Antara Muaz dan Ariani

2:23 PTG JunAina 7 Comments

Entri iklan free untuk kedua-dua kedai.

Macam biasa kalau tak ada yang urgent kat office pada hari Jumaat Aina dengan santainya akan menyantaikan diri berjalan-jalan kat Jalan Tuanku Abdul Rahman biasanya bertemankan Pak Tuan yang rajin melayan tetapi kali ini Aina berseorangan sahaja kerana Pak Tuan pi bertenang kat Johor...hehehhee.... Jumaat kali ini punyalah ramai orang, agaknya semua dah gaji so boleh le mennyopping sakan kalahkan orang yang nak sambut Tahun Baru Cina.

Sebenarnya tak ada apa yang nak di shoppingkan pun cuma keperluan biasa itupun beli kat Mydin jer. Sambil tu meninjaulah kat Ariani, banyak yang berkenan tetapi ku tahan-tahan saja hati ini. Mungkin lain kali atau jugak lain tempat! Kualiti bagus tetapi harga memang mahallah kat sini, tetapi kalau nak berniaga dapat pulak less hampir 40% wahhhh...bila ingatkan kata-kata seorang kawan ni langsung le belek-belek jamu mata dan blah.

Destinasi seterusnya tentulah Muaz, tempat jual tudung yang murah-murah tu. Semua tudung main longgok jer, pandai-pandailah pilih. Dulu nak masuk ke sini rasa macam sesak nafas dan berabuk je tapi sekarang sesak juga nafas bukan kerana abuk tapi kerana orang yang terlalu ramai. Hari ini memang le sesangat ramai, biasanya hanya satu kaunter bayar tetapi hari ini dua itupun punyalah panjang beraturnya. Di tangan ada satu tudung harganya cuma Rm5, alahai tak kuasa ceq nak beratur sepanjang itu walaupun hatiku telah terpaut.

Murah dan mahal, kualiti biasa-biasa saja atau yang memang berkualiti itulah antara Muaz dan Ariani. Tepuk dada tanyalah poket. Kalau tebal boleh le menyinggah ke Ariani tetapi tetap ada pilihan bagi yang menjaga poket kerana Muaz jugak tidak kurang pilihannya. Inilah kisah iklan free, yang company tak yah bayar pada pengiklan...hahahhaaa...


Berebut-rebut orang memilih tudung tapi ini bukan Muaz mahupun Ariani. Hari biasa tak ada pulak orang menyinggah tetiba hari ini penuh dengan orang memilih, seingat Aina tudung tu dah berbulan di salekan Rm10 je...yang hairan hari ini pulak le baru orang ramai berkerumun.

You Might Also Like

7 ulasan:

  1. salam,

    seronoknya dpt jalan2 cuci mata hari jumaat ye!!

    BalasPadam
  2. memang seronok...kat sana boleh didik hati jadi sabar dan tahan godaan taw...kalau tak bocor poket hahahaa...

    BalasPadam
  3. Kalau di bandingkan dekat kedai lain ada juga tudung yang secantik Ariana harga pun tak lah mahal sangat.

    BalasPadam
  4. k.ton...sekarang ariani dah banyak pesaingan yang qualitynya lebih kurang sama tetapi harga lebih rendah...

    BalasPadam
  5. wah....nama kedai cam nama anak saya. kat mana yer area kedai tuh?

    BalasPadam
  6. Salam JunAina...

    Akak punya tudung takder yg lebih 20 inggit heheee...
    kedekut ek?

    BalasPadam
  7. dua-dua kedai tu kat jalan tuanku abdul rahman, sebab office dekat selalu le jalan2 kat situ...

    k.queenie...murah ke mahal ke asal bekenan kat mata, pakai aje...
    aina ada tudung yg beli rm3 je..

    BalasPadam