Berhati-hati Dijalan Raya.

10:23 PG JunAina 8 Comments

Malam tadi agak terlewat bertolak pulang dari Muar, selepas makan malam lebih kurang pukul 8 baru angkat beg. Bukan pertama kali memandu malam kerana sebelum ini telah biasa memandu balik Perlis dengan anak-anak sehingga malam tetapi kali ini perjalanan pertama kali menyusuri Lebuhraya Utara Selatan dari Muar ke Kajang. Hujan mengiringi perjalanan...dengan mata yang agak bermasalah dengan hujan dan cahaya perjalanan dari Muar ke Tol Tangkak agak perlahan. Hanya mampu memandu 60-70km/jam dan anak-anak pula telah mula melelapkan mata, Perjalanan pergi hanya mengambil masa 20 minit tetapi untuk balik hampir 40 minit melalui jalan yang sama.

Perjalanan menjadi semakin selesa bila memasuki lebuhraya dan ketika itu jalan agak sibuk. Hanya mampu memandu 90-100km/jam dalam hujan yang agak lebat. Memandu dalam keadaan sebegini memerlukan lebih tumpuan dan nasib baik anak-anak pula telah tidur jadi tiada gangguan-gangguan dari pergaduhan dan usik mengusik mereka 3 beradik.

Berhati-hatilah semasa memandu terutama bila memandu di dalam hujan, keadaan jalan yang agak licin memungkinkan tayar kereta menggelungsur. Lebih berhati-hatilah juga bila hendak memotong kenderaan yang lebih besar terutama lori yang kadang-kadang dengan tidak semena-mena akan termasuk ke lorong kita tanpa disedari pemandunya dengan kelajuan memotong kita banyak perkara boleh berlaku. Ada juga segelintir pemandu bas yang sesuka hati menukar lorong sedangkan signal baru diberi dan terus masuk kel orong sebelah membuatkan pemandu yang berada di lorong tengah terpaksa menekan break dan bayangkanlah dengan kelajuan kita di lebuhraya tidak mustahil kita akan menghentam kereta di hadapan dan bas pula dengan selamba meneruskan perjalanan.

Bagi pemandu lelaki mungkin bagi mereka ini perkara biasa tetapi bagi seorang ibu yang membawa anak-anak ia akan menjadi perkara yang agak menakutkan. Bukan tidak biasa memandu jauh tetapi kekadang hati menjadi cuak bila teringatkan berita-berita kemalangan yang selalu dapat kita lihat ditelevisyen. 

Pada semua yang akan memulakan perjalan bercuti ke mana juga berhati-hatilah di jalan raya. Ambil langkah berjaga-jaga dan ingatlah orang sekeliling yang menyanyangi kita. Andai terjadi juga itulah takdirnya...

*Aina selamat sampai ke rumah setelah melalui 2 1/2 jam perjalanan dari Muar ke Kajang, lebih setengah jam dari perjalan pergi.

8 Rider Beraksi:

Sarapan Pagi Ahad.

10:58 PG JunAina 5 Comments

Salam hari minggu buat semua. Hari ini Aina masih menghabiskan hujung minggu d Muar, bawak anak jalan-jalan jumpa abah yang dah dua minggu berkampung kat Muar atas urusan kerja. Hari ini pilihanraya Tenang so Pak Tuan awal-awal lagi dah keluar ke bilik gerakan, tinggal Aina dan anak-anak sahaja dan terasa segan pulak nak pegi sarapan kat cafe yang disediakan pada petugas. Aina buat keputusan jalan-jalan pusing Muar cari sarapan.



Inilah sarapan Aina anak-beranak pagi ini. Makan satay di pagi hari...


Junior dan Hayani leka melayan satay tapi tak le sesedap satay kat Satay Station macam k.ciknurseroja dok cerita tu.

Jalan-jalan area station bas Muar, niat di hati nak pegi satu kawasan pasar (menurut kata Pak Tuan le...) nak beli kerepek sebagai buah tangan. Lalu kat situ pagi-pagi lagi dah terbau org membakar satay, apa lagi anak-anak terus tak berjalan. Pagi ini perut sikit terkejut coz biasanya makan satay tengahari, petang-petang sikit ke atau malam hari tapi datang Muar makan satay pagi hari.

Habis makan Junior merengek ajak balik ke hotel, hari minggu kebiasaannya separuh hari dia akan habiskan masa di depan tv. Malas nak melayan anginnya nanti coz mama takut lepas tu mama pulak yang berangin terpaksa le balik ke hotel. Nampak gayanya hasrat membeli kerepek terpaksa di batalkan pagi ini.

