Retrenchment

10:21 PG JunAina 14 Comments


Saya telah hadzam dengan kisah tersebut, tetap redha kerana saya percaya perancangan Allah s.w.t adalah yang terbaik buat saya. Memberi keperluan berbanding kehendak kita. Khamis petang kami yang terpilih telah menerima surat retrenchment masing-masing yang tertulis butir-butir penting yang kami akan dapat dari syarikat. 


Berbanding fasa pertama kali ini kami agak rugi dari segi notis pemberhentian. Fasa pertama sekiranya surat tawaran mula kerja pekerja terikat dengan tiga bulan notis maka mereka cuma perlu bekerja sebulan dan dua bulan lagi dibayar sebagai pampasan bermakna kalau berkhidmat 10 tahun akan dapat 10 kali gaji campur 2 bulan notis. Jumlah keseluruhan 12 kali gaji akan di bayar. Kali ini notis 3 bulan akan dibayar gaji penuh sekiranya meminta perlepasan awal bermakna mereka hanya akan membayar jumlah hari kita bekerja bersama jumlah tahun perkhidmatan sahaja.


Alhamdulillah. Saya masih ada 7 bulan masa untuk mencari kerja. Insyaallah sehingga akhir tahun saya akan mempunyai perbelanjaan yang mencukupi dari pampasan yang dibayar. Sekiranya saya mendapat kerja cepat bermakna duit tersebut adalah bonus buat saya, menjadi tabungan di masa hadapan pula. Ada harga yang harus kita bayar di atas apa jua yang terjadi. Duit yang ada haruslah berjimat-cermat.





Hidup harus di teruskan, perjuangan masih belum sampai kepenghujung, semngat masih membara lalu jangan biarkan hati digenggam emosi. Pakai baju merah untuk ceriakan diri.


Saya pernah lalui semua ini 13 tahun dulu. Lagi teruk, lagi lama. Sekejap gaji di bayar sekejap tidak, sekejap bayar separuh dan akhirnya saya berhijrah denga hutang syarikat beribu-ribu dengan saya. Tiga bulan saya bekerja di tempat baru saya tidak disahkan dalam perkhidmatan dan di berhentikan. Syarikat tersebut biasanya mengambil 2 orang pekerja dan akan pilih yang terbaik. Saya budak Mekanikal & Elektrikal masuk ke bidang Civil & Structure jadinya awal-awal lagi saya kalah. Saya rasa pengalam itu banyak mempengaruhi emosi saya bila dapat berita ini. Pengalaman yang mendewasakan saya.


Sebelum masuk semula ke bidang asal, saya pernah bekerja sebagai setiausaha di pejabat tapak sebuah syarikat pembinaan. Saya sangat fleksibel dalam soal kerja, selagi saya mampu melaksanakan tugas tersebut saya tak akan menolak rezeki yang datang.


You Might Also Like

14 ulasan:

  1. Alah bisa tegal biasa kan geng..InsyaAllah percayakan rezeki ALLAH utk kamu..Yakin ada...

    BalasPadam
  2. inshaallah rezki Allah ade dimana2...back up pun cukuplah srmentaradpt kerja baru inshaallah..

    BalasPadam
  3. Insyallah, rezeki ada dimana2... Teman doakan yg terbaik untuk akak...

    BalasPadam
  4. Sama laa saya pun pernah kena retrenchment.. masa tuh keje ngan swasta. Dalam 6 bulan gak laa nganggur. Alhamdullillah dapat kat tempat keje skrg nie tapi masa tu kontrak selama 3 tahun. Bila ada post kosong mohon dan interview baru laa dapat jawatan tetap.

    Insyallah moga ada kerja baru yang lebih bagus diluar sana..

    BalasPadam
  5. Jun,
    semoga dipermudahkan urusan dan berjaya menghadapi cabaran mendatang.

    BalasPadam
  6. Yakinlah dengan Dia, sesungguhnya Dia akan mengambil sesuatu dan menggantikan sesuatu dengan yang lebih baik lagi.

    BalasPadam
  7. Insya Allah kak, rezeki ada di mana-mana..mana nak tau lepas ni, rezeki buat kak di bidang lain pula..

    BalasPadam
  8. Salam perkenalan. Insya Allah, ada rezeki yang lebih baik menunggu. Saya yakin akak (akak ke, atau saya yang kakak?) telah bersedia. Saya hampir melaksanakan VSS 2 tahun lepas, tapi kami sedaya upaya cuba mempertahankan pekerja. Alhamdulillah, kami masih beroperasi.

    BalasPadam
  9. insyaallah teruskn berdoa mohon dimurahkan rezeki di mudahkn mndapat kerja baru...
    kuatkan semangat Aina
    nekcik doakn Aina akan daat kerja lain..mungkin lebih baik lagi

    BalasPadam
  10. rezeki ada dimana2 kak.. all the best to you..
    lepas ni mintak2 urusan akak dipermudahkan ;)

    BalasPadam
  11. InsyaAllah ada yg lebih baik lg utk kak lepas ni :)

    BalasPadam
  12. insya allah kak.. ini satu cara Allah nak bagi rezeki lebih pada akak.. anggap ianya satu bonus.. semoga bertambah murah rezeki akak lepas ni.

    BalasPadam
  13. dulu masa keje kilang saya amik VSS....keluar dari kepompong duduk di tempat yg sama hampir 12 tahun...tiada kemajuan....keluar jer rupa-rupanya banyak peluang pekerjaan kat luar sana.......kita kena pandai rebut peluang tu...now dah nak stop keje...bosan giler dengan boss sorang nie....

    BalasPadam