Pilihan Raya Tenang Yang Membuatkan Aku Semakin Tak Tenang.

3:16 PTG JunAina 4 Comments

Sejak kebelakangan ini selalu sangat Pak Tuan di tugaskan ke Johor. Esok lagi sekali akan ke Johor menunaikan tanggungjawab di piliharaya Dun Tenang selama dua minggu tapi kekerapan ditugaskan ke sana membuatkan aku sedikit `conpius'. Mula-mula dulu ada `inspection' katanya, kemudian konvensyen dan aku selalu mengusik pada akhir ayatnya jangan-jangan ada 2nd option kat sana...hahahhaa...

Bermulalah dua minggu yang memeritkan, mana taknya pagi-pagi merempit sendirian dari Kajang. Tengahari tiada pulak yang hendak melayan rengekan untuk makan tengahari (walaupun sebenarnya jarang makan tengahari tapi dapat bebas sekejap dari office adalah satu nikmat...). Balik kerja sendirian merempit lagi, sekarang pulak tengah sibuk biasanya malam baru balik...waaa...sejuknya merempit sorang-sorang di malam hari.

Kriss kesayangan aku selain dari Pak Tuan...dah lama berkhidmat hampir sembilan tahun. Jika dulu sendirian merempit tapi empat tahun kebelakangan ini punyai driver dan akan kembali sendirian pada awal tahun hadapan...


You Might Also Like

4 ulasan:

  1. Amboiii awal lagi Januari dah sebut pasal tahun depan.

    Sekali sekala bersendirian pun best gak.

    BalasPadam
  2. hahahaaa...itulah pasal tapi sekarang nie terasa waktu bagaikan cepat berlalu...

    sendirian sesekali best cuma takutnya dia berteman kat sana waaaa...

    BalasPadam
  3. hehehe.....perasan macam kak azie gak...masih ada 11 bulan lebih nak abiskan tahun nie.

    suka usikan "2nd option" hihihihi

    BalasPadam
  4. tapi bila dah sampai Januari tahun depan masa tulah baru kita terasa alangkah cepatnya masa berlalu...

    itu bukan sekadar usikan tetapi merangkumi jugak amaran...hahahaa...

    BalasPadam