Jalan-jalan memang best tapi jadi tak best dengan perangai anak-anak yang membuatkan mama sentiasa tumbuh tanduk!

5 Rider Beraksi:

Melerai Rindu.

5:54 PTG JunAina 2 Comments

Hujung minggu ni semua kerja di letakkan ke tepi dengan tujuan untuk melerai rindu di Muar, setelah cuti Tahun Baru Cina seakan semakin kelam untuk di harungi. Drawing yang berlambak di atas meja kubiarkan sepi, kukeraskan hati hujung minggu kali ini ingin berehat dan melerai rindu 2 minggu yang tersimpan.

Selepas usai urusan rumah yang emaknya telah tertipu dengan keadaan, tidak tidur malam urusan keperluan sekolah dan bangun awal siapkan baju sekolah rupa-rupanya isnin nanti anak-anak telah mula bercuti. Tipah tertipu...kononnya tak ingin terkocoh-kocoh bila balik dari Muar.

Pukul 11 pagi bertolak dari Kajang, inilah pertama kali ingin kujejaki bumi Johor walaupun dah 36 tahun hidup...hahhahaaaa...alahai... Berkira-kira pemanduan mungkin mengambil masa 3 jam melalui lebuhraya tetapi andaian meleset sama sekali, pukul 1 kami anak beranak telah sampai di Muar dan Pak Tuan dengan senyum lebar menunggu kami di lobi hotel.

Selepas makan tengahari hanya berehat di bilik dan pukul 3 petang Pak Tuan mengajak mencendol sebelum dia menghadiri mesyuarat pada pukul 4 petang, kata orang rezeki jangan di tolak. Ermmmm...bestnya...Cendol + kacang...yummy...

Setelah sekian lama merindu keenakan cendol akhirnya dalam kekenyangan habis jugak semangkuk cendol tetapi kerinduan itu sebenarnya lebih kepada cendol buatan emak...

Junior dan cendol yang menjadi kegemarannya tetapi kali ini dalam keghairahan dapat bercuti kat luar cendol hanya habis separuh jalan...

2 Rider Beraksi:

Antara Muaz dan Ariani

2:23 PTG JunAina 7 Comments

Entri iklan free untuk kedua-dua kedai.

Macam biasa kalau tak ada yang urgent kat office pada hari Jumaat Aina dengan santainya akan menyantaikan diri berjalan-jalan kat Jalan Tuanku Abdul Rahman biasanya bertemankan Pak Tuan yang rajin melayan tetapi kali ini Aina berseorangan sahaja kerana Pak Tuan pi bertenang kat Johor...hehehhee.... Jumaat kali ini punyalah ramai orang, agaknya semua dah gaji so boleh le mennyopping sakan kalahkan orang yang nak sambut Tahun Baru Cina.

Sebenarnya tak ada apa yang nak di shoppingkan pun cuma keperluan biasa itupun beli kat Mydin jer. Sambil tu meninjaulah kat Ariani, banyak yang berkenan tetapi ku tahan-tahan saja hati ini. Mungkin lain kali atau jugak lain tempat! Kualiti bagus tetapi harga memang mahallah kat sini, tetapi kalau nak berniaga dapat pulak less hampir 40% wahhhh...bila ingatkan kata-kata seorang kawan ni langsung le belek-belek jamu mata dan blah.

Destinasi seterusnya tentulah Muaz, tempat jual tudung yang murah-murah tu. Semua tudung main longgok jer, pandai-pandailah pilih. Dulu nak masuk ke sini rasa macam sesak nafas dan berabuk je tapi sekarang sesak juga nafas bukan kerana abuk tapi kerana orang yang terlalu ramai. Hari ini memang le sesangat ramai, biasanya hanya satu kaunter bayar tetapi hari ini dua itupun punyalah panjang beraturnya. Di tangan ada satu tudung harganya cuma Rm5, alahai tak kuasa ceq nak beratur sepanjang itu walaupun hatiku telah terpaut.

Murah dan mahal, kualiti biasa-biasa saja atau yang memang berkualiti itulah antara Muaz dan Ariani. Tepuk dada tanyalah poket. Kalau tebal boleh le menyinggah ke Ariani tetapi tetap ada pilihan bagi yang menjaga poket kerana Muaz jugak tidak kurang pilihannya. Inilah kisah iklan free, yang company tak yah bayar pada pengiklan...hahahhaaa...


