Gastrik Lagi
Kali akhir menjadi tetamu bermalam di Kajang Specialist di entri ini. Sebelum puasa tahun 2012 kisahnya selepas mama mendapatkan rawatan untuk gastrik berehat 2 hari di rumah kembali semula bila Junior pula terpaksa berehat di hospital.
Sejak seminggu yang lalu kesihatan perut agak merudum, terasa sangat tidak selesa sekejap di bahagian kiri terasa sengal, kejap rasa hendak muntah. Hari ini mula terasa sakit di bahagian ulu hati, ternyata penyakit gastrik ini tak mahu pergi jauh-jauh.
Makan berjaga. Setiap pagi mesti ambik sarapan, makan tengahari walaupun tak makan nasi mesti ambik makanan lain, malam pulak ikut sempat kalau rajin memasak makanlah nasi kalau tak goreng sahaja mee, bihun ataupun masak berkuah. Satu rutin yang tertinggal ialah kurma yang telah kehabisan stok di rumah, susu pula terasa muak dan tekak seolah-olah tak mampu hendak menerima. Sekarang terimalah padahnya.
Menahan sakit di kerusi, pergi berjumpa doktor dan ambil ubat. Cuti sakit? 14 hari habis sudah sebab masa mengandung sebelum keguguran saya banyak ambik cuti sakit. Cuti tahunan sebanyak 20 hari bagi tahun ini pula sudah negatif.Agaknya kalau berlarutan terpaksalah saya berjumpa dengan doktor kesayangan yan tak tahu cakap Melayu walaupun sepatah di Kajang Specialist. Malas nak pergi bukan apa nanti asyik-asyiknya masuk kamera lagi.
Doktor tanya mungkin saya stress. Bab kerja rasanya tidak sebab projek tengah perlahan sekarang mungkin saya stress sebab mak nak terima menantu perempuan pertama bulan November nanti. Selepas 12 tahun mak tak berkenduri besar jadinya banyak perkara-perkara kecil yang mesti di perhatikan. Anak lelaki tahunya semua hendak siap ja.
22 Rider Beraksi: