Bila Suami Dingin

5:59 PTG JunAina 7 Comments


Apa yang sepatutnya seorang isteri buat apabila suami mula dingin dengan layanan di bilik tidur? Bukan sekadar mula dingin tetapi sebaik sah bergelar suami isteri hubungan itu sangat hambar. Tiada keterujaan dalam melalui detik-detik bersama. Lama-kelamaan langsung ia menjadi keterbiasaan untuk suami tidur memalingkan badan dari isteri.


Kedengaran sedikit ganjil dari kebiasaan kerana biasanya isteri yang dikaitkan dengan keadaan begitu. Bila mendengar permasalah sebegini saya hilang kata-kata. Semakin hilang kata-kata bila isteri juga menganggap itu adalah kebiasaan bagi pasangan lain juga. Semakin kasihan apabila ibubapa mertua mula berbunyi dan mendesak soal cucu. Desakan itu pula lebih mengarah kepada isteri yang bermaksud kesalahan tidak mendapat cucu diletakkan diatas bahu isteri dengan perbuatan-perbuatan yang kononnya dapat membantu mereka mendapat zuriat yang membuatkan isteri sangat tertekan sedangkan suami langsung tidak merasa bersalah.


Saya ingin menolong tetapi apakan daya, saya cuma mampu memberi pandangan. Menjadi pendengar agar hati dia menjadi lebih ringan dengan bebanan yang ada. Penyelesaian ada pada mereka pandangan saya mungkin sedikit sebanyak memberi idea untuk sahabat ini menyelesaikan masalah. Bila melibatkan soal ini isteri tidak boleh malu untuk membincangkannya. Walaupun perasaan malu yang sebati dengan wanita Melayu sangat tebal untuk berlaku adil kepada keduanya sahabat saya perlulah kuat.


You Might Also Like

7 ulasan:

  1. Kenapa ye isteri tidur memalingkan badan dari suami.

    BalasPadam
  2. si isteri kena tanam pokok tenggek burung/cabang tiga....hehehehe

    BalasPadam
  3. Kesiannya.... patutnya dua-dua pihak berbincang secara terbuka... dari hati ke hati dengan tujuan untuk selesaikan masalah yang dihadapi, bukannya dengan cara menuding jari ke arah satu pihak saja.

    BalasPadam
  4. kena bincang baik2, setiap manusia ada kelemahan. kalau ada tak puas hati, kenalah tegur dgn cara yg baik & berhikmah....Buatlah projek memikat suami/isteri...cam tajuk drama lak..

    Bak kata ustaz kazim kita kena enjoy dgn apa yg kita ada...rezeki kita, ingat hari pertama dinikahkan...elok aje..

    BalasPadam
  5. Dugaan tu kuat.. Sepatutnya suami lebih memahami bukan menghukumi...

    BalasPadam
  6. Mungkin letih dan stress di tempat kerja lebih mengatasi .....mood nk bersama pun hilang....kena ambik supplement kot...

    BalasPadam
  7. Patut ada komunikasi dua hala sama sama cari jln penyelesaian

    BalasPadam