Suara Hilang

12:17 PTG JunAina 14 Comments


Seharian semalam hujan, sejuk. Pergi kerja dalam hujan balik kerja pun dalam hujan, sama-sama main hujan atas motor. Syok ja peluk ketat-ketat....ahahhaa... Makan malam kukus pulut, panaskan santan dari peti ais, kopek durian. Masuk pulut dalam pinggan, boh santan, masuk gula sikit gaul dengan durian perghhh...terbaik kot.


Lepak-lepak tengok tv pas tu masuk bilik tidur kejap, pukul 10.30pm bangun batuk-batuk, tetiba suara tak ada dan terasa macam ada sesuatu kat tekak. Saya cepat panik. Saya batuk kuat-kuat cuba keluarkan benda tu, kemudian saya muntah-muntah sebab panik. Pak Tuan Tuan naik cemas apa taknya sebelum tidur suara ok tapi bila bangun dah jadi suara itik nila. Dia bagi air masak suam dan selawatkan katanya, minum. Bila saya tenang sikit dah boleh berfikir secara logik saya terima mungkin sebab cuaca kat luar sejuk dan badan pula panas. Saya tidur dengan tenang selepas itu.


Hari ini datang kerja Mat Saleh tu usik-usik tak ada respon dari saya...ahahhaa... Finally saya bagi bahasa isyarat je dan cuba cakap sesuatu supaya dia faham saya tak boleh layan gediks dia hari ini. Oh my english! Dia suka benarlah nak kacau-kacau jugak.


Tab yang saya oder dah selamat sampai, bungkusan dia pun tetaplah cantik. Nanti saya uudate entri. Janjinya malam kan so dalam 8.20pm dah sampai kat rumah. Dak kecik tu dah lompat-lompat suka, malam tadi nak tido dia masukkan balik tab tu dalam kotak dan sembunyi...ahahhaaa... Nanti nak carikan sim card pulak tak tau nak guna service provider mana. Ada cadangan?



You Might Also Like

14 ulasan:

  1. u mobile..

    murah..
    dan line pun ok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti nak try tanya kat sana...terima kasih awak!

      Padam
  2. alahai...makan durian banyak kot...
    pasal simcard tab tu, tak tau la saya sebab xpernah beli tab yang ada simcard

    BalasPadam
  3. alahaiii dah jd suara itik kee...
    siannyeee...

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum,

    Semoga dah sihat sekarang

    BalasPadam
  5. Boleh tiba-tiba aje nak kena serang hilang suara ye Aina.. Harap tak panjanglah kalau tak tak dapat nak bergurau-senda dgn kawan di pejabat.
    Alhamdulillah sampai dgn selamat dah tab itu ye:)

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. Belum...tapi elok sikit le dari malam tadi yg terpaksa berbisik2 jew.

      Padam
    2. Kot tak ok lagi, gi check tau...mana lah tau tonsil bengkak ke..;)

      Padam
    3. Tonsil bengkak bahaya kah? Nak gi cari Dr Singa di tingkat 3 tak jauh dari opis akaklah...ahahhaa...

      Padam
  7. saya kalau sora hilang frust..tk boleh nyanyi he he

    BalasPadam
  8. tak suka la sakit tekak pastu suara hilang... geram xleh bebel2... hahaha

    moga akak dah sihat2 yer

    BalasPadam
  9. Moga sihat je.....

    BalasPadam
  10. Alahai bestnya dapat peluk ketat ketat atas motor hehe....OKje tak de motorlah JA...hehe
    La ni dah elok lum suara tu?

    BalasPadam