Hari Pertama - Keterujaan Melampau
Entri yang agak sedikit terlewat, dah nak basi tapi terujanya belum habis lagi. Sebagai ibu aku pun turut teruja kerana anak bongsu sudah mula bersekolah secara rasminya. Sedih rasanya bila memandang anak yang semakin membesar kerana bermakna sudah tidak ada si kecil yang boleh di manja-manja lagi. Secara rasminya juga tahun ini KBSR diganti dengan KSSR, bermakna sebagai emak aku juga harus belajar benda baru.
Hari pertama sekolah yang agak kalang kabut dan aku pun tak pasti kenapa, mungkin kerana tahun ini pertama kalinya Sek.Keb.Kajang Utama mengadakan ujian sebelum melakukan pengasingan kelas atau mungkin juga kehadiran Guru Besar baru (yang diklasifkasikan sebagai Guru Besar Cemerlang) yang ingin mengikut caranya yang tersendiri. Apa yang penting aku harap anak-anak di SKKU akan diberi layanan samarata tidak kira dari kelas mana jugak pun.
Junior yang agak lasak langsung tidak memperdulikan kehadiran aku, laginya halau mak balik...hahahahaa... Hari pertama berlalu, hari kedua aku masih menunggunya di kantin, mengambilnya bila tengahari dan mengajar menaiki van untuk balik. Hari ketiga keterujaan melampaunya membuatkan aku sakit jantung. Belum pukul 1 tengahari aku sudah terdengar suaranya"Assalmualaikum mama...!!! Adik dah balik!". Dan dengan bangganya dia menyambung ayatnya "Jalan kaki dengan kawan, lecehlah tunggu van lambatlah." Mak ai...mau nak pitam mak, memanglah jarak rumah dan sekolah tidak jauh tetapi kalau boleh aku tidak mahu membiasakan dia sebegitu. Bagi aku umur tujuh tahun (birthdaynya sehari sebelum sekolah bermula) tidaklah sesuai untuk berjalan balik ke rumah. Bimbang keselamatnnya, zaman sekarang terlalu banyak kejadian luar dugaan berlaku!
Di hari pendaftaran untuk tahun satu, berbaris menunggu cikgu untuk di bawa ke kelas menduduki ujian manakala ibu bapa diberi taklimat di dewan sekolah.
Hari pertama bersekolah.
0 Rider Beraksi: