Ada Yang Dah Kena

12:01 PTG JunAina 6 Comments

Kestabilan politik!
Satu bab...
Tak dak projek satu bab...
Dulu gatai nak expend jadi Regional Hub nak ambik pekerja 2000 orang.

Hari ini PO dan kontrak staff dapat surat!
Aku sedih gila pasainya yang kena semua kawan-kawan.
Kawan rapat. Kawan senyum bila berselisih maupun kawan angguk-angguk bila jumpa.
Semua tu kawan. Depa ada komitment tersendiri.
Lebih sedih. Notis 24 jam. Dibayar 3 bulan gaji. Tapi tak tau semua tu bergantung pada apa.
Sebab dalam offer letter dulu ada yang 3 bulan notis dan ada yang 1 bulan notis.
Juga bukan setakat staff kontrak baru yang kena dah 7 tahun service pun kena jugak!
Yang pandai kipas-kipas nampaknya masih selamatlah.

Aku risau jugak manalah tahu kot-kot petang sikit bos panggil aku pulak.
Nauzubillah... Ya-Allah panjangkanlah rezeki aku kat syarikat ini lagi.
Banyak komitment yang sedang aku tanggung.
Moga Allah permudahkan.
walaupun kami permenant staff tak semestinya kami akan selamat.
Kalau pengurusan ambik keputusan untuk kecikkan department mungkin kami jugak akan menjadi mangsa.


You Might Also Like

6 ulasan:

  1. Aina...
    walau kita tahu rezeki di tangan ALLAH.. risau jugak kan?
    apapun berdoalah mana-mana yang terbaik buat kita...

    BalasPadam
  2. Standby diri dalaman dan luaran.. mgmt pun susah buat keputusan macam ni, mereka pun manusia ada perasaan juga kan.. itu yang kadang-kadang orang tak nak jadi bos, selalu kena kutuk dengan staf.. Che Mid dan suami dah beberapa kali merasa macam ni.. memang sangat sukar, tapi akhirnya bangkit dan naik semula. Harap-harap tak terjadi pada Aina ya, tp pada kawan-kawan tu kena ikhtiar sesuatu dalam masa 3 bulan tu..Che Mid doakan semua kuat dan tabah menghadapi ujian Allah ini..

    BalasPadam
  3. semoga rezeki masih memihak kpd akk..amiiinnnnn

    BalasPadam
  4. Tak ada angin tak ada bau tetiba buat retrenchment ke Aina? Kakak rasa pihak management dah lama decide cuma tak inform bawah aje. Kesiannya... tapi percayalah rezeki ada di mana-mana cuma kena mula di tempat baru agak kurang selesa.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Aina

    Moga rezeki Aina dipermudahkan

    BalasPadam
  6. salam jun, lama tak merempit kemari.
    Ada ke tak risau ye jun. Didoakan rezki disitu masih panjang..

    BalasPadam