Syukur! Ujian Itu Ada Hikmahnya.
Memandang sekeliling seharusnya aku perlu bersyukur dengan ujian yang Allah (s.w.t) berikan pada aku seketika dulu. Perit, sakit dan terasa hidup ini terlalu tidak adil bagi aku tapi kini aku sedar setiap ujian itu ada kemanisan tersendiri. Mengenang semua itu aku merasa aku adalah antara yang bertuah dipilih untuk menerima ujian sebegitu. Tika bahu menggalasnya terasa tak mampu lagi meneruskan segalanya, hanya padaNya kekuatan dipohon dan alhamdulillah kini aku mampu tersenyum.
Sejak dari usia dua tahun menjadi yatim, empat beradik bergantung sepenuhnya kehidupan kepada seorang ibu. Bukan mudah melaluinya, kepayahan walaupun hanya untuk mendapat sehelai baju sekolah atau sepasang kasut sekolah yang baru! Benda-benda lain lagilah langsung tak pernah terfikir tetapi emak tetap kuat semangat membesarkan dan memberikan didikan sebaiknya kepada kami.
Berbanding sepupu-sepupu yang lain kami perlu berusaha sendiri untuk mendapatkan sesuatu. Tika bersekolah semuanya datang dari emak, tiada ayah yang menyara kehidupan. Segala-galanya terbatas. Bila bekerja masing-masing membina kehidupan sendiri, membeli rumah dengan titik peluh sendiri, punyai kereta juga dengan duit sendiri. Alhamdulillah anak-anak emak tak menyusahkan emak di usia emasnya.
Kini dalam emak meniti usia emasnya aku berharap sangat emak akan bahagia melihat anak-anaknya walaupun tidak kaya tetapi mempunyai kehidupan yang tersendiri.
Setelah ujian yang di lalui dulu kini aku menghayati hikmahnya, alhamdulillah syukur padamu Ya Allah. Ujian satu ketika dulu yang kami terima penuh ketabahan kami terima manisnya kini. Rezekimu tak terhingga buat kami, punyai pekerjaan untuk menyara kehidupan dan dapat membantu emak pula, rahmat kesihatan yang baik tanpa penyakit yang serius dan yang paling penting kebahagiaan rumahtangga yang sehingga kini sentiasa aku doakan biarlah dia yang terakhir aku cintai!
Kesusahan itu mengajar kita erti kehidupan dan kekuatan hati!
Alhamdulillah, mensyukuri kehidupan.
BalasPadamJangan terlalu terikat untuk membanding diri dgn orang lain, nanti tak syukur.
Kak Azie pun berharap di hari tua nanti akan selesa sedikit dari sekarang, dgn menumpang tuah anak-anak.
harap hati kita akan sentiasa bersih dalam menerima rahmatnya...
BalasPadaminsyaallah k.azie kita sudah memberi yang terbaik buat anak-anak...yang penting perasaan sayang dan hormat anak-anak pada kita...