Sarapan Pagi Ahad.
Salam hari minggu buat semua. Hari ini Aina masih menghabiskan hujung minggu d Muar, bawak anak jalan-jalan jumpa abah yang dah dua minggu berkampung kat Muar atas urusan kerja. Hari ini pilihanraya Tenang so Pak Tuan awal-awal lagi dah keluar ke bilik gerakan, tinggal Aina dan anak-anak sahaja dan terasa segan pulak nak pegi sarapan kat cafe yang disediakan pada petugas. Aina buat keputusan jalan-jalan pusing Muar cari sarapan.Inilah sarapan Aina anak-beranak pagi ini. Makan satay di pagi hari...
Junior dan Hayani leka melayan satay tapi tak le sesedap satay kat Satay Station macam k.ciknurseroja dok cerita tu.
Jalan-jalan area station bas Muar, niat di hati nak pegi satu kawasan pasar (menurut kata Pak Tuan le...) nak beli kerepek sebagai buah tangan. Lalu kat situ pagi-pagi lagi dah terbau org membakar satay, apa lagi anak-anak terus tak berjalan. Pagi ini perut sikit terkejut coz biasanya makan satay tengahari, petang-petang sikit ke atau malam hari tapi datang Muar makan satay pagi hari.
Habis makan Junior merengek ajak balik ke hotel, hari minggu kebiasaannya separuh hari dia akan habiskan masa di depan tv. Malas nak melayan anginnya nanti coz mama takut lepas tu mama pulak yang berangin terpaksa le balik ke hotel. Nampak gayanya hasrat membeli kerepek terpaksa di batalkan pagi ini.
Jalan-jalan memang best tapi jadi tak best dengan perangai anak-anak yang membuatkan mama sentiasa tumbuh tanduk!
dah lama sy x ke Muar... best gak mkn satay waktu pagi ya
BalasPadamkak normah...
BalasPadamaina ni pertama kali ke muar dan pertamakali jugak dapat menghirup angin johor...tak dapat kemana-mana pun muar hujan aje...
anak2 dapat laptop, dapat astro nak ajak gerak pun susah, nak tinggal kita pulak yg susah hati...
Kalau kak Zai tak silap kat Muar famous dengan mee rebus ramai yang kata sedap,June cubalah.
BalasPadamk.zai...hanya sempat merasa cendolnya sahaja. insyaallah bulan depan kalau ada rezeki mungkin akan ke muar lagi...nak cari juga mee rebusnya, nak lajak juga ke batu pahat pekena beriani gam kat sana...kata org sedappp...
BalasPadamenaknya ...saya suka sekali dengan info ini . sangat menarik dan menambah wawsan pengetahuan saya . saya sedang mencari Obat Rematik yang ampuh murah dan aman kira kira apa yah ??
BalasPadam