Surau dan Solat.

11:08 PG JunAina 2 Comments

 
Umum mengetahui surau sinonim sebagai tempat bersolat, kekadang kita juga mengadakan aktiviti keilmuan dan aktiviti-aktiviti lain selagi tidak bercanggah dengan tujuan surau didirikan. Kita semua menghormati surau sebagai simbol agama yang tidak boleh sesiapa pun pertikaikan kerana agama Islam adalah agama rasmi negara kita.

Menghormati surau bukankah perlu jugak kita menghormati setiap orang yang menggunakannya. Kadang-kadang mungkin tanpa kita sedari kita mengganggu orang lain yang melakukan ibadat. Banyak pengalaman yang sama-sama pernah kita semua lalui ketika menggunakan surau tak kira sama ada surau yang besar atau kecil. Bagai dikata isu ini sangat sensetif tetapi sama-samalah kita saling ingat mengingati.

Pernah suatu hari yang agak terlewat menunaikan solat zohor dan bila masuk kes surau terdapat lima jemaah yang agaknya baru selesai menunaikan solat. Selepas memberi salam aku bergegas menunaikan solat dan semasa membaca Al-Fatihah tiba-tiba aku kehilangan ayat yang sedang aku baca. Merasa cukup terganggu dengan suara berborak dan bergelak aku berhenti sembahyang beristigfar dan memulakan solat semula, bukan senang untuk khusyuk solat!
Dengan ruangan surau pejabat yang tidak sebesar mana, hanya boleh memuatkan 5-6 orang jemaah dan seandainya ada staff yang tidak sihat masih ada ruang untuk sekurang-kurangnya 2 orang untuk berehat. Berborak dan bergelak rasanya cukup untuk membuatkan orang yang sedang bersolat terganggu tanpa kita sedari. Tidak tahukan atau buat-buat tidak tahu? Mungkin kadang-kadang kita terlupa...mungkin jugak tidak sensetif dengan persekitaran.

Setiap yang baik itu datang dari Allah (s.w.t) dan setiap kelemahan itu datang dari kita sendiri. Renung-renungkanlah dan sama-sama memperbetulkan...

You Might Also Like

2 ulasan:

  1. Di tempat lama Kak Azie dulu, surau di sediakan di satu floor berasingan. Group yang pergi (utk wanita) ada 2 shift (beza 10 minit).

    Memang tak berani nak borak2 pun, sebab sendiri malu. Bukannya budak2 lagi...

    Tempat sekarang, surau adalah bilik, jadi pintu sentiasa ditutup. Masuk sorang sorang.

    BalasPadam
  2. betul tu k.azie...semua dah boleh jadi mak budak...
    nak ditegur takut orang berkecil hati, tak ditegur benda tu berterusan, bila ckp belakang pulak dah jadi mengumpat...
    lepas nie nak kena letak sign board `silent please'...

    surau kat office nie selesa tapi orang-orang yang menggunakannya buat kita tak selesa!

    BalasPadam