Berebut-rebut orang memilih tudung tapi ini bukan Muaz mahupun Ariani. Hari biasa tak ada pulak orang menyinggah tetiba hari ini penuh dengan orang memilih, seingat Aina tudung tu dah berbulan di salekan Rm10 je...yang hairan hari ini pulak le baru orang ramai berkerumun.

7 Rider Beraksi:

Tin Pepsi Limited Edition Siti Nurhaliza

6:04 PTG JunAina 7 Comments

Tin Pepsi Limited Edition Siti Nurhaliza Berharga RM2000 keluaran tahun 2000 jugak - siapa yang sanggup? Mesti adakan yang sanggup, Siti banyak peminatnya tapi kalau Aina tak naklah bayar banyak tu untuk satu tin kosong...walaupun rupamu dan suarumu menjadi idaman hatiku tak ku sanggup berhabis kerana tin! Heehee...

Suka lagu-lagu Siti Nurhaliza walapun bukanlah peminat berani mati dia. Paling suka lagu `Aku Cinta Padamu' berbekas sampai kini. Suka juga peribadinya yang tak banyak gossip-gossip liar singgah dalam kehidupan peribadinya tetapi sedikit terkejut bila Siti memilih Datuk K sebagai suami tetapi alhamdulillah mereka bahagia. Itulah di namakan jodoh.


7 Rider Beraksi:

Entri Santai - Lawak Minyak Masak

9:33 PG JunAina 6 Comments



Dalam kesibukan mengemas rumah di hujung minggu lepas terpandang akhbar lama (Utusan Malaysia) di atas rak kasut. Sambil mengemas masih sempat membelek surat khabar tahun 2008 (patutlah Pak Tuan bising katanya semak surat khabar 3 tahun lepas pun dimasih simpan...). Terpandang kartun mamak cyber teringat isu minyak yang semakin meruncing. (Boleh baca ke kartun yang Aina snap ni, blur je. Macam nilah kalau guna kamera tikam...hehehheee..)

Tidak di ketahui apa puncanya, pengeluaran macam biasa tentunya penggunaan pun tak juga luar biasa tetapi yang hairannya kekurangan minyak masak sangat luar biasa sehinggakan seorang hanya boleh membeli satu botol besar minyak masak sahaja. Limited! Mana pi la minyak masak kat Malaysia ni? Ladang sawit berekar-ekar, agaknya pokok sawit semua dah mogok tak mau berbuah kot....hahahhaa...

6 Rider Beraksi:

Fasha Sandha Yang Sentiasa Panas

8:46 PG JunAina 5 Comments


Kisahnya masih tak habis-habis di perkatakan dari satu ke satu kontroversi tercipta atau mungkin dicipta. Dari perceraian Nora Danish dan Jejai hinggalah yang terbaru berbikini di Bali dan paling hangat Jejai mengakui mereka telah berpisah. Selepas ini entah apalah pulak kontroversinya.

Apa yang pasti semua itu menjadi publisiti untuk menaikkan lagi nama artis ini. Walau berbagai cerita negatif di kaitkan dengan Fasha tetapi rezekinya tetap murah, banyak tawaran yang berlakon yang diterima. Pelikkan? Itulah Fasha Sanda yang bijak menguruskan kerjayanya sebagai pelakon, mengenepikan masalah peribadi apabila bekerja. Profesional!

Walaupun atitut kurang baik yang digembar-gemburkan media dan peminat seni tanah air tetapi dia masih diberi banyak kepercayaan sebagai anak seni. Sentiasa tepat pada waktu bekerja dan tidak banyak kerenah.Mustahil producer ingin mengambil berlakon andai seorang pelakon selalu membawa masalah pada crew. Mana ada bisnes mau rugi.

Aina bukanlah peminat setia Fasha Sanda tetapi setiap lakonannya memang mantap. Aina juga tidak membenci Fasha Sandha kerana siapalah kita untuk membenci dan menghukum orang lain. Selamat berjaya untuk Fasha Sandha, semoga tiada lagi kontroversi hangat untuk setahun akan datang.

5 Rider Beraksi:

Menyisih dan Disisih.

12:42 PTG JunAina 2 Comments

Kata dasar yang sama membawa maksud yang berbeza, hakikat kehidupan yang terpaksa ditelan dalam kehidupan seharian. Andai aku disisih pasti hati kecil ini terasa dan mencari jalan keluar mudah dengan menyisihkan diri dari kumpulan atau sesiapa sahaja yang menyisihkan kita. Bagaimana pula sekiranya yang disisih itu cuma anak yang akalnya belum penuh dan masih belum pandai membezakan yang baik dan yang buruk.

