Zon Keutamaan

10:10 PG JunAina 17 Comments




Kalau naik pengangkutan awam kita selalu dapat lihat peringatan seperti di atas. Zon Keutamaan yang di khaskan kepada ibu yang membawa anak kecil, ibu mengandung, wargaemas dan orang kurang upaya. Rata-rata pengangkutan awam akan menyediakan tempat khas ini tapi kalau bas saya tak pasti sebab sudah lama rasnya tak naik bas kecuali bas mini dari Komuter Kajang ke Kajang Utama setiap Jumaat sebab saya kerja separuh hari, bas tu memang tak ada semua ini.


Rabu 11hb Dec saya bekerja naik komuter dan LRT. Petangnya seperti biasa rakyat Selangor yang bercuti ambik peluang membeli belah di Kuala Lumpur. Sesak luar biasa! LRT pula bermasalah jadi saya berjalan dari Dang Wangi ke Komuter bank Negara (berpeluh ketiak).


Paginya saya berasak-asak naik komuter di Kajang. Turut naik bersama sepasang suami isteri dan anak kecil tapi di gerabak berlainan mungkin sebab berada di koc wanita mereka berjalan ke koc sebelah (tempat saya berdiri). Di Zon Keutamaan duduk seorang wanita yang sangat lena tidurnya mungkin perjalanan jauh dari Seremban, lelaki negro dan berbadan sasa buat muka tak bersalah dan seorang lagi lelaki Cina yang buat-buat tak faham apa yang di tulis mungkin. Tiba di perhentian seterusnya lelaki Cina turun dan lelaki Melayu yang sedang berdiri dengan selambanya duduk sedangkan suami isteri ini bersama anak kecil dibiarkan berdiri. Ikut hati nak saja saya sound!


Masihkah kita tidak perihatin? Mungkin nak kena sekolah balik depa ni.



You Might Also Like

17 ulasan:

  1. Ramai orang yang macam tu sis. Selfish sungguh.

    BalasPadam
  2. saya pernah aje kena macam ni dulu. lelaki indon selamba badak aje terus duduk. padahal masa tu saya dah lama berdiri. apa lagi, kena sound direct la dengan saya. dia pulak sengih-sengih kerang aje.

    BalasPadam
  3. kadang tu memang macam tu kan..diorang saja je buat-buat tak tau, kita yang naik segan dan rasa geram

    BalasPadam
  4. Bc entry ni tetiba tingat kat adlin aman ramli dlm iklan tu

    BalasPadam
  5. masyarakat skrg mmg masyarakat yang pentingkan diri sendiri..janji aku lepas..peduli apa ngan org lain..mmg tak prihatin..huhu..

    BalasPadam
  6. ha ah..
    masa hari tu lah.. sepadat sadin LRT dari KLCC.. dan lambat ..dan berhenti lama di stesen.. sebab ramai sangat orang.. satu jam sata di stesen KLCC
    sambung ke Komuter.. pun sama..
    sadin!
    kesian ada satu famili ni, baru sampai dari Sarawak.. nak ke Padang Jawa.. budak kecik 3 orang .. mak dia.. nenek dia.. tren padat dan slow..
    saya dan sorang kakak ni dok borak2 dengan depa.. kat kerusi depan kami ada 5 orang yang duduk.. sambik tidur betul.. tidur tipu-tipu..dengar headfon dan tidor betul.. dengar head fon dan tidur tipu..
    kami kesian kat makcik tu..saya tak kira.. kejutkan jugak yang duduk tu.. mintak bagi makcik tu duduk.. dia ok.. yang tidor tipu-tipu kat sebelah dia tu.. masih tidur.. saya harap nanti.. satu masa nanti .. dia akan terima yang setimpal..
    yang saya terharu tu..
    budak3 tiga orang tu tetap ceria .. walaupuin kena berdiri dan dihimpoit-himpit..
    sekian

    BalasPadam
  7. Jom kita 'sekolah' kan mereka. Masih ada sifat 'peduli apa aku?' di kalangan masyarakat kita. Bilalah mereka nak belajar?

    BalasPadam
  8. aina, subjek sivik diadakan semula setelah beberapa tahun ditiadakan...
    sudah tentu ada kesannya waktu ditiadakan kan?

    BalasPadam
  9. Tak mesra alam org kata Aina. Heran betul ada manusia macam tu lagi. Iklan kat tv dah berkali-kali tunjuk masih masuk masuk dlm minda lagi. Speechless jadinya...

    BalasPadam
  10. Malaysia masih kurang bab tu kak.. Masa gi korea dulu, kagum dengan cara org sana.. nak naik kenderaan awam memang beratur, pastu kat dalam senyap jer... bila baca paper, diorang lipat agar x mengganggu org disebelah...

    BalasPadam
  11. diorang bukan peduli Kak Jun...ada tu naik jer train terus buat2 tido..lelap mata..lg kurang ajar...baik org kita baik bangsa asing...

    BalasPadam
  12. zaman skrg nie masing2 pentingkan diri sendiri aje.. tak peduli dah keadaan org lain..

    BalasPadam
  13. sound je, kalau tak diaorang tak belajar apa-apa.....
    besarkan lagi papan tanda dan letak warna merah....heee

    BalasPadam
  14. Teringat iklan Adlin Aman Ramli dlm LRT...hehe...dengan selambanya muka dia tu

    BalasPadam