Cuti Edisi UPSR 2013

11:39 PG JunAina 11 Comments


Kisah dah lama tapi nak jugak publish entri ini. Kisah balik kampung untuk bagi sokongan moral buat kakak yang menghadapi peperiksaan UPSR 2013 tak lama lagi dah nak keluar keputusan periksa. Anak perempuan ini bersekolah di kampung halaman mama atas permintaannya sendiri, jiwa kampung agak menebal dalam dirinya. Mula-mula janji sampai Tahun 6 sahaja tapi bila dah habis UPSR fikirannya berubah pulak, masih nak bersekolah kat kampung. Abah kata sampai kahwin lah tak duduk dengan kita.




Ini sekolah mama dulu sekarang anak pula bersekolah di sini. Masa mama sekolah dulu-dulu hanya bangunan dua tingkat yang paling depan tu sahaja yg ada termasuk bangunan setingkat yang dibahagian tepi. Sekolah kampung zaman dulu hanya satu kelas setiap darjah. Sekarang sudah ada 4 blok bangunan dan salah satunya bangunan 4 tingkat.





Ada orang kata kakak tu jelmaan muka mama zaman muda, dia tak tau mama dulu-dulu gumuks...ahahaaaa... Budak yang senyum sampai telinga bila mak ada sahaja dok tunggu di kantin setiap kali habis satu kertas peperiksaan. Nasib baik rumah mak tok dekat dengan sekolah, dok ulang 2-3 kali jugaklah sehari. Sampai jadi geng borak dengan Guru Besar.




Pagi-pagi cikgu sediakan sarapan untuk murid-murid. Kutip duit seorang Rm2, selebihnya cikgu-cikgu yang support. Sekolah kampung macam tulah. Kalau di fikirkan apa sangatlah boleh dibeli hanya dengan Rm2 tu. Sarapan nasi lemak atau roti canai dan air milo. Sebelum masuk dewan peperiksaan awal pagi didahulukan bacaan doa oleh ustaz dan setiap kali sebelum masuk dewan juga cikgu sediakan kismis untuk anak murid. Pagi-pagi adalah dua tiga orang ibu bapa duduk di surau sambil baca Surah Yassin. Kagum dengan kegigihan seorang jaga sekolah yang akan buat Solat Hajat setiap kertas peperiksaan yang anak dia akan ambik, bermakna kalau tiga kertas hari tersebut bermakna dia akan buat 3 kali Solat Hajat.




Sarapan pagi di depan rumah mak sambil tengok matahari naik, sawah pula baru sahaja dibajak untuk tanam semula jadi tak ada pemandangan hijau atau kuning nampak air sahaja. Sila abaikan semak-semak depan rumah tu sebab banyak barang bengkel motosikal adik saya diseimpan kat situ.


Balik kali ini tak ada edisi jalan-jalan sebabnya balik dengan bas sahaja, ulang pergi sekolah pun hanya bawak motosikal. Tak ada juga edisi berjimba denga adik-beradik mahupun rakan-rakan kat tanah kelahiran. Dah dua kali balik tak sempat nak berteh tarik dengan depa semua. Kiranya balik kali ini duduk rumah bagi tumpuan pada kakak sahaja.



You Might Also Like

11 ulasan:

  1. Insyaallah kakak akan berjaya dengan cemerlang . berkat usaha , tawakal dan doa seorang ibu ...

    BalasPadam
  2. Jun moga 'kakak' mendapat kejayaan cemerlang, bagus sungguh Jun begitu prihatin dalam memberi sokongan moral. Seronok balik kampung kan Jun.

    BalasPadam
  3. salam JunAina....good luck utk kakak semoga mendpt kejayaan cemerlang dlm upsr nanti.

    BalasPadam
  4. Untungnya ada anak yang masih berjiwa kampung tapi kalau sayalah anak sekolah jauh di kampung halaman, saya pulak yg tak tidur malam merindu.

    BalasPadam
  5. terkenang di zaman sekolah dulu-dulu....dulu ada satu bangunan kecil jer...sekarang dah bertingkek-tingkek......

    BalasPadam
  6. wah..bagusnya akak..anak2 mmg perlukan sokongan kan nak2 tgh stress amik periksa..untung jugalah anak2 skrg..sbb saya dulu..agaknya sbb tidak terdedah dgn kepentingan belajar..mak abah saya tau2 je tanya pass ke tak pass..tak pass kalu kahwin lah..kalau pass..sekolah lah lagi..hahaha..

    BalasPadam
  7. Assalam JunAina ...esok saya ada pertanyaan dlm entri pagi..kalau boleh mohon jawap na..t.kasih.

    BalasPadam
  8. seronok kan Aina setiap kali balik kampung? sedap nama anak dara you..msti bangga mak ada di depan mata setiap kali habis paper.and sure she wll try her best to please you.masa anak2 saya ambik UPSR dah lama berlalu.yg kecik sekali pun dah 19 tahun now di IPT dah..

    BalasPadam
  9. Bagus bagi semangat mcm tue kat anak..Farah doakan yang terbaik utk keputusan UPSR dia nnti.. =D

    BalasPadam