Pameran Herba Malaysia

11:26 PG JunAina 5 Comments


Penggerak utama Pameran Herba Malaysia 2014 adalah FRIM dengan kerjasama Jabatan Pertanian dan MARDI dalam mengangkat martabat herba tempatan. Bertemakan 'Herba dan Pengetahuan Tradisi : Khazanah Negara'. Pameran akan berlangsung di Putra World Trade Centre (PWTC) pada 23hb - 25hb Mei 2014. Majlis "Soft Launch" Herba Malaysia telah di rasmikan oleh YBhg Dato' Sri Zoal Azha Bin Yusuf, Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar di Hotel Maya pada 27hb March 2014. Majlis kemudiannya berlangsung secara santai dan bersahaja bersama YBhg Dato' Dr. Abd. Latif Mohd, Ketua Pengarah Frim.



Ucaptama perasmian oleh  YBhg Dato' Sri Zoal Azha Bin Yusuf, Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.



Santai bersama YBhg Dato' Dr. Abd. Latif Mohd, Ketua Pengarah FRIM.


Tiga Chef Selebriti telah dilantik sebagai duta Pameran Herba Malaysia 2014 iaitu Primadona Rubiah Suparman, Chef Adu Amran dan Chef Azli Razali. Kombinasi mantap orang lama dan orang baru yang bakal memberi kelainan kepada menu-menu herba tempatan, sama-samalah kita tunggu kelianannya pada pameran itu nanti di mana mereka bertiga akan mengetengahkan menu masing-masing dalam demonstrasi masakan herba yang membawa aspirasi gaya hidup sihat menerusi penggunaan herba dan pengetahuan tradisi dalam rutin harian kita.



Chef Selebriti Chef Adu Amran, Primadona Rubiah Suparman dan Chef Azli Razali.


Objektif perlaksanaan pameran adalah untuk memperkasa keyakinan orang ramai akan potensi dan khasiat herba sebagai rawatan alternatif. Di samping membuka peluang yang luas untuk jaringan kerjasama R&D& C (Reacerch & Development & Comercial) dibawah satu bumbung di kalangan usahawan herba tempatan serta mempertingkatkan kualiti, keselamatan dan efikasi produk. FRIM juga cuba mengangkat produk berasakan herba tempatan setanding dengan produk antarabangsa. Menjalankan promosi dan menggalakkan teknologi, inovasi terkini dan jaringan komunikasi dalam industri berasakan herba. Meletakkan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan untuk industri berasakan herba.


Sepanjang Pameran Herba Malaysia berlangsung pelbagai aktiviti akan di jalankan bagi memeriahkan pameran. Chef Selebriti akan membuat demonstrasi masakan menggunakan herba, seminar pengetahuan tradisi herba (melibatkan petua-petua penggunaan herba), penjualan produk herba tempatan dan produk SPA juga bakal menjadi platform pertemuan setempat penggiat, pengeluar dan pengusaha herba tempatan. Turut dianjurkan konsultansi untuk ujian produk herba. Paling utama adalah pemeran produk herba yang terdapat di Malaysia dan akan disempurnakan lagi dengan penjualan buku berkenaan herba. Seminar Pemuliharaan dan Pemerkasaan Pengetahuan Tradisi dengan tema "Melestari Legasi Pengetahuan Tradisi' turut diadakan.



Banner majlis "Soft Launch" Herba Malaysia 2014.

Pemeran herba ini moga dapat memberi pendedahan dan dapat mendidik masyarakat akan kepentingan herba dalam kehidupan agar dapat dimanafaat secara maksima. Pengambilan herba juga sesuai untuk amalan gaya hidup sihat seperti apa yang dapat kita lihat terhadap amalan orang dulu-dulu yang kekal cantik semulajadi dengan mengamalkan herba. Semoga pameran ini akan membuka lembaran baru sebagai wadah mempertahankan tradisi penggunaan herba tempatan.


Tempahan 'booth' pameran masih dibuka. Kepada yang berminat boleh berurusan terus dengan FRIM di alamat : 

Rorest Reaserch Institute Malaysia (FRIM)
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 603-6279700
Email : feedback@frim.gov.my
www.frim.gov.my 


Pameran Herba Malaysia 2014
Putra World Trade Centre (PWTC)
23hb - 25hb Mei 2014





You Might Also Like

5 ulasan:

  1. Bestnya mereka yg ada peluang utk ke sana.
    Kakak dengar iklannya di radio pun ada Aina..

    BalasPadam
  2. menarik pameran ni...tapi jauh la akak....kalau dapat live di tv...boleh lah tengok :)

    BalasPadam
  3. wah siap ada chef celebrity lagi ye kak :)

    BalasPadam
  4. Patut macam ku kenal awek di tengah itu. Saya suka tengok Rubiah Suparman. Muka nya lembut aje.

    BalasPadam
  5. Inilah dia kisah dia.....yang kat latest entry awak tadi yeh JA ....

    BalasPadam