Imam Istimewa Nur Di Hati Melebihi Segalanya

9:21 PG JunAina 25 Comments


Semalam saya berkesempatan solat berjemaah di Masjid Jamek, Kuala Lumpur lagi, Pak Tuan sibuk lagi hari ini. Saya memilih untuk bersolat di sana berbanding bersolat sendirian di pejabat. Wajah-wajah biasa yang saya lihat tak kurang juga wajah asing yang datang dan pergi silih berganti memeriahkan rumah Allah.


Sebaik mula bersolat hati saya sangat tersentuh menghayati setiap bait-bait bacaan imam yang merdu, sangat terang dan jelas bacaannya dan meninggalkan satu kesan yang sukar di ungkapkan. Usai bersolat diteruskan dengan zikir dan doa yang agak panjang namun terasa sangat sekejap dek bacaannya yang meruntun kalbu. Titis-titis jernih air mata jatuh satu persatu walaupun bacaannya hanya sedikit yang difahami kerana menggunakan Bahasa Al-Quran. Lantunan suaranya sangat menyebakkan dada.


Beberapa kali sudah saya berkesempatan bersolat dengan di imamkan dia. Setiap kali itu jugaklah hati bagai di pagut pilu. Itulah kelebihan dia. Allah memeberi kekurangan kepadanya tetapi memberi kelebihan yang tak terhingga kepada dia. Allah menggelapkan penglihatannya tetapi memberi nur yang sangat terang di hatinya. Kita yang celik pun tak mampu jadi begitu. Terasa kerdilnya diri ini.


Imam ini buta itulah istimewanya dia. Suatu hari mungkin saya boleh duduk dan berborak dengannya, mengutip pengalaman dan ilmu darinya.



You Might Also Like

25 ulasan:

  1. Saya sedang mencari imam saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Imam akak pon berimamkan imam yang sama ingatkan dia tak sempat sampai rupanya semasa tengah azan dia dah ada kat Masjid.

      Padam
    2. Dah tu akak jumpa dia tak?

      Padam
  2. alhamdulillah...besar fadhilat solat berjemaah di masjid...moga akak mendapat keberkatannya.....

    imam tu istimewa kak walaupun buta mata tapi hatinye suci dan celik seceliknye.....Allah bagi kelebihan dlm hal lain.....

    BalasPadam
  3. subhanallah kak.. bestnya.. teringin nak dengar jugak suara imam tu..

    BalasPadam
  4. tersentuh hati bila baca kisah ni kak... Sedangkan orang yang buta pon boleh jadi imam, kenapa ramai yang mata nya celik pon tak mau sembahyang ..

    BalasPadam
  5. itulah kelebihan yang Allah beri padanya...
    terus muhasabah diri baca ni kak...

    BalasPadam
  6. seronok kalau dapat berjemaahni... dapat lak imam yang memang dapat menyentuh perasaan ini...

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah...kelebihan yang Allah berikan pada imam tu...:D

    BalasPadam
  8. Allah memegang hati-hati kita. dan Dia kurniakan hati yg celik kepada imam tu

    BalasPadam
  9. sebak membaca n3 ni... kekurangan dier itulah kelebihan dier sebenarnya kan

    BalasPadam
  10. Walau kurang fizikalnya tapi Allah anugerhkan imam itu keistimewaan luar biasa..

    BalasPadam
  11. Walaupun buta mata.. tapi hatinya lebih celik dari kita semua.. Semoga Allah merahmati & memberkati beliau

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah.. dengan kelebihan yang DIA berikan kepada beliau.

    BalasPadam
  13. As salam sis,

    MashaAllah tentu sedap bacaan dia... klu boleh next ambik gambar die ye sis 😊

    BalasPadam
  14. walaupun ada kekurang pada dia...tapi Allah berikan kelebihan tinggi pada dia..

    BalasPadam
  15. Salam, pernah tengok kisah dia di TV..banyak cabaran dia hadapi..bertuah aina dapat berimamkan dia.. dulu masa Che Mid solat di masjid kristal terengganu pun pernah dapat imam yang bagus..tak sedar airmata menitis setiap kali berimamkan dia.. muda sangat lagi imam tu, tapi bakat suara Allah bagi pada dia subhanallah!

    BalasPadam
  16. Bilalah agaknya okje nak solat berjemaah mcm tu JA....malas menguasai diri sungguh!

    BalasPadam
  17. rasanya kisah imam ni macam dah penah masuk tv jek...

    BalasPadam
  18. Allahuakbar tersentuh sy bace entry akak nih

    BalasPadam
  19. Tersentuh hati sy bce entry akak nih

    BalasPadam