Bersalah Atau Tidak Tetap Minta Maaf

12:19 PTG JunAina 15 Comments


Semalam hari duka buat Abang Iqbal dan Kakak Hayani bila hanya satu-satunya bapa saudara sebelah arwah abah depa meninggal dunia. Abang down sangat sampai ponteng sekolah. Kalau dekat mama ponteng je kerja bawak depa ziarah tapi Terengganu tu jauh sangat rasanya. Apapun semoga abang kuat semangat. Insyaallah ada rezeki lepas ni mama bawak pergi sana. Ziarah keluarga.


Malam tadi api kemarahan saya membuak-buak sampaikan peringkat saya menegking seorang jiran tetapi saya tidak rasa bersalah langsung. Tangan dan badan saya menggigil menahan marah yang amat sangat. Suami saya cool kat dalam rumah.


Balik kerja sibuk dengan Maghrib yang hampir ke penghujung kemudian leka di sejadah menunggu Isyak kemudian si kecik menjerit-jerit kat luar. Berlari ke pintu rupanya Abang Iqbal usik tiba-tiba ada seseorang di ambang tangga menengking Abang Iqbal.


'Kau ludah kat bawah eh?'
'Tau hormat orang ke, kena kepala orang tua ke hapa ke kau tak reti'
'Taklah saya jengah je ke bawah tengok kawan saya datang dengan motor tu'
'Kau ingat aku buta ke, tak nampak'
'Tak lah saya tak ludah'
'Aku tampar kang, jangan nak kurang ajar'
Mamat tu tak nampak mama kat depan pintu agaknya.


'Apa hal ni?'
Dia menjengah sedikit sebab pintu rumah memang terlindung dari tangga.
'Ni ha budak ni, ludah-ludah ke bawah, kena kepala orang tua saya cam mana?'
'Abang ludah ke?
'Tak mama tadi abanh jengah nak tengok Cik Amat datang dengan motor'
'Ko jangan tipu aku nampak la'
'Abang minta maaf sekarang' sebab dah malas nak bertekak.
'Saya minta maaflah tapi memang saya tak ludah'
Mamat tu bising-bising lagi. Tengking-tengking.
'Anak saya ni umur 13 tahun je , dia dah minta maafkan'
'Mana boleh minta maaf je' dalam hati saya kata memang 'celaka betul mamat ni berani nak pau aku pulak'.


Agak panas Pak Tuan keluar.
'Apa hal?'
'Budak ni ludah-ludah pulak kat bawah, kena kepala orang tua saya ke macam mana?'
Agaknya kalau kena ludah tu berlubang kepala kot! Gerutu saya dalam hati.
'Hang duduk mana?' Tanya Pak Tuan sambil hulur salam dan pegang tangan dia lama-lama.
'Hujung sana, mak bapak saya duduk depan sini'
'Nama apa?'
'Iwan'
'Orang mana?'
'Sabah'
'Ic ada?'
'Ada' tapi muka dah cuak gila.
Lepas tu dia mula meliar kemudian undur setapak dua dan blah.


Saya mendidik anak supaya mereka menghormati orang tua, mengalah kepada mereka walaupun kita tak bersalah tidak salah kita meminta maaf. Saya tidak akan memenangkan anak-anak saya sendiri apabila berlaku sesuatu perkara, sekiranya bergaduh dengan kawan-kawan pun saya akan marah anak sendiri. Kes semalam tu memang saya panas hati sangat. Budak umur 13 tahun minta maaf pada dia yang dah hampir 40 tahun atau mungkin lebih tapi dia masih lagi berkeras. Habis apa yang dia nak sebenarnya?


Sekali dulu dia pukul seorang perempuan Indonesia sebab bergaduh cakap dengan isterinya kat tempat kerja (isterinya pun orang Indon!) berdarah-darah jugaklah. Kemudian dia pukul seorang perempuan yang tinggal kat tingkat bawah di jalan depan rumah. Nasib tak baiklah di pukulnya orang Malaysia, depa tu buat report. Polis datang ambil kat rumah lari masuk rumah mak dia sambil menangis! Samseng taik kucing betul. Kalau kaki dadah tu kerjanya nak pau orang sahaja!



You Might Also Like

15 ulasan:

  1. dah tau camtu, naper dibiarkan org tu bebas jer Aina?
    tak risau ker dia pengapakan abang kat luar sana?
    jgn biarkan samseng naik lemak, nanti yg susah bukan org lain, awak juga...
    so berhati2 la ya...

    BalasPadam
  2. Kurang ajar punya manusia...macam bagus je...budak2 kalau betul didikannya x kan nak menipu kan...x de otak...

    BalasPadam
  3. Pernah terjadi pada anak kak Zai sampai bawa kes ke balai polis, akhirnya dia mengalah sebab takut.

    Kena berhati2 sebab orang macam ini tak faham bahasa.

    BalasPadam
  4. Pesan abang jgn lalu dekat org tu lagi Aina. Samseng ni kadang dia dendam, kakak takut abang kena. Kalau Pak Tuan tak apa dia ada aura Polis dia lagi, baru jabat tangan pun dah takut. Padan muka. Geram kakak bila baca ini Aina..

    BalasPadam
  5. samseng ni.....takut dia taram abang ler..

    BalasPadam
  6. panas je sy dgr ..walau sy bukan kaki gaduh tp bila org tak ada respek dgn jiran , walau dah minta maaf lagi bising memang sy geram.., nasib family kak Aina jenis cool je..bagus mcm tu.

    p/s ..pasal pakej Krabi tu..# caj untuk kanak-kanak (bawah 12 tahun) ; with bed 15% discount/head , without bed 20%/head discount. just info.

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum,
    kalau dia tak salah, dia tak akan blah macam tu je kan? -----> tukang perangat. Ampunnnn!

    BalasPadam
  8. iskh,, takut lak kalau dia berdendam dgn abang tu kak Jun

    BalasPadam
  9. saya kalau kena dgn org camnie mmg x de masa la aku nak layan. mmg buat muka bodoh then blah. makin kita bertikam lidah dgn dia, makin dia suka.

    BalasPadam
  10. yg best di kampung kan Aina ?, tk da masalah ni akan timbul..he he.

    BalasPadam
  11. kesian kat mak ayah dia..
    moga dia insaf dan buang tabiat buruknya itu.

    BalasPadam
  12. Betul JA...mintak maaf aje le...salah ke tidak belakang kira....kadang tu malas nak bertelagahkan....

    BalasPadam