Ubat Stress
Saya sedang mengalami stress berganda ketika ini dengan kerja dan sedikit masalah peribadi yang terlalu lama saya simpan. Rasanya saya sudah tidak mampu menanggungnya lagi. Resah itu sudah sampai di penghujung dan kesabaran saya sudah seumpama kulit bawang kini. Doakan yang terbaik buat saya.
Balik kerja dengan keletihan kerana demam beserta hati yang tidak tenang. Saya perlu masa untuk diri sendiri tetapi saya juga tidak boleh mengabaikan anak-anak tersayang. Saya call minta anak-anak bersiap untuk bawa mereka keluar makan. Bila mama buat sesuatu yang bukan rutin mereka tertanya-tanya.
Saya minta anak-anak pilih tempat makan dan mereka memilih KFC. Bila makanan siap dihidang saya biarkan anak-anak makan walaupun ketika itu suasana sangat tidak ceria. Saya layan mereka seperti biasa tetapi anak-anak seolah-olah dapat menghidu derita hati mama. Saya perlu faham kan anak-anak dengan situasi yang bakal kami sekeluarga hadapi sebulan dari sekarang. Perlahan saya ceritakan situasi di pejabat. Kakak dan abang boleh memahami tetapi adik tetaplah begitu. Saya hanya mampu beritahu secara yang sangat mudah buat adik. 'Mama berhenti kerja dan kena cari kerja lain'.
Adik suka sangat dapat pergi KFC tetapi mata dia dah mengantuk walaupun jam beru menunjukkan pukul 8.15pm. Apa yang dia tahu setiap permintaannya mesti ditunaikan samaada cepat atau lambat.
Abang dan kakak yang sudah besar, sudah boleh memahami erti kehidupan mama sedikit sebanyak. Sebesar mana masalah saya anak-anak tetap utama, saya akan berkongsi masalah yang ada dengan anak-anak.
Saya masih mampu tersenyum ketika ini, kekuatan saya adalah semangat dari anak-anak tanpa saya anak-anak akan kehilangan arah.
Saya datang kerja dengan separuh jiwa tetapi hidup masih perlu diteruskan. Jalan yang masih panjang dilalui belum lagi sampai ke penghujungnya. Perjuangan demi hidup, demi kebahagiaan. Saya ada anak-anak yang sentiasa di sisi lalu apa lagi yang perlu saya cari.
harap akak bertabah ye dgn dugaan yg mendatang.. kita doakan yg terbaik utk akak moga lebih ceria dihari2 mendatang..
BalasPadamHarap Jun tabah .. dan kuat . Insyaallah
BalasPadambersama ngn anak2 hati yg gundah jd gembira kan kak
BalasPadamsatu ketika cik melor diuji dgn sesuatu yg amat berat rasanya tak semua perempuan dpt menghadapinya. dlm gundah gelana, sedih tertekan itu cik melor sentiasa bersolat tahajud dan berdoa serta sentiasa membaca surah yasin, surah al mulk dan surah al waqiah setiap kali lps solat.alhamdullilah hidup kite sentiasa tenang walaupun bermasalah dan masalah itu pergi tanpa kite sedari. Cuba lah jun buat apa yg kite buat tu. dan jun sendiri rasakan keberkesanan nya dgn izin 'Allah'. kite tulis berdasarkan pengalaman kite. moga ia dpt membantu
BalasPadamsemoga dipermudahkan urusan untuk hari-hari mendatang....
BalasPadamwana7370
BalasPadamSemoga Allah permudahkan segala kesulitan dalam urusan kehidupan Jun. Sesungguhnya hanya Dia yang Maha memudahkan atas setiap kesulitan, Insyaallah Amin3...
harap tabahyer dengan dugaan..inshaallah 'innamal usri yusra.."
BalasPadamtabahlah aina. setiap dari kita diuji bertuah aina kerana punya anak2 yang mengerti. itu satu rezeki berganda buat aina. kak punya kawan yang hidup mewah. membeli barang hingga tak lihat tag harga dahulu. namun dia pernah menangis depan kak anim kerana anak2 perempuannya tidak pernah tahu perasaannya. menganggap dia sebagai bank saja. faham kan maksud kak? ..
BalasPadamKuatkan hati Aina. Kakak dah pernah rasa apa yg Aina rasa. Kakak lagi masa itu sedang pregnant tau. Tapi insya-Allah berkat doa suami, anak-anak dan diri sendiri yg tak putus masa dlm confinement lagi kakak dah dpt tawaran kerja. So... percayalah Allah sentiasa membantu kita.
BalasPadamDoa kakak buat Aina, anak-anak dan Pak Tuan juga.
Assalamualaikum,
BalasPadamMoga lebih kuat
be strong ye kak. InsyaAllah ada yang lebih baik lepas ni :)
BalasPadamIyaa Aina..hidup kita ni umpama roda..ada masa kita di atas..ada masa kita nuun di bawah..kuatkan semangat...kita hanya hilang pekerjaan tapi kita masih ada anak anak...memang sukar untuk mengharunginya ..kita berusaha..selebihnya mohon Allah mudahkan rezeki ..insyaallah..akan ada rezeki tanpa di sangka..sekiranya Allah mahu!!
BalasPadamMakchaq doakan sesuatu yg lebih baik menanti Aina.
BalasPadamMoga tabah kak....walau apa jua keadaan kak....
BalasPadamBila bersama sama anak anak hilang seeua masalah kan..in shaa Allah akak akan jmpa jalan yg lebih baik utk menyelesaikan masalah akak tuh
BalasPadamKak, semoga ketabahan sentiasa milik akak. Sy doakan akak bahagia kelak. Kalau bukan kat sini pun kak..kat sana.InsyaAllah..
BalasPadamLebih elok berterus terang dengan anak-anak masa senang atau susah. Mereka akan lebih mengerti dan memahami bila tengok kita sedih atau susah hati. Rezeki akan tetap ada, be positif... pandang ke depan dan teruskan perjuangan!!
BalasPadamakak kuat.
BalasPadamtapi saya still sedih sebab i can't be there to hug you.
sabarlah aina...
BalasPadamsetiap yg berlaku itu pasti ada hikmahnya...inshaAllah
bila hati kita sedih...selalunya anak2 pengubatnya
bila mereka happy...hati kita pun rasa happykan...
ati ni dah merasa 2 kali kena tawar vss tau
bila redho...alhamdulillah kita boleh hadapi dgn tenang
jangan stress...nanti penyakit lain pula yg dtg