Kesian Hikram...Beg Lagi Berat Dari Tuan!

8:55 PG JunAina 4 Comments

Minggu ini bermulalah persekolahan sebenar buat Junior, setelah menghabiskan dua minggu untuk suai kenal. Hari ini juga hari pertama dia membawa buku-buku yang telah dipilih mengikut jadual. Hari ini jugak si kecil ini merungut " Mama berat sangatlah beg ni, sakit belakang adik". Kasihan...

Isu ni dah basi, tetapi saban tahun ibu-bapa merungut kerana anak-anak terpaksa membawa buku yang banyak ke sekolah. Bayangkanlah satu mata pelajaran terpaksa membawa buku teks, buku aktiviti, buku tulis dan buku kerja tambahan. Sekiranya pada hari yang sama terdapat empat mata pelajaran di darab dengan empat bererti 16 buah buku terpaksa dibawak. Alahai...

Seorang ibu pernah merungut dengan seorang guru berkenaan isu beg yang berat ini tetapi jawapan yang agak sinis dan langsung tidak membantu yang dia dapat. Lebih kurang beginilah ayatnya " Nak cari ilmu kenalah susah sikit, bawak beg berat pun merungut. Saya pun hari-hari bawak beg berat, buku latihan murid saya bawak balik, bawak lap top dan kelengkapan mengajar lain." Heeelllooooo!!!! Berat badan awak tu berapa? Berat badan murid-murid darjah satu berapa pulak. Apa kes bila beg lagi berat dari berat badan sendiri, berjalan terpaksa bongkokkan badan kalau tak mau terletang budak!

Itulah isu basi, isu lapuk yang tiada penyelesaian sehingga kini. Makin canggih, makin maju tapi beg murid-murid sekarang mengalahkan berat beg zaman sekolah mak ayah mereka yang pada masa itu nak tengok komputer pun susah! Merungutlah ibu bapak sampai berjanggut, bila cakap banyak anak-anak pulak menjadi mangsa keadaannya kerana kadang-kadang ada cikgu yang sanggup sisihkan anak-anak yang mak bapaknya banyak `complaint'! Walaupun apa yang kita cakapkan untuk kebaikan.

Walauapa pun terima kasih buat semua guru yang mendidik anak-anak bangsa. Jika ikhlas bukan ganjaran dunia sahaja tetapi semua itu bekalan di akhirat kelak. Setakat ini anak-anak sendiri di SKKU belum pernah melalui detik yang kurang menyenagkan. Kekadang walau pun ada mak buat tak reti, malas nak ambik port! Jangan patah riuk dah le...

You Might Also Like

4 ulasan:

  1. Sebuah sekolah di Singapura dah memulakan penggunaan IPod utk semua studentsnya menggantikan buku teks dan buku latihan.

    Kat Malaysia ni, ntah bila nak mula... Kalu dah guna IPod, akan lenggang kangkunglah murid-murid di M’sia ni.

    BalasPadam
  2. apa juga isunya pasti ada pro & kontranya...anak-anak ni kreatif takut pulak lain jadinya...

    BalasPadam
  3. Salam Jun..
    ni mcm kes buli lah...
    bincang sampai kering airliur pun... tiap tahun mcm tu jugak kan?
    Pihak ibu bapa dan sekolah (kementerian) main sorong papan tarik papan, anak2 yg kena selumbarnya..
    sian anak2 kita kan?

    BalasPadam
  4. orang besar buli orang kecil...mana adil? tapi dalam kes buli memang macam tu yang kecil akan menjadi mangsa...

    macam biasa tunding menunding mencari kesalahan orang lain untuk menutup kesilapan sendiri...
    kekadang selumbar akan menanah dan merebak menjadi luka yang parah...

    BalasPadam