Balik Kampung - Banjir Moga Mereka Tabah
Jumaat datang lagi, kejap je seminggu dah habis. Terasa masa pantas berlalu, sikit hari lagi masuk tahun baru. Anak-anak pun cepat je membesar, tau-tau masing-masing dah nak membawa haluan hidup sendiri. Apa pun keadaannya paling penting kita harungi hidup ini dengan gembira dan positif.
Esok saya dan anak-anak akan balik ke Perlis. Kakak akan menduduki peperiksaan kelayakan dan temuduga kemasukan ke MRSM, insyaallah pada hari Isnin nanti. Doa yang terbaik buat kakak agar dia dapat menghadapi peperiksaan dan temuduga dengan tenang. Nak masuk sekolah budak-budak pandai sekarang ini memang ada peperiksaan khas termasuklah asrama penuh, MRSM dan sekolah kawalan.
Mak kat kampung dah mula risau sebab hujan tak berhenti takut perjalanan kami terganggu kerana banjir. Kalau menggunakan Lebuhraya PLUS saya cuma risau kawasan Gurun, Kedah sahaja sebab biasanya kawasan tu cepat naik air. Saya mendoakan agar banjir di kawasan yang terjejas cepat pulih. Semoga saudara-saudara kita yang menjadi mangsa tabah menghadapi ujian ini. Allah s.w.t menguji sedikit sebagai peringatan kepada kita. Senang bagi kita bercakap tetapi berat bagi mereka yang menghadapi. Bantulah apa yang termampu sekarang banyak tabung mangsa banjir diwujudkan dan mungkin juga boleh dihulurkan melalui sukarelawan yang akan bertugas di sana.
Seperti kebisaannya saya memandu sendiri lagi, terbisa dan bagi saya tidak ada apa yg perlu dirisaukan. Moga perjalanan kami selamat. Pagi esok ke Puncak Alam ambik kakak sebab sejak mula cuti sekolah dia di sana bercuti di rumah Mummy dan Daddy...ohhhh...anak tak rindu mama ke?
Banyak bantuan boleh kita hulur melalui NGO yg ada Aina.
BalasPadamJohor tak begitu teruk tapi Labis, Segamat dan Mersing agak teruk juga.
Harap surutlah segera.. mujur juga SPM dan lepas.
Selamat memandu Jun..selamat sampai ke destinasi, Rider Sejati!
BalasPadamwalaupun berada jauh beribubatu namun ttp terasa melihtkan keadaan banjir tuh..
BalasPadamselamat berjaya pada kakak. berhati-hati pada mak kakak.
BalasPadamHati2 memandu lebih2 dlm keadaan skrg. Semoga selamat smpai kak.
BalasPadamdrive safely..dan moga akak selamat sampai ke kg ye..
BalasPadamnekcik doakan semuga di mudahkan perjalanan dan di jauhi dari segala yang tak diingini..ammin
BalasPadamsemuga kakak berjaya..amiin
salam kenal..saye follow blog ni ye..sudi2 lah jenguk blog saye juge..thanx:)
BalasPadamhttp://cikanem.blogspot.com
semoga kak selamat sampai kat Perlih. hari ni tak ujan dah kak ^_^
BalasPadamnamanya gurun..tapi cepat naik air ya kak..
BalasPadamsemoga semua mangsa tabah..
drive carefully ya.nak nak lg time skrg musim ujan.
BalasPadam