Alya Batrisyia Mama Doakan Yang Terbaik Buat Kamu

6:09 PTG JunAina 12 Comments


Hati saya di pagut pilu, berat yang teramat. Tak mampu di ungkap hanya air mata mampu menenangkan hati di saat ini apatah lagi buat adik yang membesarkan Alya sejak kecil. Berat saya memandang berat lagi bahu mereka suami isteri yang memikul.


Telefon berbunyi dan hanya suara tangisan kedengaran dihujung sana, dia tak ammpu bercakap sehinggalah telefon disambut oleh adik ipar. Tamparan hebat buat kami semua selepas 10 hari Alya berada di Hospital Kajang.


Dia dimasukkan ke hospital kerana buah pinggang mengalamai jangkitan kuman. Kini selepas 10 hari doktor membawa khabar duka. Alya selama ini hanya hidup dengan satu buah pinggang kerana satunya sudah tidak berfungsi. Kini Alya akan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut bagi menyelamatkan buah pinggangnya.


Kawan-kawan doakan Alya agar cepat sembuh doakan yah dan uminya kuat semangat dan doakan kami kaum keluarga tabah menghadapi ujian ini.


Kisah Alya Batrisyia 1.



You Might Also Like

12 ulasan:

  1. Semoga Allah permudahkan segala urusan.. insya'Allah..

    BalasPadam
  2. x dapat bayangkan mcm mana perasaan keluarga alya apatah lagi alya..
    semoga semua urusan dipermudahkan.. dan berdoa alya cpt sembuh ye dik..

    BalasPadam
  3. Allahuakhbar..mudah2an Allah permudahkan perjalanan hidup Alya dan beri ketabahan kepada ibubapa Alya..

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum,
    semoga dimudahkan segala urusan.
    Moga Alya tabah, mak ayah alya juga tabah...kaum keluarga dan sanak saudara juga tabah.
    moga Allah mendengar doa kita semua

    BalasPadam
  5. sedihnya kak…
    Insya Allah, semoga buah pinggang Alya masih dapat diselamatkan…. amin amin amin!

    BalasPadam
  6. Aina
    Akak memang dah rasai kegagalan buah pinggan tp bila melihat anak kecil mengalaminya mmg tak sanggup Aina.
    Usaha yg selalu akak lihat bg membantunya ialah ahli keluarga menderma satu buah pinggan untuk mereka agar mereka dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
    Banyak kes ibu dan bapa memberikan buah pinggang mereka utk anak kesayangan mereka.
    Mudah2an ALLAH permudahkan urusan rawatan Alya.

    BalasPadam
  7. Semoga Alya dan keluarga tabah dan Allah memberi jalan terbaik buat mereka...

    BalasPadam
  8. Ya! allah...sedihnya kak. Smoga urusan dipermudahkan olehNYA dan semoga buah pinggal Alya dpt diselamatkan.

    BalasPadam
  9. moga ada sinar buat Alya ....... Insyaallah akan mudah jalannya..

    BalasPadam
  10. Berusaha sebaiknya, berdoa sesungguhnya...Insya Allah. Atur langkah dengan bijak. Semoga semuanya dipermudahkan.

    BalasPadam
  11. Moga dipermudahkan semuanya. Skrg alya macam mana. Brp umo alya.

    BalasPadam