Sesungguhnya cukup terpanggil untuk menulis situasi begini terutama pada ibu dan anak-anak yang menerima kehadiran orang baru pengganti suami, pengganti ayah yang mungkin jodohnya hanya seketika bersama si ibu. Segalanya ketentuan Ilahi kerana sesungguhnya setiap yang baik itu datang darinya dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri kita sendiri. Bersediakah si ibu dan si anak menerima keadaan ini dan sanggupkah kehadiran orang ketiga menerima keluarga seadanya kerana apa yang kita lihat kebanyakannya hanya sanggup menerima ibu dan menyisihkan anak-anak. Lebih malang bila si ibu pula melebihkan si suami dan jalan terakhir anak yang semakin terasa disisih akan mencuba mencari jalan keluar dengan menyisihkan diri dari si ibu dan mencari kumpulan yang sanggup menerima serta memahaminya.

Bermulalah sengketa, bermulalah dendam membeku dan bernanah di hati. Andai si anak bijak memilih kawan dan kehidupan beruntunglah dia andai tidak hanyutlah dalam kehidupan dunia yang tak bertepi. Kasihan si anak kerana masa depannya telah di rosakkan oleh ibu sendiri, memperjudikan nasib anak kerana rasa cinta dan kasih pada seorang lelaki. Siapa yang harus di salahkan? Anak yang akalnya cetek dalam membuat keputusan, ibu yang memerlukan teman untuk meneruskan kehidupan atau orang ketiga yang sanggup mengambil tanggungjawab menjaga mereka...sesungguhnya pasti ada sifat saling salah menyalahkan untuk menutup kesalahan diri sendiri.

Sesungguhnya ketakutan ini beada di dalam jiwa sesiapa sahaja yang bergelar ibu tunggal ataupun balu. Mencari pengganti suami bukan semudah ABC tetapi perlu di dalami dan dikaji sehalus-halusnya supaya keputusannya bukan sekadar memuaskan hati sendiri. Jiwa anak-anak cukup sensetif dan mudah terasa. Mencari keserasian bukan sekadar antara kita dengan dia sahaja tetapi juga keserasian dia dan anak-anak. Biarlah menjadi ibu yang bukan hanya mementingkan hati dan perasaan sendiri dan mengabaikan hati dan perasaan anak sendiri yang akhirnya akan membawa kelukaan-kelukaan yang lebih dalam.

Jika kita lihat zaman sekarang ada anak yang sanggup membuang ibu dan bapa sendiri, meminggirkan atau macam-macam cerita negatif lain, inilah kesan jangka panjang yang akan terjadi. Bila anak-anak tidak jatuh sayang pada ibu mahu pun bapa, hilang rasa hormat dan tiada perasaan simpati lagi. Mudah orang luar menunding jari tetapi kita seharusnya faham apa yang berlaku hari ini pasti ada sejarah di masa lampau. Bak kata pepatah `What you give you get back'. Samaada lambat atau cepat masanya pasti datang!

Lebih fokus kepada isu ibu kerana sangat jarang ada bapa yang sanggup menggalas tanggungjawab menjaga anak, kalau ada pun terlalu sedikit. Bukan tidak ada bapa yang baik sehingga melupakan hasrat untuk berkahwin lagi kerana bimbang anak-anak terabai tetapi boleh dikira dengan jari tetapi ramai ibu yang sanggup hidup sendiri demi anak-anak.

Akhir kata sama-samalah renungi hidup kita, andai tergolong dalam kumpulan ini sudahkah kita memberi yang terbaik kepada kedua belah pihak!

2 Rider Beraksi:

Iqbal Hadi - Majlis Ikrar Tahun Lima

11:50 PG JunAina 0 Comments

Sabtu 22 Jan 2011 dalam kesibukan kerja June melapangkan diri menghadiri Majlis Lafaz Ikrar murid-murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Kajang Utama. Majlis juga bertujuan memberi pendedahan dan maklumat kepada ibu bapa berkenaan aktiviti yang bakal di lalui oleh anak-anak. Taklimat mata pelajaran juga telah diberikan oleh guru panitia. Perbincangan dan pendapat ibu bapa juga di ambil kira dan dipertimbangan oleh pihak sekolah.

