Semakin Tua Semakin Manja

8:55 PG JunAina 19 Comments


Minggu dulu tu saya balik kampung memang letih memandu sendirian. Jadi malamnya tidur saya sangat lena, kena pulak cuaca kampung yang dingin dan suasana yang sangat sunyi bertambah saya dibuai mimpi. Tiba-tiba hp berbunyi, pesanan ringkas terpampang wajah kesayangan hamba yang tak ikut bersama.

'Abang sakit lutut amat sangat. Berdenyut-denyut. Tak le tidur terlalu sakit. Mengerang. Nangis abang sorang-sorang.' - 1.46am

'Tadi merangkak cari ais demah lutut, ini merangkak cari ubat pulak" -1.54am

Pesanan ringkas yang kedua baru saya terjaga. Sebagai isteri hati saya sangat tersentuh sebab saya tiada di sisi di saat-saat dia sangat memerlukan bantuan saya. Biasanya kalau dia kena serangan gout seperti itu bermakna kami berdua memang tak dapat melelapkan mata sehingga ke pagi. Sayalah akan jadi jururawat sepanjang malam demah kaki dengan ais, gosok-gosok kaki yang sakit dan paling penting saya ada untuk tenangkan dia dalam kesakitan.


Sejak dah memasuki arena warga emas ini perangai dia semakin manja dan kadang-kadang tu mengada-ngada pulak. Perhatian kena lebih pada dia sahaja kalau tak mulalah merajuk-rajuk. Kadang-kadang tu kalau beri lebih perhatian pada hp pun boleh muncung mulutnya macam ikan puyu. Sesekali perhatian lebih pada anak-anak pun dia akan terasa seperti terabai.


Agaknya esok-esok bila saya dah mencapai umur seperti dia perasaan yang sama juga akan dirasa. Siapalah pulak yang akan layan kerenah saya ketika itu.


You Might Also Like

19 ulasan:

  1. Kak, putaran alam. Bila dah makin tua perangai lebih kepada kembali ke zaman anak-anak. Minta belaian bermanja-manja bagai.

    BalasPadam
  2. suami isteri kan saling memerlukan..:)

    BalasPadam
  3. kitaran hidupkann. kita nanti xtaw cm ne

    BalasPadam
  4. Teringat plak kat arwah ayah.. memang tokleh lama berenggang dgn mak.. mak nak jalan2 kerumah anak pun tokleh lama hihi

    BalasPadam
  5. Bersabarlah kak, walau macamna pun, hubby akak sayang akak tu, taknak kehilangan akak

    BalasPadam
  6. Aina...
    Bagus begitu
    Ada pasangan makin tua makin renggang....

    BalasPadam
  7. macam tu pasangan suami isteri saling memerlukan...dia nak bermanja tu...hehe

    BalasPadam
  8. walaupun adakala rasa rimas tapi itulah pengarang hati jantung limpa.. ;)

    BalasPadam
  9. kak awat tak bawak dia balik kampung sekali..... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kija....kija...tak boelh cuti. Lagipon dia nih jeneh kerja selagi boleh...:)

      Padam
  10. sy rs lelaki bila skt mmg terlebih manja kak ;-)

    BalasPadam
  11. Memg btul kak..semakin umur meningkat memg semakin sensitif dan manja

    BalasPadam
  12. As salam kak,

    Comelnye saya baca entry ni... terbyg2 duru sendiri diusia mcm tu ni...hikhik

    BalasPadam
  13. ok kak dia nak bermanja dengan akak.. jangan dengan org lain... hehehe.. banyak pahala tu kak...

    BalasPadam
  14. Biasalah suami kalau sakit nak minta perhatian dari isteri. Bila lagi nak minta dimanjakan. Tapi isteri kalau sakit selagi boleh buat kerja, dia akan tahan sakit tu. Nak minta manja lebih2 pun kadang2 suami bukan layan sangat ….. hu hu hu

    BalasPadam
  15. Sama2 la salng membantu akak.. baru bertambah kasih sayang.. =D

    BalasPadam
  16. Haha...lekaki mng manjakan JA...perempuan pun sama sebenarnya ....dari dulu terlebih manja hehe ....Tulah tu...apalah nasib kita bila tua nanti...

    BalasPadam
  17. inshaAllah kak..akak buat baik pd hb...nanti ada la org buat jugak perkara yg sama.
    Kak....cubalah pakai stoking V-ken. Pakcik sy haritu nak gi umrah pun kena gaout...kaki bengkak...surut bengkaknya....ni belum balik umrah lg. mintak2 pakcik ok kat sana

    BalasPadam
  18. patutlah tenguk mak dan abah makin tua tak berenggang!

    BalasPadam