Mati Tak Menunggu Sakit Berat
Pagi ini 23hb September 2015 keluarga
besar kami di kejutkan dengan pemergian suami kepada sepupu emak yang berusia
47 tahun. Itulah hukum Allah buatnya diambil ketika usia masih muda tanpa sakit
lama dan berpanjangan. Kejutan buat semua keluarga namun Allah s.w.t lebih mengetahui
yang terbaik buat setiap hambanya. Pergi di ketika umat Islam seluruh dunia
sedang berwukuf di Arafah. Moga makbullah doa-doa mereka yang menziarahi arwah
hari ini.
Pada mulanya arwah Pak Long Kamal Bin
Harun mengalami demam, setelah 10 hari itupun selepas puas dipujuk isteri,
beliau mendapatkan rawatan di hospital dan ditahan untuk rawatan lanjut. Disahkan
menghidapi denggi tetapi kesihatan arwah
semakin merosot kemudian doctor mengesahkan pula dia mengidap batu karang.
Hanya dalam masa 4 hari dia koma dan dimasukkan ke ICU kerana kegagalan
kedua-dua buah pinggang berfungsi. Hari kelima arwah menghembuskan nafas yang
terakhir. Pergi tanpa menaggung sakit yang terlalu lama.
Lelaki tetap tinggi egonya, keras
kepala dan sangat takut bila disebut doktor mahupun hospital apatah lagi
sekiranya perlu mengambil ubat secara rutin. Berbeza dengan wanita yang lebih
perihatin dengan kesihatan diri, terasa kelainan pada badan cepat-cepat
berjumpa doktor. Mungkin salah satu sebab sakit arwah menjadi tenat dalam kadar
yang cepat kerana mengabaikan rasa sakit yang sedikit pada badan dengan alasan
masih mampu bertahan dan bila penyakit
dikesan telah berada ditahap yang agak serius.
Itu bahagian dia kita pula entah bila
moga bila saat-saat itu menjelma kita sudah cukup bersedia dan menghadapinya
dengan senyuman. Doa setiap kali solat agar Allah s.w.t permudahkan perjalanan
hidup juga perjalanan mati buat kita semua. Mati tak menunggu sakit sebaliknya
apabila tiba waktunya malaikat maut tanpa tercepat mahupun terlewat sedetik pun
akan tetap menyapa dan membawa nyawa kita pergi. Tinggallah tubuh terbujur kaku
menjadi ratapan insan-insan kesayangan kita.
Innalillahhiwainnailaihirojiun...
BalasPadaminalilahiwainailaihirajiuun alfatihah
BalasPadaminalilahiwainailaihirajiuun alfatihah
BalasPadamalfatihah untuk arwah pak long Aina
BalasPadamkenapa komen tak kelihatan di entri entri terbaru Aina