Tetiba mengidamlah pulak.

1:29 PTG JunAina 2 Comments

Tengahari kemarin (semalam) dalam kekalutan 'driver' tak dapat jemput pergi makan tengahari, menapak le ke gerai depan office. Nasi goreng bekal masih ada just beli lauk je. Masa tengah bayar tetiba terpandang bungkusan kuih kat kaunter masa tu jugak le rasa macam meleleh je air liur...aduhhhh...

Mengidam kuih siput le pulak. Senang nak buat tapi aku tak senang, ada saja keributan dan kekalutan yang terpaksa di uruskan. Beli le sebungkus tapi buat lekat celah gigi jelah, kalau zaman sekolah dulu-dulu bungkusan macam tu baru 2 kupang kata orang Perlis. Beli semalam Rm1 tapi teringin punya pasal beli le jugak.

 Inilah rupanya kuih siput ceq beli, tak comei macam siput langsung tapi sekali je tuang dalam tapak tangan sebungkus tu...habissss...

Nak curi-curi masa hujung minggu nanti tak dapat gentel kuih siput dapat pusing adunan dengan mesin mee dah kira oklah. Buat lepas kempunan, nak makan puas-puas...hahahhaaa...
Terkenang-kenang kuih siput seseorang di suatu masa dahulu...rindunya...

You Might Also Like

2 ulasan:

  1. Buat banyak-banyak. Barang 5,6 kilo. Pastu bungkus serupa macam tu gak. Letak tang sebelah kaunter, dgn rega 5 kupang. Test tengokkkk...!

    kayo hang nanti...!

    BalasPadam
  2. itu pasallah k.azie...lepas ni aina tukaq post dari drafter jadi tokey kuih siput...hehehheee...

    BalasPadam