Suami Gila FB Isteri Larikan Diri

4:00 PTG JunAina 11 Comments


Dulu dia guna telefon berinternet kerana terpaksa sebabnya bos akan berbincang permasalahan yang timbul dengan 'whatsapp' melalui group yang ditubuhkan. Jadi tiada alasan untuk pekerja untuk tidak melihat telefon seharian sebagaimana alasan tak melihat email. Lama kelamaan dia mula aktif FB tetapi bukan aktif dengan kawan-kawan tetapi sebalinya aktif dengan parti politik, selain itu dia sibuk dengan 'whatsapp' group sedia ada.


Bila mengadap rezeki ditengah hari sebaik habis makan dia akan capai telefon, merenung, membaca dan komen. Meja sepi. Tiada lagi suara berborak, bergelak sesekali usik mengusik. Saya pula merenung kosong sekeliling. Lama-lama hati jadi terbakar. Bangun tanpa sepatah kata. Bayar. Melangkah keluar kedai tanpa kata. Dia terpinga-pinga mengejar tanpa kata. Pulak tu buat muka tak bersalah.


'Tak apalah saya balik pejabat jalan kaki sahaja, tengoklah hp tu sampai esok'
Ayat merajuklah konon....ahahhaaaaa...


Salah sendiri buka akaun FB kat laki. Bila dia mula sibuk di FB sedikit sebanyak masa berkualiti dah tak ada. Jadi pesanan buat suami-isteri bila bersama sila bagi tumpuan pada pasangan masing-masing agar tiada yang terasa hati. Jangan jadikan gadget sebagai pemutus komunikasi kalian.


You Might Also Like

11 ulasan:

  1. betul kak... laman sosial skrang ni mcm2 ade...bende2 ni buat leka kite sebenarnye...kualiti time sikit sebanyak mule terabaikan....

    BalasPadam
  2. betul tu kak Jun... jangan jadikan social networks untuk mencipta jurang kasih sayang dan pertalian dengan keluarga...

    BalasPadam
  3. Kadang-kadang kami camtu gak kak aina... rindu plak zaman x dek whatsapp dulu.. :)

    BalasPadam
  4. Been there.. done that..
    Hence.. la ni kami membataskan "no gadget at all" especially waktu makan..
    Anak2 mmg tarik muka.. but have too.. otherwise.. jadi mcm cerita June jugak la.

    BalasPadam
  5. hmm...

    ayah saya baru bukak fb. takut mak saya bosan kang. selain tu dah aktif berwatsap. takut mak lagi bosan.

    saya pulak dah deactivate fb dan keluar dari group watsap yang memeningkan.

    harap-harap saya tak bosan. heheh~

    BalasPadam
  6. Anti sosial ; jgn jdkan arus kemodenan membuat kita yg dekat menjadi jauh pd hakikatnya walau boleh menghubungkn silaturrahim jarak jauh.

    BalasPadam
  7. Ala akak Jgn majuk... baru2 tahu pasal fb mmg mcm tue la.. nanti lama2 jemu la tue.. =D

    BalasPadam
  8. Sekarang ni memang masalah ni jadi masalah dunia la Aina.. dari budak kecik sampai orang besaq memang sentiasa dengan gadjet..pi mana2 pun nampak orang asyik tunduk tengok telefon ja.. gelak sorang2... padahai makan/jalan ngan famili/kawan2 tapi masing2 buat hai sendiri..
    alhamdulillah kami belum lagi jadi macam tu.. masih boleh lagi tinggai telefon..

    BalasPadam
  9. Kan kak...kena kurg2kan ngadao fin bile dgn fmly

    BalasPadam
  10. Hehe...ni mmg masalah masa kini ni JA...kat rumah ni pun berlaku hehe...ada masanya boleh diterima tapi ada masanya menjengkelkan jiwa buat dia kita dan anak anak...so berpada padalah dlm segala hal

    BalasPadam