Jangkitan Kuman di Buah Pinggang dan Darah Tinggi

8:54 PG JunAina 16 Comments


Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri jangan pula ditinggal-tinggalkan peluklah selalu. Jadi kalau anak sakit sila bagi makan ubat kalau tak nak kena paksa. Kemanjaan keluarga kami si kecik Alya Batrisiya di masukkan ke hospital pada hari Jumaat malam 16hb Mei kerana jangkitan kuman di buah pinggang dan tekanan darah tinggi. Usia dia baru lima tahun. Alhamdulillah Umi terperasan yang kencing Alya bercampur darah dan cepat-cepat bawa ke hospital malam tu juga walaupun sebelum ini selalu juga dibawak ke Klinik Kesihatan tetapi malam tersebut Umi terus bawa ke Bahagian Kecemasan Hospital Kajang.


Cerita bermula bila Alya mengalami alahan kulit dan berkudis, asyik ulang klinik dan sapu ubat yang ubat makan dia tak mahu pulak dimakannya. Kejap baik kejap datang balik berulang-ulang. Badan kurus tapi pipi tembam. Boleh kami tak perasan yang sebenarnya muka dia bengkak. Antibiotik tak makan jadi kuman-kuman tu beraya sakan dalam badan. 



Inilah budaknya pada hari pertama, muka bengkak dan paling jelas mata dia. Kesian sangat air mata asyik meleleh sahaja, mama tengok pun tak sampai hati lemah jiwa raga.



Kena berpantang makan. Hanya boleh minum 250ml air sehari semalam supaya buah pinggang dia tidak bekerja kuat. Tekanan darah pula tak boleh kurang dari 95/55 dan tak boleh lebih dari 111/73. 2-3 hari kat hospital tekanan darah dia macam orang dewasa 130. Hari ke 4 sudah stabil. Tekanan darah naik kerana buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan baik dan buang semua protin.




Sehari di masukkan ke hospital berat badan Alya turun 1kg dan doktor pakar sangat puas hati. Dia juga tidak dibenarkan aktif. Nama dia tu selalu disalah eja Nur Alya Batrisyia sebetulnya kalau ikut Mykid.





Mama dan umi tetap juga nak bergambar dengan orang sakit. Peace Alya.



Hari ke empat dah boleh senyum, bergelak dan layan mama cakap. Whatapp mama nak buah epal merah (pandailak ko dik mentang-mentang tau abah tak tolak permintaan punya). Mujur mama mc dua hari bila abang Hikram turut demam dan tiada penjaga kerana Umi berkampung kat hospital.


Syukur alhamdulillah. Alya semakin sihat, moga cepat dapat keluar dari hospital dan balik rumah. Abang Iqbal, Kakak Noni dan Abang Hikram dah rindu teh tarik Umi. Kesian ayah yang balik kerja terpaksa duduk sorang-sorang kat rumah. Mak Tok pun dah sampai dari Perlis nak tengok Alya.



You Might Also Like

16 ulasan:

  1. kesiannya Alya lemah je muka Alya..
    semoga cepat sembuh yer dik.. makan ubat tau..

    BalasPadam
  2. Ala kesian Batrisyia..Sama nama dgn anak Untie yer...semoga Batrisyia cempat sembuh yer..kesian tgk mata dan muka dia yg bengkak tu fren..

    BalasPadam
  3. Peluang orang sakit nak minta itu ini. Hehe. Alhamdulillah dah sembuh.

    BalasPadam
  4. susah hati bila anak tak sihat..
    apa-apapun moga Nur Alya Batrisyia cepat sembuh hendakNYA..

    BalasPadam
  5. Nephrotic syndrome ni..
    Kes biasa saya dpt dulu masa kerja di wad kanak kanak..
    Alhamdullilah..moga semakin sihat & ceria

    BalasPadam
  6. siannya alya...mesti lemah seluruh badan kan kena jangkitan cam tuh..moga cepat sembuh yer dik...:)

    BalasPadam
  7. moga cpt sihat buah hati akak tu yek....

    BalasPadam
  8. Moga cepat sihat ye alya..sedih aunty tengok alya..

    BalasPadam
  9. moga alya cepat sembuh...nampak matanya sangat bengkak.

    BalasPadam
  10. lahaii kecik kecik darah tinggi. ...insyaallah da ceria tu...muga terus sihat ye alya..sama lak nama ngan cucu sedara nekcik cuma dia takde nur kat nama tu

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum,
    cepat sihat ya Alya ;)

    BalasPadam
  12. JA....ni anak ke?...Jarang awak cerita pasal Alya ni...selalu baca pasal Hikram jer, ingatkan Hikram yg kecik!

    BalasPadam
  13. semoga cpt sembuh... btw sis, kalau kena jangkitan memang masalah kidney... mata memang akan bengkak... deno pun ada darah tinggi sbb masalah kidney.. masalah kidney pulak disebabkan SLE... sabo je la...


    cepat2 sembuh ya dik comel :)

    BalasPadam
  14. Siannya alya. Smoga cpt sembuh.

    BalasPadam