She that me call 'Tok'

12:11 PTG JunAina 2 Comments

Gambar terbaru 'tok' di majlis pertunangan 
Zaher Affendi & Rosjuliana Hidayu di Bukit Mahkota 25.12.10.

2010 melabuhkan tirai dengan berita sedih buat anak, cucu serta cicit Senapi Man (my late tok ayah) dan Sarifah Salleh (she that me call tok) bila 'tok' dimasukkan ke hospital sehari sebelum tahun baru kerana mengalami kekejangan. Menurut doktor ia sebenarnya adalah 'minor stroke'.

Mengadu tidak mampu bercakap pada Maghrib 30hb Disember dan kaki serta tangan sudah tidak mampu digerakkan, anak-anak dengan segera menghantar ke hospital. Rupanya tekanan darah 'tok' naik sehingga 200 walaupun dia sebenarnya bukan pengidap darah tinggi. Terpaksa menunggu sehingga Isnin untuk scan bagi rawatan seterusnya kerana 31 Disember merupakan cuti umum sempena kejayaan pemain Malaysia merampas Piala AFF Suzuki buat pertama kali, keesokannya jugak cuti umum tahun baru dan lusanya cuti hujung minggu.

My 'mak' bermalam di hospital menjaga 'tok' sebelum mak cik balik dari Puncak Alam dan menggantikannya. Hari ini tahun baru 1.1.11 anak-anak semua telah berkumpul di kampung, mungkin mak lang yang menetap di Pahang akan menyusul lagi sehari dua. Cucu-cucu yang berdekatan semuanya telah melawat 'tok' dan aku hanya mampu mengiringi doa buatnya semoga cepat sembuh dan sihat kerana keadaan yang tidak mengizinkan.

Terkenang setahun yang lalu bila kakak 'tok' that me call 'tok wa' juga turut mengalami stroke tetapi lebih teruk dari 'tok' coz dia ada sakit jantung. Sehingga kini 'tok wa' tidak mampu untuk bercakap, sesekali dia cuba bersuara tapi agak sukar difahami. Alhamdulillah...tok masih boleh bercakap, kakinya jugak sudah mampu digerakkan cuma tangannya sahaja masih tidak mampu digerakkan. Doa yang terbaik buat 'tok'!
Semakin menginjak usianya kini lebih 80 tahun semakin aku memandangnya dengan penuh belas...tak mampu aku menatap wajah tuanya kerana setiap kali merenungnya pasti ada air mata di penghujungnya...

 
Tok & Tok Wa...gambar ini di majlis doa selamat menyambut Ramadhan di rumah tok pada tahun 2008.

You Might Also Like

2 ulasan:

  1. Salam sis nak tanya sis dgn zahir effendi & rose tue adik beradik ker?

    BalasPadam
  2. salam puan aina seronok baca blog puan
    Sy nak tanya puandgn zaher affendi & rosjuliana hidayu nie sedara dekat ker?

    BalasPadam