Mood Ke Laut - Best Pergi Kerja Naik Komuter

1:31 PTG JunAina 14 Comments

Dua hari tanpa ada entri terbaru. Tangan memang gatal sesangat dan banyak juga yang nak dikongsi tetapi kerja-kerja yang perlu diselesaikan juga banyak sangat rasanya. Bos kecik cuti sehari, lepas tu seminar sehari bermakna banyak yang perlu diselesaikan sendiri. Kebetulan minggu depan Jun pulak akan bercuti makanya bertambahlah kerja yang perlu dibereskan.

Hari ini akan terbang tinggi-tinggi bersama en.somi dan kawan-kawan. Doakan selamat pergi dan selamat kembali. Insyaallah kalau ada rezeki sempat membeli-belah bolehlah diagihkan cenderahati buat kawan-kawan di perjumpaan raya nanti (ishkkk...dah berangan pasal raya).

Rasanya telah dua tahun tak merasa naik komuter datang kerja. Pendapat peribadi Jun komuter sekarang jauh lebih baik dari komuter 12 tahun dulu, coachnya pun tak bergoyang sakan macam dulu-dulu. Waktu puncak 15 minit satu. Sampai stesyen Kajang pukul 8.03am, sampai pejabat pukul 9.11am. Not bad tetapi rasanya lebih selesa merempit kot masa pun ikut suka hati sendiri. Part paling best hari ini sempat merasa duduk coach wanita atau pink coach. Selesa tanpa lelaki-lelaki gila seks! Bila naik Putra LRT kepala mula pening mabuk (mabuk free dan bukan mabuk mengandung okeh). Nak sampai ke Ampang Park dari KL Sentral terasa siksa.

Buat semua kawan-kawan setiap komen anda telah dibaca dan di publishkan. Masih tiada kesempatan untuk menjawab dan menyapa. Terima kasih kerana masih sudi singgah, baca dan komen apa yang patut. Harap lepas balik terbang tinggi-tinggi nanti dapat tunaikan janji pada seseorang. Lama sangat berjanji dengan dia, mungkin kali ini ada yang sesuai buatnya.

Checklist.
IC-ada
Passport-ada
E-ticket yang siap web check in-ada
Email booking hotel-ada
Duit-ada
Jangan kapai trobangnya tak ada sudah le. Melopong!

Sarapan pagi ini, Sandwich with tuna filling.


You Might Also Like

14 ulasan:

  1. CkLah yang sesekali ke KL guna LRT ni, dah setahun tak naik LRT. Baru baru ni nak naik LRT, termenung kejap depan auto ticket tu, sebab depa dah guna token. Nasib baik ada orang jujur tolong...hehe.

    Selamat terbang....semoga selamat pergi dan balik!

    BalasPadam
  2. lama jg tu kak..lbh sejam..

    BalasPadam
  3. Selamat pergi dan balik dgn selamat. Shopping tu ingat-ingatlah kami teman blogger nie:)

    BalasPadam
  4. selamat pergi dan selamat kembali ya ;)

    BalasPadam
  5. masa time belajar dulu merasa la keluar masuk komuter..lrt...

    bila balik Melaka..dah xde dah..huhu..

    terbang ke mana tu..dalam negeri or luar...? seronoknya.... :)

    BalasPadam
  6. sekali sekala kena naik perkhidmatan awam juga kan..

    BalasPadam
  7. jangan lupa pi Mai Saigon !

    BalasPadam
  8. naik kapal terbang pegi mana kak???

    BalasPadam
  9. saya pun dah lama tak naik komuter kak..teringin jugak nak bwk anak2 naik komuter...

    akak nak fly ke mana tu?

    BalasPadam
  10. haha.. moh kelaut kita Jun.

    saya tak suka naik komuter.. tapi tu dulu ler sebelum ada pink coach.. lebih rela drive jauh sikit carik lrt station..

    BalasPadam
  11. salam...

    dahulukan mana y penting...

    kalau x ramai org mmg besh naik komuter, tp kalau ramai sgt mcm2 bau ada.huhu

    BalasPadam
  12. Tuan haji...tak sempat pi Mai Saigon pun hanya dok tawaf ben thanh, pasar malam, taka plaza dan sigon square. Pas tu beli telekung dan baju siap dah kat kampung melayu champa.

    BalasPadam