Rindu Bertamu Di Hati Mama

2:06 PTG JunAina 9 Comments

Dua minggu sudah tak bercakap dengan kakak. Rasa tak sampai hati nak dengar suara dia kat telefon. Takut air mata menitis. Bukan pulak dapat ditahan-tahan tidak jugak dibuat-buat. Seminggu 2-3 kali telefon jugak mak, bertanya khabar. Sms darinya pun tak ada, selalu seminggu 2 kali mesti dia sms minta topup handphone.

Khabarnya Kakak Hayani sibuk. Pagi bawak ke malam ada sahaja aktivitinya. Kadang-kadang bila malam tertidur ketika sedang buat kerja sekolah. Biasa pagi-pagi pukul 7.45am kakak dah bersedia untuk ke sekolah walapun jarak rumah mak tok dan sekolah dekat sangat. Berjalan kaki pun sampai, mak tok boleh tengok je dari depan rumah sampai kakak masuk pagar sekolah tapi tetap dihantar dan dijemput sama ada oleh bapak saudara atau tok saudara sebelah rumah.

Habis sekolah tengahari selepas rehat sejam sambung kelas tambahan. Habis kelas tambahan kakak sibuk pulak dengan latihan bola jaring di sekolah kat pekan (Kangar). Khabarnya kakak bakal mewakili daerah. Hanya dua orang yang terpilih dari sekolahnya. Mungkin faktor ketinggian kakak kot buatkan dia terpilih. Malam pulak kakak ambik kelas tambahan berbayar kat sekolah. Kelas malam bermula 8pm dan tamat pukul 10pm memang kakak letih tapi kerja sekolah kena buat jugak. Masa mula-mula terpilih mak tok tak izinkan jugak kakak main bola jaring coz tak mau terganggu pelajarannya. Kakak janji dengan mak tok dia tak akan ponteng kelas. Tahun ini kakak akan ambik UPSR, dia berada dalam 10 orang yang cikgu target untuk dapat 5A.

Akhir bulan Mei ada cuti sekolah dua minggu tetapi rasanya kakak tak boleh balik kerana ada kelas tambahan. Mama pulak dah habis cuti. Jadinya pendamkanlah rindu di hati mama. Mungkin seminggu pertama sahaja kot ada kelas minggu kedua boleh pertimbangkan untuk balik Kajang. Buat sementara waktu ni mama berkorbanlah kejap. Udah le kakak ni anak perempuan nan sorang.

Alhamdulillah. Dok dengan mak tok banyak mengubah diri kakak. Dulu banyak bergantung dengan mak dalam pelbagai urusan. Suka masam-masam dengan mama. Suka tengking-tengking. Suka mogok ponteng sekolah ikut mood dia. Sekarang seterika baju sendiri, makan senduk sendiri kalau mak tok malas layan...hehehe... Jarang nak masam-masam kalau kena tegur. Sekolah pulak rajin, tak ada ponteng-ponteng (jarang sangat le kecuali ada alasan). Tengking-tengking pun dah tak ada.

Kat sekolah kakak ada emak angkat, setiap guru perlu ambik 2 murid untuk jadi anak angkat. Emak angkat ni akan pantau perkembangan pelajaran anak angkat. Kebetulan emak angkat kakak satu sekolah dengan mama cuma tua 2 tahun pernah sekelas dengan Pak Ngah. Balik kampung baru-baru ni tengok ada hadiah dari emak angkatnya sebagai pendorong untuk kakak belajar. Mama tak bagi apapun...hehehe... Nama mak angkat kakak Cikgu Arina.


Gambar ni ambik dari laman sesawang sekolah. Kakak Hayani dan kawan-kawan yang menyertai choral speaking. Pada English Carnival 2013 yang lepas sekolah mereka menang besar. Story Telling-Johan, Action Song-Johan, Choral Speking-Johan, Choral Speaking-Best Conductor, Public Speking-tempat ke-3.  Guru besar senyum sampai telinga gembira atas usaha anak murid dan guru.



You Might Also Like

9 ulasan:

  1. Suka dengar bila anak-anak berjaya macam ini. Cikgu sebenarnya macam kita Aina bila anak murid berjaya puas hati dan bangga...
    Harapnya kak Hayani terus berjaya.

    BalasPadam
  2. Wah aktif sungguh kakak.

    Semoga berjaya dgn cemerlang di dalam UPSR dan juga kegiatan ko kurikulum.

    Sama mcm anak kami yg no 5. Tahun ini dia pun akan ambil UPSR. Sibuk dari pagi hingga ke malam.

    BalasPadam
  3. Tgk gambar tu, teringat pernah sertai choral speaking zaman sekolah...hahah..mmg letih practice

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Aina

    penuh masa kakak yer..tapi
    Insyaallah...dapat kejayaan yg cemerlang nanti

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah...
    Kejayaan In syaa ALLAH akan jadi milik kakak Hayani....
    berdikari sungguh bila tinggal dengan maktok ya.. sebab kebanyakan cerita yg akak dengar tinggal dengan atok dan nenek, cucu jadi lagi manja.... ekekekek

    BalasPadam
  6. oo...yang ni ke yang tinggal kat perlis..? kalau rindu kena balik jenguk lah..hehe.
    apa2 pun..all the best untuk 'kakak'. :-)

    BalasPadam
  7. Waak nampaknya kakak berdikari awal....tahniah.
    Tapi rindu kotttt.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sangat2 rindu makcik...rindu sangat2...

      Padam
  8. Senangnya memiliki anak yang pandai.

    BalasPadam