Memori 2013

1:05 PTG JunAina 13 Comments


Hari terakhir 2013 esok bermula juga satu fasa lagi di dalam kehidupan kita, fasa melalui tahun 2014 yang semakin mencabar mungkin. Tiada azam baru (dah bertahun-tahun memang tak ada azam selain satu dua perkara yang menjadi keutamaan yang ingin dicapai itupun untuk jangka panjang).


Terlalu banyak pahit dan manis pada tahun ini semuanya bercampur baur. Air mata yang jatuh Allah s.w.t beri kemanisan kemudiannya. Siapa kita untuk menghalang takdirnya. Air mata tumpah dihari perginya ibu saudara tersayang pada bulan Febuari, seminggu kemudian kehilangan janin yang sedang membesar di dalam kandungan dan pada April tok (nenek) menghembuskan nafas yang terakhir mengikut jejak mak lang. Terkesan. Lemas sehingga hati tidak keruan.


Febuari juga Allah telah tetapkan rezeki kami mungkin, rumah teres yang menjadi salah satu azam untuk dimiliki telah bertukar tangan kuncinya. Bertambah manis bila rumah tersebut adalah hasil penat lelah sendiri tanpa dikongsi. 3 November 2013 kami sekeluarga mampu tersenyum kerana menerima ahli keluarga baru bila abang yang sekian lama membujang bertemu jodoh. 14 November 2013 sekali lagi Allah menghadiahkan hari gembira bila Kakak Hayani mendapat 4A1B di dalam peperiksaan UPSR semoga selepas ini kejayaan akan sentiasa bersama dia. 


Itulah antara hari besar yang akan menjadi ingatan sepanjang perjalanan kehidupan. Kenyataan kehidupan yang bakal dikenang senyum, tangis dan ketawa itulah pelengkap kitaran hidup.



You Might Also Like

13 ulasan:

  1. semoga 2014 membari impak yang lebih baik kpd kita :)

    BalasPadam
  2. sedih dan ketawa peredaran hidup.. semoga 2014 lebih banyak lagi perkara bermakna yang berlaku dalam hidup kita..selamat tahun baru kak..

    BalasPadam
  3. roda hidup akan terus berputar. Semoga yg baik2 shj jadi kenangan sepanjang hayat

    BalasPadam
  4. Kak Jun..
    Semoga 2014 lebih penuh warna gembira..
    Tapi 2013 berlalu dengan ingatan bahawasanya Allah sentiasa ada utk mengingatkan kita :)

    BalasPadam
  5. wow kak tukar header baru ya,,, :) happy new year kak ^_^

    BalasPadam
  6. selamat tahun baru untuk kak jun

    BalasPadam
  7. DIA telah tetapkan apa yang ingin diberikan..

    BalasPadam
  8. suka bila terbaca perkataan 'kitaran hidup'... ;)

    BalasPadam
  9. Hmmm banyak yg bisa terjadi dlm tempoh setahun kehidupan..bila dah berlalu jadilah sebuah kenangan..
    selamat tahun baru kak..

    BalasPadam
  10. Selamat menyambut Tahun Baru 2014, JunAina. Yang lalu jadi sejarah untuk ingatan akan datang.

    BalasPadam
  11. Janji Allah itu benar...Ada pahit...ada manisnya hidup kita ni kan kak...:)

    BalasPadam
  12. 2013 bakal berlabuh..selamat tahun baru 2014, aina

    BalasPadam
  13. Harap2 tahun 2014 banyak happy dari saddy (opsss merosakkan bahasa pulak).. dari sedih eheh!

    BalasPadam