Fasha Sandha Yang Sentiasa Panas

8:46 PG JunAina 5 Comments


Kisahnya masih tak habis-habis di perkatakan dari satu ke satu kontroversi tercipta atau mungkin dicipta. Dari perceraian Nora Danish dan Jejai hinggalah yang terbaru berbikini di Bali dan paling hangat Jejai mengakui mereka telah berpisah. Selepas ini entah apalah pulak kontroversinya.

Apa yang pasti semua itu menjadi publisiti untuk menaikkan lagi nama artis ini. Walau berbagai cerita negatif di kaitkan dengan Fasha tetapi rezekinya tetap murah, banyak tawaran yang berlakon yang diterima. Pelikkan? Itulah Fasha Sanda yang bijak menguruskan kerjayanya sebagai pelakon, mengenepikan masalah peribadi apabila bekerja. Profesional!

Walaupun atitut kurang baik yang digembar-gemburkan media dan peminat seni tanah air tetapi dia masih diberi banyak kepercayaan sebagai anak seni. Sentiasa tepat pada waktu bekerja dan tidak banyak kerenah.Mustahil producer ingin mengambil berlakon andai seorang pelakon selalu membawa masalah pada crew. Mana ada bisnes mau rugi.

Aina bukanlah peminat setia Fasha Sanda tetapi setiap lakonannya memang mantap. Aina juga tidak membenci Fasha Sandha kerana siapalah kita untuk membenci dan menghukum orang lain. Selamat berjaya untuk Fasha Sandha, semoga tiada lagi kontroversi hangat untuk setahun akan datang.

You Might Also Like

5 ulasan:

  1. Melihat suatu sudut lain dalam diri Fasha Sandha, dia memang diakui seorang pelakun yang berdisplin, komited terhadap kerja, sangat manners terhadap rakan sekerja, krew juga orang2 yg lebih tua dari dia..

    Memang ini diakui sendiri oleh orang pernah bekerja dgn dia..

    So give and take laaa.

    BalasPadam
  2. betul k.azie kita sebagai manusia sememangnya dilahirkan tidak sempurna...

    BalasPadam
  3. salam kenal ya nama ku melor. nice blog

    BalasPadam
  4. assalamualaikum...

    dia berdisiplin cume akhlaknya kureng cikit..apepun, terima lah seadanya

    BalasPadam
  5. thanks...melor mesti orgnya seputih dan sewangi melor jugak...
    aina baru nak belajar2 berblog...

    betul shah...suka tengok dia berlakon walaupun bukan peminat setia...

    BalasPadam