Menyisih dan Disisih.

12:42 PTG JunAina 2 Comments

Kata dasar yang sama membawa maksud yang berbeza, hakikat kehidupan yang terpaksa ditelan dalam kehidupan seharian. Andai aku disisih pasti hati kecil ini terasa dan mencari jalan keluar mudah dengan menyisihkan diri dari kumpulan atau sesiapa sahaja yang menyisihkan kita. Bagaimana pula sekiranya yang disisih itu cuma anak yang akalnya belum penuh dan masih belum pandai membezakan yang baik dan yang buruk.

Sesungguhnya cukup terpanggil untuk menulis situasi begini terutama pada ibu dan anak-anak yang menerima kehadiran orang baru pengganti suami, pengganti ayah yang mungkin jodohnya hanya seketika bersama si ibu. Segalanya ketentuan Ilahi kerana sesungguhnya setiap yang baik itu datang darinya dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri kita sendiri. Bersediakah si ibu dan si anak menerima keadaan ini dan sanggupkah kehadiran orang ketiga menerima keluarga seadanya kerana apa yang kita lihat kebanyakannya hanya sanggup menerima ibu dan menyisihkan anak-anak. Lebih malang bila si ibu pula melebihkan si suami dan jalan terakhir anak yang semakin terasa disisih akan mencuba mencari jalan keluar dengan menyisihkan diri dari si ibu dan mencari kumpulan yang sanggup menerima serta memahaminya.

Bermulalah sengketa, bermulalah dendam membeku dan bernanah di hati. Andai si anak bijak memilih kawan dan kehidupan beruntunglah dia andai tidak hanyutlah dalam kehidupan dunia yang tak bertepi. Kasihan si anak kerana masa depannya telah di rosakkan oleh ibu sendiri, memperjudikan nasib anak kerana rasa cinta dan kasih pada seorang lelaki. Siapa yang harus di salahkan? Anak yang akalnya cetek dalam membuat keputusan, ibu yang memerlukan teman untuk meneruskan kehidupan atau orang ketiga yang sanggup mengambil tanggungjawab menjaga mereka...sesungguhnya pasti ada sifat saling salah menyalahkan untuk menutup kesalahan diri sendiri.

Sesungguhnya ketakutan ini beada di dalam jiwa sesiapa sahaja yang bergelar ibu tunggal ataupun balu. Mencari pengganti suami bukan semudah ABC tetapi perlu di dalami dan dikaji sehalus-halusnya supaya keputusannya bukan sekadar memuaskan hati sendiri. Jiwa anak-anak cukup sensetif dan mudah terasa. Mencari keserasian bukan sekadar antara kita dengan dia sahaja tetapi juga keserasian dia dan anak-anak. Biarlah menjadi ibu yang bukan hanya mementingkan hati dan perasaan sendiri dan mengabaikan hati dan perasaan anak sendiri yang akhirnya akan membawa kelukaan-kelukaan yang lebih dalam.

Jika kita lihat zaman sekarang ada anak yang sanggup membuang ibu dan bapa sendiri, meminggirkan atau macam-macam cerita negatif lain, inilah kesan jangka panjang yang akan terjadi. Bila anak-anak tidak jatuh sayang pada ibu mahu pun bapa, hilang rasa hormat dan tiada perasaan simpati lagi. Mudah orang luar menunding jari tetapi kita seharusnya faham apa yang berlaku hari ini pasti ada sejarah di masa lampau. Bak kata pepatah `What you give you get back'. Samaada lambat atau cepat masanya pasti datang!

Lebih fokus kepada isu ibu kerana sangat jarang ada bapa yang sanggup menggalas tanggungjawab menjaga anak, kalau ada pun terlalu sedikit. Bukan tidak ada bapa yang baik sehingga melupakan hasrat untuk berkahwin lagi kerana bimbang anak-anak terabai tetapi boleh dikira dengan jari tetapi ramai ibu yang sanggup hidup sendiri demi anak-anak.

Akhir kata sama-samalah renungi hidup kita, andai tergolong dalam kumpulan ini sudahkah kita memberi yang terbaik kepada kedua belah pihak!

You Might Also Like

2 ulasan:

  1. Terkedu, taktau nak komen dari sudut mana.

    Kerana kita “not in her shoes”.

    Apa pun yg penting adalah berusaha. Mesti kena usaha utk dapatkan yang terbaik.

    BalasPadam
  2. syukur alhamdulillah kita tidak berada diantara mereka...

    berat lagi bahu yang memandang berat lagi bahu yang memikul kan k.azie...

    BalasPadam