Ditetak Madu
Apa nak jadi dan apa dah jadi? Mendengar tajuk yang menggerunkan, kalau selama ini isteri kedua takut-takut dengan isteri pertama tetapi sekarang dunia dah terbalik. Isteri pertama perlu berfikir banyak kali untuk membuat sesuatu. Isu ini terlalu sensetif untuk di perkatakan tetapi itulah hakikat zaman sekarang.
Berkahwin dua, tiga dan empat bagaikan menjadi trend pada zaman sekarang. Tak perlu anda seorang yang berharta dan `berduit’, tak memerlukan juga wajah yang kacak dan tampan tetapi boleh `berbini’ lebih dari satu. Hairan sesangat butakah mata, butakah hati untuk membuat pertimbangan, kalau berkahwin pada akhirnya hanya membawa kemusnahan dan merana hidup rasanya biarlah menjadi andartu atau menjanda sampai bila-bila!
Bagi lelaki berkahwin lebih mungkin menjadi kebanggan tetapi mampukah? Jangan difikir kemampuan batin sahaja, kemampuan zahirnya macam mana? Kalau pun tak dapat bagi kemewahan mampukah menyediakan keperluan asas kepada isteri-isteri dan anak-anak. Cukupkah juga ilmu agama untuk menjadi penyelamat dan pembimbing, jangan bab kahwin je ikut sunah tapi bab lain buat-buat tak reti. Bukan ingin menyalahkan sesiapa tetapi setiap yang terjadi itu pasti ada sebab dan musababnya. Jadi tindakan isteri seperti dilaporkan dalam Harian Metro itu pasti ada alasannya yang tersendiri cuma caranya sahaja yang agak melampaui batas. Wanita juga bukanlah keras sangat hatinya kalau kena pada cara dan gayanya.
Kalau bercakap lagi pasal benda-benda macam ini tiga hari tiga malam pun tak habis, yang lelaki nak menangkan lelaki yang wanita tentulah ingin mempertahankan hak masing-masing. Ingatan untuk lelaki yang teringin nak buka cawangan baru...mungkin kita boleh menaggung di dunia ini tetapi mampukan kita untuk menjawab di akhirat kelak. `TEPUKLAH DADA TANYALAH POKET, CERMINLAH IMAN’!
Salam AINA.
BalasPadamCerita bab berMADU ni adakala kita takut menuduh orang yang jujur sama. Sedangkan ada juga orang yang berkahwin lebih ni memang baik dan teratur hidup mereka.
betul tu k.azie...aina setuju sesangat. pak menakan aina kahwin 3 ...mula memang sakit lama-lama dah terbiasa masing2 menerima seadanya.
BalasPadam