Celcom Luxury Watch Winners Campaign

4:57 PTG JunAina 13 Comments



Event : (X-PAX) To Reward First Batch Of Luxury Watch Winners



Motif tunjuk gambar kat atas? Ungu. Tentulah X-PAX! Biru di sampul surat tu tentulah Celcom yang menjadi tuan rumah. Majlis yang sangat meriah.


Ceritanya saya dapat jemputan ke event ini dari Nuffnang. Meraikan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang batch pertama 'Time to Realod, Win a Watch'. Kiranya X-PAX memberi reward kepada pengguna setia yang sentiasa top-up telefon bimbit dia orang. Kempen ini adalah khas untuk pengguna prepaid sahaja.


Chief Marketing Officer of Celcom Axiata En. Zalman Aefendy Zainal Abidin yang segak bergaya telah dengan gembiranya menyampaikan hadiah kepada 11 pemenang pada hari tersebut. Pada masa yang sama beliau sempat mewar-warkan produk terbaru iaitu X-PAX 24 HOURS yang bakal memberikan kehebatan berganda dan penggunaan bergaya buat pengguna-penggunanya.



Tetamu-tetamu jemputan yang hadir. Media, blogger, pemenang dan juga petugas X-PAX. Riuh rendah menggamatkan suasana. Menumpang gembira. Saya suka UNGU!



Hadiah yang bakal di terima pemenang-pemenang. Jam tangan bernilai Rm10k. Hanya top-up dan guna, anda bakal memenangi jam mewah tersebut. Guna, guna dan guna tiba-tiba dapat hadiah jam. Nak tak? 




Ini pula bakal menjadi (telah menjadi) pemilik hadiah pertama. Jam bernilai Rm30k. Berbaloi-baloi bagi pemenang yang menerima jam ini. Nampak hebat bergaya di tangan. Bertuah lah badan. Nak beli tak mampu bila dah dapat macam ni haruslah melompat bintang!




Pemenang memegang hadiah masing-masing dengan dihujani hujan buatan tapi hujan kertaslah. Semua tersenyum gembira dengan hadiah masing-masing. Puas hati. Terasa diri di hargai! Selepas ini semakin bertambahlah penggunaan telefon dia orang manalah tahu ada rezeki kali kedua! Pemenang utama berbaju biru memenangi jam bernilai Rm30k iaitu Encik Md Noor Haizan.



Jangan risau, usah bersedih anda semua masih ada peluang lagi untuk memenangi jam-jam tersebut kerana ini adalah batch yang pertama. Masa masih ada. Syarat-syarat penyertaan boleh rujuk xpax.com.my pasti anda semakin teruja dengan jam-jam yang di paparkan di sana.





You Might Also Like

13 ulasan:

  1. singgah dan follow sini dear...

    BalasPadam
  2. ooo alangkah bertuahnyer diri kalau gitukan...syiiok kalau kita yang dapat...

    sori mori ler tak dapat nak komen kat blogni.. tu yang sepi jer.. entah apasal computer sayatu.. ni gi kat tempat budak sebelahni ha...

    BalasPadam
  3. uyyoh...lawa banget laaa jam tuh!!!!

    BalasPadam
  4. selamat menjalani ibadah puasa...

    BalasPadam
  5. Untungnya RS, asyik dapat jemputan Nufnang je

    BalasPadam
  6. Sedih...pengguna xpax dpt mcm2 reward, pengguna postpaid yang dah lebih dr sepuluh tahun ni xdi hargai pon...hu3

    BalasPadam
  7. Bestnya just guna khidmat dia tetiba dapat hadiah lumayan. Kalau kakak dapat yg 10K itu pun agaknya dan tak terkata gembiranya Aina.

    BalasPadam
  8. bertuah encik Md Norr Haizam tu

    BalasPadam
  9. jam tangan 30K????
    baik habiskan bayar hutang kak kl yan...ekekekek

    BalasPadam
  10. Best sapa yang dapat jam tangan mewah tu kan :D

    BalasPadam