Atas inisiatif guru besar baru Sekolah Kebangsaan Kajang Utama yang merupakan Guru Besar Cemerlang Peringkat Kebangsaan iaitu En. Abdul Samad bin Abdul Ghani pelbagai program sepanjang tahun telah diatur untuk murid tahun lima sebagai persediaan UPSR tahun hadapan. Panjang jugak senarainya dan memerlukan peruntukan asing sudah tentunya dan pihak sekolah telah memastikan agar ibu bapa membayar seminima mungkin.

Terima kasih buat semua guru tahun lima SKKU yang sanggup mengorbankan masa mendidik anak bangsa kadangkala sehingga diluar waktu kelas. Menyumbangkan idea dan mengerah tenaga bagi memastikan anak-anak didik berjaya. Buat semua TAHNIAH!

Iqbal Hadi berikrar di majlis akujanji, aku harap apa yang diikrarkannya akan di kotakannya. Kadang-kadang dalam kesibukan aku juga alpa....

0 Rider Beraksi:

Bila Anak Tak Berapa Nak Berakal dan Mak Bapak Ikut Tak Cerdik.

1:54 PTG JunAina 10 Comments

Fitrah ibu bapa mempertahankan anak-anak, menjadi tanggungjawab untuk menjaga kebajikan selagi terdaya. Kalau dapat walau seekor nyamuk pun kita tak bagi hinggap di atas kulitnya, begitulah sayangnya kita sebagai ibu bapa. Kekadang kita terlupa, terlebih `protection' sebenarnya membuatkan anak tidak berdikari dan manja tak bertempat. Tanpa kita sedari sebenarnya kita merosakkan jati diri anak-anak kita. Ada ibu bapa yang terlalu mencampuri setiap urusan dan tingkah laku anak-anak sehinggakan mereka tidak mampu membuat keputusan selain daripada merujuk kepada ibu bapa. Kebergantungan yang keterlaluan akan menjadikan anak-anak ini hilang arah bila ke dua ibu dan bapa tiada di sisi.

Entri ini lebih kepada ingatan sesama kita. Jangan terlalu melindungi anak sehingga tidak bertempat, berilah ruang kepada anak-anak untuk membina keyakinan diri. Sekiranya anak-anak bermain bersama rakan sebayanya dan tiba-tiba menagis pulang ke rumah janganlah cepat melatah. Sebaiknya tenangkanlah anak, cari apa puncanya dan bertindaklah seperti orang dewasa yang berakal. Andai dia bergaduh dengan kawan, berebut barang atau terasa dipinggirkan oleh kawan-kawan berilah cadangan apa yang perlu di lakukannya dan pastikan cadangan yang di beri adalah positif.

Jangan mengharapkan kana-kanak menjadi orang dewasa yang mampu berfikir ke atas semua tindakan mereka. Jangan pula andai anak-anak bergaduh ibu bapa turut masuk campur kerana gaduh si anak sekejap lagi bermain bersama lagi, gaduh ibu bapa memutuskan silaturrahim telah terjalin dan meninggalkan kesan yang panjang.

~Teringat pada seorang jiran, anak dilepaskan bermain di tingkat bawah bila si anak menangis balik ke rumah dan mengadu dipukul oleh si polan si ibu menonggek turun cari siapa yang pukul anaknya manakala si bapa akan bercekak pinggang di hujung tangga. Tanpa usul periksa berani pulak tu memukul si polan yang memukul anaknya tanpa memikirkan budak itu jugak punyai `mak bapak' yang boleh mengajar mereka! Mungkin belum kena buku dan ruasnya!~

10 Rider Beraksi:

Surau dan Solat.

11:08 PG JunAina 2 Comments

 
Umum mengetahui surau sinonim sebagai tempat bersolat, kekadang kita juga mengadakan aktiviti keilmuan dan aktiviti-aktiviti lain selagi tidak bercanggah dengan tujuan surau didirikan. Kita semua menghormati surau sebagai simbol agama yang tidak boleh sesiapa pun pertikaikan kerana agama Islam adalah agama rasmi negara kita.

Menghormati surau bukankah perlu jugak kita menghormati setiap orang yang menggunakannya. Kadang-kadang mungkin tanpa kita sedari kita mengganggu orang lain yang melakukan ibadat. Banyak pengalaman yang sama-sama pernah kita semua lalui ketika menggunakan surau tak kira sama ada surau yang besar atau kecil. Bagai dikata isu ini sangat sensetif tetapi sama-samalah kita saling ingat mengingati.

