Politik Pejabat Suka Bila Dapat Menjatuhkan Orang
20 tahun mungkin lebih sedikit saya
mengenali alam pekerjaan, sepanjang perjalanan itu terlalu banyak pengalaman
pahit serta manis yang dikutip. Seawal 18 tahun selepas tamat sahaja
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia saya mula bekerja di salah sebuah kilang
elektronik di Kawasan Mel Jejawi kemudian menyambung pelajaran di Besut,
Terengganu. Meneruskan pekerjaan di Kuala Lumpur dan setakat ini saya bekerja
secara tetap di 4 buah syarikat dan 2 syarikat lagi hanya sebagai pekerja gantian
kerana pekerja asal bercuti panjang.
Bila berada di dalam komuniti yang
ramai suka atau tidak kita juga akan terpalit dengan politik pejabat mahupun
kospirasi yang ada di dalam organisasi. Walaupun kita tidak terlibat secara
langsung sedikit sebanyak ia akan memberi kesan. Semakin besar sesebuah
syarikat semakin banyak politik kotor yang akan kita nampak, semua itu tak akan
mampu kita elak. Pasti ada sahaja sifat manusia yang dengki mendengki, iri hati
dengan kebolehan mahupun kejayaan orang lain.
Saya sendiri pernah melalui satu
peristiwa yang meninggalkan kesan yang sangat mendalam. Menyertai syarikat baru
saya menjadi junior di pejabat namun dari segi pengalaman saya merupakan
senior. Sedikit demi sedikit bos mula mengalihkan tanggungjawab pengurusan
kerja kepada saya memandangkan kelulusan serta kebolehan saya melebihi mereka
yang telah lama berada di situ. Setiap kerja serta arahan dari projek engineer
akan melalui saya sebelum diagihkan kepada pekerja lain di bahagian saya
sehinnga suatu hari saya mendapat panggilan telefon dengan arahan untuk salah
satu projek dan saya menyampaikan kepada pekerja yang menguruskan projek tersebut.
Bermula isu tunding menunding jari sehingga meletakkan saya sebagai seorang `kaki
bodek’ `pengampu’ kerana bos yang kebetulan satu negeri dengan saya (negeri
kelahiran saya kecil sahaja). Saya di gempur dengan pelbagai tuduhan paling
sedih bila dia berjaya mempengaruhi kawan-kawan yang lain juga.
Saya pernah di katakan sebagai `mengikat
kontrak mati’ di syarikat tersebut kerana menjadi anak emas. Suatu hari saya
datang bekerja separuh hari sebelah petang dengan sedikit bergaya dan tetap
menjadi buah mulut. Seminggu kemudian saya menghantar notis berhenti kerja.
Bukan kerana saya tunduk kepada kata-kata mereka tetapi saya mendapat tawaran
yang lebih bagus. Saya bersabar atas umpat keji serta kata-kata pedih yang
menghiris hati dan Allah s.w.t menggantikan dengan khabar yang sangat manis.
Saya sangat bersyukur dapat bekerja di syarikat antarabangsa dan meneroka
bidang baru. Percaturan Allah siapa yang tahu. Redhalah dengan setiap perbuatan
manusia kerana setiap ujian pasti ada hikmahnya.
Bersambung…
Assalam. Tahniah dgn kesabaran mu. Istiqamah ya Sis.
BalasPadamSalam kak, lain pejabat, lain politiknya kak...tapi si pengampu, si pengumpat, dan macam2 si tu, tetap ada dan memainkan peranan mereka dgn jayanya...selagi boleh sabar, sabar je la...selagi xmeletup huhu
BalasPadamSaya juga pernah alami pengalaman yg sama, digelar 'anak emas' dan 'kaki bodek' kpd boss perempuan yg sangat garang, tapi entah mengapa tidak garang dengan saya (kecuali pada minggu pertama bila mula mengenalinya). Kerana dia boss perempuan, belum kawin pula macam2 desas desus tak enak saya dengar hingga saya pernah minta tukar ke seksyen lain untuk redakan tohmahan. Kita tak perlu jadi pembodek untuk disenangi orang lain, cukup jadi penyantun....
BalasPadamWah!! tahniah kak .. bermotivasi saya pagi-pagi ni membaca kisah benar. apa yang ditulis memang betul dan berlaku dimana-mana sahaja... nak berpolitik pejabat biarlah secara bersih dengan usaha dan kerajinan yang membuahkan hasil kerja... bukan dengan mulut berjalan tapi tangan sorok belakang...
BalasPadamhuhuhu.... dugaan betul ye kak... kalu lah jd pd dana camne lah agaknya...
BalasPadampolitik opis mmg selallu menyakitkan... ni baru opis politik negara lg teruk lg kan
kadang sbb org lain yg tak boleh terima hakikat kita terpitnah... huhuhu
tak sbr nk tunggu sambungannya