Entri Santai - Lawak Minyak Masak

9:33 PG JunAina 6 Comments



Dalam kesibukan mengemas rumah di hujung minggu lepas terpandang akhbar lama (Utusan Malaysia) di atas rak kasut. Sambil mengemas masih sempat membelek surat khabar tahun 2008 (patutlah Pak Tuan bising katanya semak surat khabar 3 tahun lepas pun dimasih simpan...). Terpandang kartun mamak cyber teringat isu minyak yang semakin meruncing. (Boleh baca ke kartun yang Aina snap ni, blur je. Macam nilah kalau guna kamera tikam...hehehheee..)

Tidak di ketahui apa puncanya, pengeluaran macam biasa tentunya penggunaan pun tak juga luar biasa tetapi yang hairannya kekurangan minyak masak sangat luar biasa sehinggakan seorang hanya boleh membeli satu botol besar minyak masak sahaja. Limited! Mana pi la minyak masak kat Malaysia ni? Ladang sawit berekar-ekar, agaknya pokok sawit semua dah mogok tak mau berbuah kot....hahahhaa...

You Might Also Like

6 ulasan:

  1. Kakcik tengok kat tesco melambak2 minyak masak terutama cap tesco, tapi tak ada pulak orang berebut2 beli... hairan!

    BalasPadam
  2. banyak mini market tak ada minyak masak, tesco kajang pun minggu lepas raknya kosong kalau ada pun hanya sebotol besar sorang boleh beli...

    sebulan dua lepas sama jugak lepas tu ok, skrg dah mula balik belah kajang ni. aina tak kisah...sebotol besar tahan 3 bulan...kesiannya org meniaga lah...
    macam kata mamak tu makan roto canai kukus pulak...heheheee...

    BalasPadam
  3. salam,

    hahaha.... sawit mogok!!!

    ini mesti sbb ada org yg nak kaut untung, tu sbb minyak takder, dorang sorok kan kot??!!

    BalasPadam
  4. Next time kita goreng-goreng guna minyak tanah. hahaha

    BalasPadam
  5. selalunya macam tulah...sorok2 dan sorok, letih dah penguatkuasa nak kejar dia org suka nor main sorok2 disorok dek hantu padan muka...hehehee...

    BalasPadam
  6. k.azie lepas nie kita sama2 jadi tokey minyak tanah ye...hahahaa...

    BalasPadam