Melerai Rindu.
Hujung minggu ni semua kerja di letakkan ke tepi dengan tujuan untuk melerai rindu di Muar, setelah cuti Tahun Baru Cina seakan semakin kelam untuk di harungi. Drawing yang berlambak di atas meja kubiarkan sepi, kukeraskan hati hujung minggu kali ini ingin berehat dan melerai rindu 2 minggu yang tersimpan.Selepas usai urusan rumah yang emaknya telah tertipu dengan keadaan, tidak tidur malam urusan keperluan sekolah dan bangun awal siapkan baju sekolah rupa-rupanya isnin nanti anak-anak telah mula bercuti. Tipah tertipu...kononnya tak ingin terkocoh-kocoh bila balik dari Muar.
Pukul 11 pagi bertolak dari Kajang, inilah pertama kali ingin kujejaki bumi Johor walaupun dah 36 tahun hidup...hahhahaaaa...alahai... Berkira-kira pemanduan mungkin mengambil masa 3 jam melalui lebuhraya tetapi andaian meleset sama sekali, pukul 1 kami anak beranak telah sampai di Muar dan Pak Tuan dengan senyum lebar menunggu kami di lobi hotel.
Selepas makan tengahari hanya berehat di bilik dan pukul 3 petang Pak Tuan mengajak mencendol sebelum dia menghadiri mesyuarat pada pukul 4 petang, kata orang rezeki jangan di tolak. Ermmmm...bestnya...Cendol + kacang...yummy...
Setelah sekian lama merindu keenakan cendol akhirnya dalam kekenyangan habis jugak semangkuk cendol tetapi kerinduan itu sebenarnya lebih kepada cendol buatan emak...
Junior dan cendol yang menjadi kegemarannya tetapi kali ini dalam keghairahan dapat bercuti kat luar cendol hanya habis separuh jalan...
Wahhh jalan-jalan makan angin. Best!
BalasPadamyaaa memang dok dengaq dulu mak AINA memang handal buat cendol..!
hotel free apa lagi pegang stereng keta jalannn...hahahhaaa...
BalasPadammak pun dah pencen meniaga cendol k.azie,kekadang bila reramai balik dan ada permintaan dilayannya jugak...anak2 hanya tau makan...