teruskan hidup bolehlah untuk menjadi kaya jauh sekali. Namun ada insan yang melihat cendol bukan sekadar cendol namun dia melihat dengan lebih jauh. Memberi nafas baru kepada perniagaan cendol adalah langkah berani yang telah di ambilnya.


Siapa sangka cendol yang dulu hanya dijual di tepi jalan kini dinikmati di dalam kedai berhawa dingin bukan di bawah pokok dengan peluh melekit. Kesedapan yang dinikmati penuh keselesaan. Kesukaran merubah pandangan masyarakat dalam menaik taraf cedol berbaloi juga akhirnya. Tanpa lokek beliau berkongsi kejayaan di sini : Tauke Cendol Yang Berjaya MerubahPerspektif Masyarakat



Selain perniagaan cendol beliau juga berjaya membina empayar perniagaan dengan lebih luas, mempunyai 7 outlet Mr. Cendol, 4 gelanggang futsal dan 24 gelanggang badminton. Bukankah itu satu kejayaan yang boleh dibanggakan. Kejayaan akan bersama orang yang berusaha, akan bersama dengan orang yang pandai mengambil peluang dan menggunakan peluang. Jangan pandang perniagaan tepi jalan sebelah mata siapa tahu suatu hari perniagaan itu boleh berkembang tanpa kita sangka.




You Might Also Like

6 ulasan:

  1. usaha tangga kejayaan kan.. depa ni jenis bersungguh.. tak main2..

    BalasPadam
  2. dimana ada usaha pasti ada kejayaan.... tak kisah la kita jual apa pun kan

    BalasPadam
  3. Bestkan kalau kita ada bisness mcm ni Aina.... teringin nak meniaga tp tulah takut rugi hihi....
    Alahai....lama tak mak cendol weyh

    BalasPadam
  4. meniaga apa pun boleh..kne master ilmu..dan bukan meniaga buluh kasap.hehe

    BalasPadam
  5. Usaha tangga kejayaan kan kak

    BalasPadam
  6. Orang yang jual cendol depan bangunan merah kat Melaka guna big bike..

    BalasPadam