Temuduga Program Diploma PPUM
Program pengajian yang ditawarkan adalah :
1. Diploma Kejururawatan (Diploma In Nursing)
2. Diploma Teknologi Makmal Perubatan (Diploma in Medical Laboratory Technology)
3. Diploma Radiografi (Diploma of Radiography)
Saya mengambil tanggungjawab terhadap mereka sejak dulu lagi, kami sangat rapat. Walaupun saya hanya ibu saudara dia memanggil saya mama sebagaimana anak-anak yang lain. Menjadi yatim seusia saya menjadi yatim satu ketika dulu iaitu sekitar umur dua tahun. Selagi mampu saya akan tetap menyokong kehidupan dia sehingga mampu berdikari dan dapat berbakti kepada ibunya.
Mendapat keputusan SPM 4A3B1C dia menolak untuk memasuki matrikulasi yang ditawarkan, sekiranya berjaya di dalam temuduga esok kemungkinan besar juga dia akan menolak tawaran ke UPU. Alasannya. Kalau mengambil diploma dengan PPUM pekerjaannya telah terjamin tak perlu bersusah payah mencari kerja dan dalam bab keewangan pula dia tidak perlu menyusahkan ibunya kerana ada elaun disediakan. Sekiranya masuk universiti dia harus mengambil kira cabaran peluang pekerjaan di mana terlalu ramai graduan yang dilahirkan setiap tahun. Juga dia tidak perlu menyusahkan ibunya untuk perbelanjaan di universiti.
Saya memberi sokongan sepenuhnya atas pilihan dia, selagi mampu saya akan menolong. Hari ini dia akan menghadiri temuduga di Pantai Bharu. Doa yang terbaik buat Nursyamimi binti Norazrin satu-satunya anak perempuan kakak saya. Dia tidak memilih Diploma Kejururawatan sebaliknya memilih Diploma Radiografi sebagai pilihan pertama.
Badan kecik muka macam budak-budak selalu disalah anggap jadi adik kepada Kakak Hayani.
InsyaAllah, semoga rezeki berpihak kepadanya.
BalasPadamlieya pun setuju ngan akak...better sambung belajar yg mane dah nampak mase depannye....lieya pun galakkan anak buah apply course mcm akak tuliskan tu....ye laa habis belajar, kerja dah menanti..elaun2 pun byk selain dari gaji pokok...
BalasPadamgoodluck utk anak buah akak ....
BalasPadamGood luck.. dlm interview nanti.. pakai baju biru laa.. kalau belajar kat situ.. :)
BalasPadamsemoga berjaya!
BalasPadamSemoga beroleh kejayaan....alasannya munasabah dan sangat berkeyakinan...
BalasPadamIn shaa Allah semoga urusannya dipermudahkan
BalasPadamIn shaa Allah semoga urusannya dipermudahkan
BalasPadamTahniah buat dia...mana yg difikirkan baik pilihlah ....dia yg akan belajar kita sebagai org tua hanya menyokong...
BalasPadamSemoga ada rezeki utk anak buat akak nanti.. =D
BalasPadamkak saya pun ada pergi interview ppum awal bln haritu. boleh tak saya nak tahu bila keputusan interview tu?dkt mana saya blh semak?
BalasPadamDah boleh check laman web ppum dah keluar keputusan.
Padamsalam kak..nak tahu ppum ni intake brp kali setahun?
BalasPadamSalam kak, lps dh isi borang online, kne print ke borang tu?
BalasPadam