Pernah suatu hari yang agak terlewat menunaikan solat zohor dan bila masuk kes surau terdapat lima jemaah yang agaknya baru selesai menunaikan solat. Selepas memberi salam aku bergegas menunaikan solat dan semasa membaca Al-Fatihah tiba-tiba aku kehilangan ayat yang sedang aku baca. Merasa cukup terganggu dengan suara berborak dan bergelak aku berhenti sembahyang beristigfar dan memulakan solat semula, bukan senang untuk khusyuk solat!
Dengan ruangan surau pejabat yang tidak sebesar mana, hanya boleh memuatkan 5-6 orang jemaah dan seandainya ada staff yang tidak sihat masih ada ruang untuk sekurang-kurangnya 2 orang untuk berehat. Berborak dan bergelak rasanya cukup untuk membuatkan orang yang sedang bersolat terganggu tanpa kita sedari. Tidak tahukan atau buat-buat tidak tahu? Mungkin kadang-kadang kita terlupa...mungkin jugak tidak sensetif dengan persekitaran.

Setiap yang baik itu datang dari Allah (s.w.t) dan setiap kelemahan itu datang dari kita sendiri. Renung-renungkanlah dan sama-sama memperbetulkan...

2 Rider Beraksi:

Pilihan Raya Tenang Yang Membuatkan Aku Semakin Tak Tenang.

3:16 PTG JunAina 4 Comments

Sejak kebelakangan ini selalu sangat Pak Tuan di tugaskan ke Johor. Esok lagi sekali akan ke Johor menunaikan tanggungjawab di piliharaya Dun Tenang selama dua minggu tapi kekerapan ditugaskan ke sana membuatkan aku sedikit `conpius'. Mula-mula dulu ada `inspection' katanya, kemudian konvensyen dan aku selalu mengusik pada akhir ayatnya jangan-jangan ada 2nd option kat sana...hahahhaa...

Bermulalah dua minggu yang memeritkan, mana taknya pagi-pagi merempit sendirian dari Kajang. Tengahari tiada pulak yang hendak melayan rengekan untuk makan tengahari (walaupun sebenarnya jarang makan tengahari tapi dapat bebas sekejap dari office adalah satu nikmat...). Balik kerja sendirian merempit lagi, sekarang pulak tengah sibuk biasanya malam baru balik...waaa...sejuknya merempit sorang-sorang di malam hari.

Kriss kesayangan aku selain dari Pak Tuan...dah lama berkhidmat hampir sembilan tahun. Jika dulu sendirian merempit tapi empat tahun kebelakangan ini punyai driver dan akan kembali sendirian pada awal tahun hadapan...


4 Rider Beraksi:

Saya Budak Baru Belajar.

12:52 PTG JunAina 2 Comments

Memulakan blog ini pada tahun Mac 2010, bila bebanan kerja sedikit kurang. Telah lama aku memendam perasaan untuk memulakan blog sendiri setelah melihat blog geng blogger yang ada tetapi keadaan yang tak mengizinkan membuatkan aku lupakan hasrat buat sementara waktu.

Menjadikan  kak azie sebagai idola coz aku suka sangat membaca ngomelannya kat blog dia. Mula mengenalinya sekitar tiga tahun lepas bila aku mula join aktiviti anakperlis.com. Pertama kali mengenalinya membuatkan aku tidak kekok berada dalam rumpun yang baru, peramah dan periang tapi yang aku heran macam mana orang Perak boleh join aktiviti anakperlis...hahahaa...jangan marah ya nanti kena jual. Kehadiran kak azie bagai dah 10 tahun kenal padahal itulah pertama kali kami berjumpa, pertemuan pertama kali di Majlis Hari Raya Anakperlis.com tiga tahun lepas di rumah Dr. Dinon dan Kak E. Aku sentiasa mengikuti perkembangan blognya sebagai `silent reader' tapi sejak akhir-akhir ini ada juga aku comment kat entri dia. Dah `confident' sikit le tu...

Tuan punya badan...Kak Azie....gambar ini kalau tak silap pada majlis sambut puasa dan meraikan pengantin lama tahun 2010 geng-geng anakperlis.com

Mula menapak dalam dunia blogger dengan menggunakan kombinasi nama sendiri juneaina dengan entri yang pertama mentari-muncul-lagi. Juneaina adalah gabungan nama panggilan kawan-kawan kerana dikalangan keluarga dan kawan-kawan semasa belajar memanggil June. Aina pula adalah panggilan mesra yang di beri seorang kawan dan ia kekal sebagai nama timbangan ke dua terutama di kalangan sahabat anakperlis.com.

