Minyak Naik Susah Minyak Turun Saya Lagi Susah
Rasa jantung bagaikan terhenti
berdegup dengan khabar angin yang sedang berlegar-legar di serata tempat.
Bicara yang tak mampu kita tahan dari diperkatakan, namun yang pasti semua itu
berbekas dihati setiap orang. Minyak naik susah minyak turun saya lagi susah.
Bila industry ini menjadi kebergantungan untuk rezeki yang dikais setiap hari.
Jadi naik turun minyak turut mempengaruhi prestasi syarikat serta kedudukan
kakitangan.
Setahun yang lalu saya telah melalui
saat-saat sedih apabila terpaksa meninggalkan syarikat tempat saya bekerja
secara terpaksa. Tujuh tahun menabur bakti, menimba ilmu semuanya terpaksa
ditinggalkan dengan berat hati. Saya dibayar namun semua itu bukanlah nilai
trauma yang saya hadapi akibat dari hilang pekerjaan. Setahun dua bulan berlalu
khabar kurang enak mula bermain-main di sini. Hati mula bergetar. Apakah kisah
itu akan berulang kembali?
Harga minyak yang kian jatuh
mengakibatkan semua projek sama ada diberhentikan atau ditangguhkan ke suatu
tarikh yang tidak diketahui. Syarikat di dalam bidang yang sama, satu persatu
mula mengurangkan kakitangan akibat dari kesan kejatuhan harga minyak dunia
bagi mengurangkan kos. Tak kurang juga yang mengurangkan gaji kakitangan
sehingga 10%. Hanya mampu berdoa ‘naiklah
wahai minyak’ bukan untuk kepentingan sendiri tetapi masih ramai yang terus
berharap kerana harga minyak turut mempengaruhi ekonomi dunia.
Rezeki Allah s.w.t yang tentukan.
Berdoa dan terus berdoa agar semua berjalan dengan lancar. Dia lebih tahu apa
yang terbaik buat setiap hambanya. Paling penting hiduplah sekadar kemampuan,
agar bila jatuh tidak terus terduduk terduduk masih bisa meneruskan kehidupan
tanpa perlu meminta-minta.
hmmm..hrp2 kmbali stabil..bila kerja bergntungan mmg tak boleh lari..sme2 kita doa kak
BalasPadamAduh. Risaunya kan kak.
BalasPadamAssalamualaikum
BalasPadamHi Jun,
Mamawana pun pernah lalui trauma itu. Bayangkan sudah bertugas lebih 25 tahun dgn company ini. Kontrak tamat hanya diberi RM10,000 shj. Hmmm. Macam mana nak hidupkan.? Sebatang kara, anak2 masih di Universiti, sana sini berjual kueh, makanan, mengajar tuisyen di rumah. BRIM pun tak dapat . Tapi Allah mencukupi. Alhamdulillah. Sabar dan terus bersyukur dgn apa yg masih kita miliki.
Selepas Haji, mama jadi lebih redha dgn dugaan yg mendatang. Mohon Allah tetapkan kesabaran mama, istiqamah lah kita semua dlm amal ibadah kita.