Birthday Yang Terlewat
Buat my Junior Happy Birthday sayang, dah menangis dan merajuk baru sempat mama belikan kek. 2hb Januari lepas abah si Syed ada belikan coklat yang mengalahkan harga kek mama tetapi bagi si Syed aka Junior aka Hikram no kek not his birthday celebration...hahhahaaa...Dalam kesibukan selepas dua minggu tarikh birthday dia baru dapat belikan kek, dua hari sebelum tu Junior dah merajuk, menangis sampai kena jerkah dengan si abah tapi aku tahankan saja hati. Marah betul aku, kerana rajuk anak si abah pulak lebih-lebih naik angin...agaknya sterss kat opis kot. Masa beli kek si abah ok saja dan masa potong kek dia yang lebih-lebih potong kek dengan Junior!
Dah tak sabar nak potong birthday kek dia...nyanyi le cepat mama...
Hikram & his daddy cool yang kadang-kadang tak berapa nak cool...hahahhaaa...
Dalam rajuk, dalam mengantuk dan kekenyangan makan maggi dah tak lalu makan kek katanya(dia suka sangat makan maggi tapi mama selalu limitkan) habis jugak dua ketul kek...hahahaaa...
Selamat Ulangtahun Kelahiran IKRAM. Moga terus menjadi anak yang cemerlang...
BalasPadamLain kali buat la merajuk macam tu lagi yaaa.. hahahaha
nasib baik merajuk beli kek ja...kalau dak mau pening mak...
BalasPadam