Reporter Cabuk

10:28 PG JunAina 13 Comments


Pagi semalam dalam kesibukan bersiap ke temapt kerja jiran sebelah rumah memberi salam kemudian menarik lengan saya keluar sehingga ke depan rumah dia bagi mengelakkan Pak Tuan mendengar perbualan kami. Mata merah. Tergesa-gesa dia bercakap. Katanya jiran A telefon kakaknya jiran B dan kemudian si B telefon jiran sebelah rumah saya beritahu Iqbal Hadi anak sulung saya bergaduh bertolak-tolak di depan sekolah. Saya diam. Berfikir sebab saya baru sahaja balik dari menghantar kakak ke sekolah Iqbal Hadi pulak berjalan dengan kawan-kawannya. Saya angguk bila kaka sebelah rumah minta saya pergi tengok. Kemudian saya segera bersiap ke tempat kerja.


Lalu di depan sekolah saya hanya memandang dan tiada yang ganjil. Insyaallah setakat ini saya masih mengenali sikap dan sifat anak-anak. Bagi saya itu mungkin hanya perselisihan faham kecil antara mereka sehingga menimbulkan ketidak puasan hati. Saya langsung tidak berfikir perkara tersebut di pejabat. Bagi saya bukan anak lelaki kalau tak bergaduh dan bertumbuk dengan rakan sebaya. Pernah sekali dia menumbuk rakan sekelas kerana mengejek nama arwah bapanya yang sedikit klasik dan dia tidak menyembunyikan daripada saya. Sebagai ibu saya hanya memberi nasihat yang sepatutnya. Bila saya berjumpa guru kelas semasa mengambil laporan kemajuan kami turut berbincang perkara tersebut.


Kawasan rumah saya memang ramai reporter cabuk sebegitu, sesuatu berita cepat sahaja tersebar tak kira baik mahupun buruk. Duduk di rumah tanpa aktiviti berfaedah ramai juga sering bertangga di pintu jiran. Pemandangan biasa di temapt saya sebabnya ramai ibu-ibu tidak bekerja. Saya? Banyak menghabiskan masa di dalam rumah sekiranya bercuti sebab masa cutilah nak uruskan rumah.


Bukan mengata buruk sahaja tetapi ada baiknya juga reporter cabuk ni sebabnya kita dapat pantau aktiviti luar anak-anak. Bila mereka hendak berbuat sesuatu mesti mereka akan berfikir panjang sebab banyak mata yang akan memandang dan pasti berita tersebut akan sampai ke pengetahuan ibu-bapa.


Mendidik anak remaja sekiranya tidak kena gaya akan memberi tekanan kepada kedua belah pihak anak mahupun ibu bapa. Bertindak sewajarnya agar perkara yang terjadi tidak berlarutan menjadi bertambah parah. Perumpamaan 'bagai menarik rambut di dalam tepung' wajar dijadikan panduan agar rambut tak putus tepung pula tidak bertaburan.


You Might Also Like

13 ulasan:

  1. Kalau di kampung dulu2 mmg ramai yg mcm ini....tapi inilah juga yang memantau kesihatan sosial masyarakat kampung.

    BalasPadam
  2. Reporter cabuk kadang lebih kuah dr isi...

    BalasPadam
  3. Arghh manusia jenis ni mmg bersepah kak. Saya dulu pernah, ada orang kata saya dengan kakak dah bertunang. Tinggal nak kahwen je, tapi tak jadi. Putus tunang. Saya dengar cuma gelak aje la. Macam mana orang boleh tahu lebih details pasal kita berbanding diri kita sendiri. Kelakar kan?

    BalasPadam
  4. kita saja yg tahu sikap anak kita. kekadang org suka komplen kerana bersikap negetiv terhadap kita. klau ikhlas menegur kita..tegur secara direct..tak perlulah sampai menjaja kesana sini..

    BalasPadam
  5. Wohooo.. sgt tidak suka dgn status reporter cabuk or nama glamer yg biasa K.Sham guna CNN.
    Tu sbb di sini K.Sham lebih suka dok sensorang (family Melayu).. itu pun masih dpt tempias jugak.
    Bukan sombong.. tp rasa itulah yg paling baik buat kami.

    BalasPadam
  6. anak2 saya kategori masih kanak2
    si kakak baru nak masuk alam remaja
    serius sy mmg risau mcm mana nanti bila mereka besar
    tp.... doa yg baik2 jelah

    BalasPadam
  7. Kadang merimaskan kalau banyak sangat 'reporter' ni Aina.
    Mujur juga kakak dikelilingi org bukan sebangsa jadi memang susah nak nampak saling bertandang. Kami sekadar hello-hello, morning-morning angkat tangan dan senyum aje..

    BalasPadam
  8. Sabar ye k.Aina..That's Y sometime sy duk memikir kalau2 our jiran is malay or else..kalo malay mesti senyum kami ketepi sikit bile memikirkan masa akan dtg ++ bile dh duduk nnt..Kalo dpt jiran yg ok tu bersyukur sgt..huhu

    BalasPadam
  9. lah.. kenapa tak bagitau terus.. kenapa mesti nak singgah ke telinga si A si B si C dulu.. eemm.. part macam ni memang paling saya benci.. menyampah dengan orang yang suka menyibuk hal orang lain.. tapi dalam masa yang sama bagus juga ada yang sudi nak jadi reporter cabuk kawasan perumahan.. cuma biarlah ianya untuk kebaikan bukan sebaliknya.

    BalasPadam
  10. biasalah kak.. itu semua kaum2 joyah sport yg suka ambik berat pasal tepi kain langsir rumah tangga orang.. sendiri punya kain langsir burok kat rumah tak bertukar.. hurmmm sabo je lah

    BalasPadam
  11. salam

    suka ayat "bukan anak lelaki kalau tak bergaduh dan bertumbuk dengan rakan sebaya"..hehehe
    macam saya dulo-dulo lagaknye hehehe...nanti nak ajar anak saya bertumbok la...lalala

    BalasPadam
  12. Wah ...ada gelaran buat jiran tetangga yeh.....Reporter cabuk.... hehe...
    Manusiakan pelbagai ragamnya ....Yang penting, kita yg mendengarnya ni, macamana nak menangani jiran cenggini....

    BalasPadam