Masih banyak yang perlu dipelajari, dalam kekangan waktu yang agak terhad. Kesibukan kerja dan kesibukan menguruskan rumah dan anak-anak, tiada istilah goyang kaki kerana sekiranya kerja di pejabat agak berkurangan aku mula berkira-kira untuk punyai projek sendiri di rumah! Ingin juga menyertai aktiviti geng blogger yang mana mazidulakmal menjadi orang kuatnya, agaknya belum rezeki. Dari Ice Room sehinggalah yang akan datang pertemuan-bloggers-2010 rezeki belum menyebelahi aku untuk turut serta.

Buat semua salam perkenalan yang agak terlewat....

2 Rider Beraksi:

Kesian Hikram...Beg Lagi Berat Dari Tuan!

8:55 PG JunAina 4 Comments

Minggu ini bermulalah persekolahan sebenar buat Junior, setelah menghabiskan dua minggu untuk suai kenal. Hari ini juga hari pertama dia membawa buku-buku yang telah dipilih mengikut jadual. Hari ini jugak si kecil ini merungut " Mama berat sangatlah beg ni, sakit belakang adik". Kasihan...

Isu ni dah basi, tetapi saban tahun ibu-bapa merungut kerana anak-anak terpaksa membawa buku yang banyak ke sekolah. Bayangkanlah satu mata pelajaran terpaksa membawa buku teks, buku aktiviti, buku tulis dan buku kerja tambahan. Sekiranya pada hari yang sama terdapat empat mata pelajaran di darab dengan empat bererti 16 buah buku terpaksa dibawak. Alahai...

Seorang ibu pernah merungut dengan seorang guru berkenaan isu beg yang berat ini tetapi jawapan yang agak sinis dan langsung tidak membantu yang dia dapat. Lebih kurang beginilah ayatnya " Nak cari ilmu kenalah susah sikit, bawak beg berat pun merungut. Saya pun hari-hari bawak beg berat, buku latihan murid saya bawak balik, bawak lap top dan kelengkapan mengajar lain." Heeelllooooo!!!! Berat badan awak tu berapa? Berat badan murid-murid darjah satu berapa pulak. Apa kes bila beg lagi berat dari berat badan sendiri, berjalan terpaksa bongkokkan badan kalau tak mau terletang budak!

Itulah isu basi, isu lapuk yang tiada penyelesaian sehingga kini. Makin canggih, makin maju tapi beg murid-murid sekarang mengalahkan berat beg zaman sekolah mak ayah mereka yang pada masa itu nak tengok komputer pun susah! Merungutlah ibu bapak sampai berjanggut, bila cakap banyak anak-anak pulak menjadi mangsa keadaannya kerana kadang-kadang ada cikgu yang sanggup sisihkan anak-anak yang mak bapaknya banyak `complaint'! Walaupun apa yang kita cakapkan untuk kebaikan.

Walauapa pun terima kasih buat semua guru yang mendidik anak-anak bangsa. Jika ikhlas bukan ganjaran dunia sahaja tetapi semua itu bekalan di akhirat kelak. Setakat ini anak-anak sendiri di SKKU belum pernah melalui detik yang kurang menyenagkan. Kekadang walau pun ada mak buat tak reti, malas nak ambik port! Jangan patah riuk dah le...

4 Rider Beraksi:

Syukur! Ujian Itu Ada Hikmahnya.

2:19 PTG JunAina 2 Comments


Memandang sekeliling seharusnya aku perlu bersyukur dengan ujian yang Allah (s.w.t) berikan pada aku seketika dulu. Perit, sakit dan terasa hidup ini terlalu tidak adil bagi aku tapi kini aku sedar setiap ujian itu ada kemanisan tersendiri. Mengenang semua itu aku merasa aku adalah antara yang bertuah dipilih untuk  menerima ujian sebegitu. Tika bahu menggalasnya terasa tak mampu lagi meneruskan segalanya, hanya padaNya kekuatan dipohon dan alhamdulillah kini aku mampu tersenyum.

Sejak dari usia dua tahun menjadi yatim, empat beradik bergantung sepenuhnya kehidupan kepada seorang ibu. Bukan mudah melaluinya, kepayahan walaupun hanya untuk mendapat sehelai baju sekolah atau sepasang kasut sekolah yang baru! Benda-benda lain lagilah langsung tak pernah terfikir tetapi emak tetap kuat semangat membesarkan dan memberikan didikan sebaiknya kepada kami.

