Antara Taska, Bibik dan Pengasuh - Dilema Ibu Bekerja
Sungguh mengejutkan email yang masuk inbox aku pagi ini, hati aku terus bedebar-debar terasa sungguh sedih dan belas. Naluri seorang ibu walaupun mereka bukan anak sendiri tersentak dan terkedu. Mengapa begini? Lihatlah gambar-gambar ini terlalu menakutkan. Bagaimana andainya sesuatu kejadian buruk berlaku tanpa kita duga.
Andainya seorang atau dua yang menutup kepala menggunakan tuala atau selimut itu mungkin adalah habit tapi kalau majoritinya menutup muka atau kepala sebegitu adalah tidak logik sekiranya dikatakan sebagai habit. Ianya lebih nampak kepada paksaan supaya anak-anak ini tidur. Lihatlah bayi yang ditutup mukanya dengan bantal, andai lemas adakah galang ganti nyawanya.
Aku menjadi terlalu takut ,melihat semua ini. Ibu bapa memberi kepercayaan kepada taska untuk mengambil alih tanggungjawab menjaga sementara mereka bekerja dan ia bukanlah secara percuma! Seikhlasnya ibu bapa membayar sebegitu jugaklah ibu bapa berharap taska akan menjaga anak-anak bukan sekadar untuk mendapat keuntungan tetapi jugak ikhlas. Tiadakah perasaan belas dan ehsan di hati pekerja taska ini? Mungkin manusia zaman sekarang hatinya sudah sekeras batu!
Perjudian mempertaruhkan kehidupan anak-anak demi meneruskan kelangsungan hidup. Kehidupan sekarang terlalu mencabar sehingga kedua ibu bapa harus bekerja, untuk masa depan sekeluarga. Terlalu banyak cerita negatif tentang taska sejak akhir-akhir ini. Pengirim email ini memohon bantuan untuk menyelesaikan persoalan yang timbul. Rujuklah ke Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berada di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Bertindaklah sebelum sesuatu yang lebih buruk berlaku, bukan ingin menutup periuk nasi sesiapa tetapi sekadar menuntut hak yang terbaik buat permata hati kita.
Antara taska, bibik dan pengasuh ada pro dan kontranya yang pasti setiap ibu bapa mempunyai alasan tersendiri memilih kemudahan yang ada. Apa yang penting walau siapa pun yang mengambil alih tanggungjawab sementara menjaga anak-anak lakukanlah dengan ikhlas, pandanglah mereka sebagai memandang anak sendiri. Anak-anak seusia sebegitu memanglah tidak boleh total mengikut arahan kerana kita semasa kecil juga sebegitu. Meniarap, merangkak, berjalan dan bukan terus berlari dan berakal!
Nampak sangat pusat asuhan tu ambil mudah saja. Kalu jadi apa-apa, kita saman depa pandai plak melenting.
BalasPadamitulah pasal k.azie, kalau jadi kes memang panjang ceritanya kalau boleh bukan setakat saman tapi kasi tutup & black list nama tuan punya...itu yg kita nampak yg kita tak nampak macam mana pulak?
BalasPadam