Bila Anak Tak Berapa Nak Berakal dan Mak Bapak Ikut Tak Cerdik.

1:54 PTG JunAina 10 Comments

Fitrah ibu bapa mempertahankan anak-anak, menjadi tanggungjawab untuk menjaga kebajikan selagi terdaya. Kalau dapat walau seekor nyamuk pun kita tak bagi hinggap di atas kulitnya, begitulah sayangnya kita sebagai ibu bapa. Kekadang kita terlupa, terlebih `protection' sebenarnya membuatkan anak tidak berdikari dan manja tak bertempat. Tanpa kita sedari sebenarnya kita merosakkan jati diri anak-anak kita. Ada ibu bapa yang terlalu mencampuri setiap urusan dan tingkah laku anak-anak sehinggakan mereka tidak mampu membuat keputusan selain daripada merujuk kepada ibu bapa. Kebergantungan yang keterlaluan akan menjadikan anak-anak ini hilang arah bila ke dua ibu dan bapa tiada di sisi.

Entri ini lebih kepada ingatan sesama kita. Jangan terlalu melindungi anak sehingga tidak bertempat, berilah ruang kepada anak-anak untuk membina keyakinan diri. Sekiranya anak-anak bermain bersama rakan sebayanya dan tiba-tiba menagis pulang ke rumah janganlah cepat melatah. Sebaiknya tenangkanlah anak, cari apa puncanya dan bertindaklah seperti orang dewasa yang berakal. Andai dia bergaduh dengan kawan, berebut barang atau terasa dipinggirkan oleh kawan-kawan berilah cadangan apa yang perlu di lakukannya dan pastikan cadangan yang di beri adalah positif.

Jangan mengharapkan kana-kanak menjadi orang dewasa yang mampu berfikir ke atas semua tindakan mereka. Jangan pula andai anak-anak bergaduh ibu bapa turut masuk campur kerana gaduh si anak sekejap lagi bermain bersama lagi, gaduh ibu bapa memutuskan silaturrahim telah terjalin dan meninggalkan kesan yang panjang.

~Teringat pada seorang jiran, anak dilepaskan bermain di tingkat bawah bila si anak menangis balik ke rumah dan mengadu dipukul oleh si polan si ibu menonggek turun cari siapa yang pukul anaknya manakala si bapa akan bercekak pinggang di hujung tangga. Tanpa usul periksa berani pulak tu memukul si polan yang memukul anaknya tanpa memikirkan budak itu jugak punyai `mak bapak' yang boleh mengajar mereka! Mungkin belum kena buku dan ruasnya!~

You Might Also Like

10 ulasan:

  1. Mak pak tu dangkal fikiran dan pendek akal macam budak-budak juga.

    BalasPadam
  2. AsSalam Jun...

    kakcik singgah nak ajak Jun sertai peraduan mengarang tu. :)

    BalasPadam
  3. Salam kenal dari saya
    Begitu lah jadi nya kalau ikut kan sangat rasa marah...
    Ada ibu yang terlalu percaya cerita anak nya...walau pun ada jiran nampak anak nya berbuat sumbang atau berperangai jelik, jiran tersebut yang di maki hamun nya..selalu terjadi dalam kejiranan saya ini. So siapa lah yang di harap ubtuk memerhati kan perangai anak2 sekarang? Tanya lah diri sendiri...

    BalasPadam
  4. k.azie...sakit hati. hikram pun pernah kena masa umur 3 tahun dia turun & cubit hikram coz gaduh dan buat anak dia nangis...

    bila perkara yang sama berulang baru2 nih pada anak org lain, malas dah nak pandang pintu rumah dia pun...hahahaa...

    BalasPadam
  5. k.cik...jun memang tak pandai nak mengarang tapi boleh jugak ek kalau nak mencuba nasib...terima kasih dan salam perkenalan...

    BalasPadam
  6. selamat kenal2 ya k.ezza...ibu bapa sekarang ni tujukkan kasih sayang sampai merosakkan anak sendiri...kasihan...

    kalau saya dulu2 tak berani nak buat perangai walaupun berkilometer dari rumah manalah tahu ada jiran atau saudara yang nampak puas kena beleter nanti...

    BalasPadam
  7. saya juga jenis yang manjakan anak... kerana anak tunggal tapi tidaklah sampai memukul anak orang sebab membela anak sendiri

    BalasPadam
  8. Salam Jun

    Kebanyakkan ibubapa tak mahu mengaku anak dia buat perkara yang tak elok, tu sebab tak berani nak tegur.

    BalasPadam
  9. teringat pada cerita anakku sazali.

    BalasPadam
  10. kita manjakan anak bertempat...

    aina kalau anak menangis/bergaduh dengan kawan diuar tak kira siapa yang salah anak akan kena marah dan hukum, tak boleh keluar rumah...

    anak ku sazali...ya...'bapak yang bersalah..bapak yang membesarkan sazali dengan penuh kasih sayang dan kemewahan. segala kemahuan sazali bapak turutkan. segalanya sudah terlambat'...

    BalasPadam