International Women's Day 2014 Luncheon At Saloma Bistro
Bukan rezeki saya untuk turut sama berada di majlis Sepetang Bersama Blogger yang bakal diadakan pada 8hb March 2014 di Saloma Bistro. Ditakdirkan saya ada komitment lain yang tidak dapat tidak untuk saya sertai. Jadi saya perlu memilih keutamaan berbanding kehendak saya untuk menghadirkan diri dalam acara ini.
Rezeki makan-makan di Salomo Bistro datang juga dalam cara yang lain. Saya mendapat jemputan dari pejabat tempat saya bekerja untuk mejadi tetamu 'International Women's Day Luncheon' bersempena 'Hari Wanita Sedunia' yang disambut pada 8hb March 2014. Makan tenghari tersebut bakal diadakan esok 7hb March 2014. Rezeki cepat sehari dari majlis Sepetang Bersama Blogger. Pengubat hati. Saya tetap sangat suka menerima jemputan ini.
Khabarnya orang kuat AirAsia akan turut berada di dalam majlis ini nanti, ikon wanita berjaya yang patut dicontohi oleh semua wanita. Insyaallah selepas ini saya akan kongsi pengisian majlis selain daripada episod makan-makan yang menjadi acara utamanya.
Selamat menyambut 'Hari Wanita Sedunia'. Kekuatan wanita pemangkin kejayaan keluarga.
Salam Jun,
BalasPadamTak aperlah berilah keutamaan kepada yang lebih perlu.
alaaaa...x dapat jumpa kak jun kat sbb ...
BalasPadamSelamat Hari Wanita Sedunia. Salam kenal. Esok hari lahirku. Tolong celebrate kan sekali yer...hehehe
BalasPadamWah bestnya akak..have fun yer!! nanti jgn lupa share story kat sini tau..=D
BalasPadamenjoy kak!!
BalasPadamSeronok laa dpt join function kat Saloma Bistro tu.. Enjoy yourself yer.. :)
BalasPadam