Berbanding sepupu-sepupu yang lain kami perlu berusaha sendiri untuk mendapatkan sesuatu. Tika bersekolah semuanya datang dari emak, tiada ayah yang menyara kehidupan. Segala-galanya terbatas. Bila bekerja masing-masing membina kehidupan sendiri, membeli rumah dengan titik peluh sendiri, punyai kereta juga dengan duit sendiri. Alhamdulillah anak-anak emak tak menyusahkan emak di usia emasnya.
Kini dalam emak meniti usia emasnya aku berharap sangat emak akan bahagia melihat anak-anaknya walaupun tidak kaya tetapi mempunyai kehidupan yang tersendiri.

Setelah ujian yang di lalui dulu kini aku menghayati hikmahnya, alhamdulillah syukur padamu Ya Allah. Ujian satu ketika dulu yang kami terima penuh ketabahan kami terima manisnya kini. Rezekimu tak terhingga buat kami, punyai pekerjaan untuk menyara kehidupan dan dapat membantu emak pula, rahmat kesihatan yang baik tanpa penyakit yang serius dan yang paling penting kebahagiaan rumahtangga yang sehingga kini sentiasa aku doakan biarlah dia yang terakhir aku cintai!

Kesusahan itu mengajar kita erti kehidupan dan kekuatan hati!

2 Rider Beraksi:

Birthday Yang Terlewat

10:06 PG JunAina 2 Comments

Buat my Junior Happy Birthday sayang, dah menangis dan merajuk baru sempat mama belikan kek. 2hb Januari lepas abah si Syed ada belikan coklat yang mengalahkan harga kek mama tetapi bagi si Syed aka Junior aka Hikram no kek not his birthday celebration...hahhahaaa...

Dalam kesibukan selepas dua minggu tarikh birthday dia baru dapat belikan kek, dua hari sebelum tu Junior dah merajuk, menangis sampai kena jerkah dengan si abah tapi aku tahankan saja hati. Marah betul aku, kerana rajuk anak si abah pulak lebih-lebih naik angin...agaknya sterss kat opis kot. Masa beli kek si abah ok saja dan masa potong kek dia yang lebih-lebih potong kek dengan Junior!


 
Dah tak sabar nak potong birthday kek dia...nyanyi le cepat mama...


Hikram & his daddy cool yang kadang-kadang tak berapa nak cool...hahahhaaa...

Dalam rajuk, dalam mengantuk dan kekenyangan makan maggi dah tak lalu makan kek katanya(dia suka sangat makan maggi tapi mama selalu limitkan) habis jugak dua ketul kek...hahahaaa...

2 Rider Beraksi:

Angelina - Watie Elite

4:17 PTG JunAina 0 Comments


Kesian Angelina terpaksa mengharungi situasi sebegini dalam usia yang masih muda dan terlalu mentah. Walaupun apa statusnya apakah kesalahan dan kesilapan itu perlu di beban ke atasnya. Pertama kali melihatnya dalam rancangan Melodi hari itu agak terkejut dengan pengakuan beraninya.

Setiap orang melakukan kesilapan, setiap kesilapan pasti ada peluang untuk kita menginsafinya dan memperbetulkannya. Walau siapa pun yang bersalah sama ada Watie mahupun ibu angkat Angelina jangan jadikan anak gadis itu sebagai mangsa keadaan. Berbincang dan bertindaklah selayaknya orang dewasa, bukan tuduh menuduh dan saling salah menyalahkan.

Cerita lanjut dari manggaonline. 

Aku bukanlah suka sangat mengikuti dunia artis yang glamour tetapi bila melibatkan anak-anak sebegini aku cukup tersentuh. Mungkin itulah naluri seorang ibu. Sayang anak walaupun kadang-kadang bukan anak yang dilahirkan dari rahim sendiri!

Walaupun gambar ini di blurkan oleh wartawan Melodi tetapi peminat seni tanah air dapat mengagak siapa empunya diri. Watie perlu perbetulkan kesilapan...

0 Rider Beraksi:

Tetiba mengidamlah pulak.

1:29 PTG JunAina 2 Comments

Tengahari kemarin (semalam) dalam kekalutan 'driver' tak dapat jemput pergi makan tengahari, menapak le ke gerai depan office. Nasi goreng bekal masih ada just beli lauk je. Masa tengah bayar tetiba terpandang bungkusan kuih kat kaunter masa tu jugak le rasa macam meleleh je air liur...aduhhhh...

Mengidam kuih siput le pulak. Senang nak buat tapi aku tak senang, ada saja keributan dan kekalutan yang terpaksa di uruskan. Beli le sebungkus tapi buat lekat celah gigi jelah, kalau zaman sekolah dulu-dulu bungkusan macam tu baru 2 kupang kata orang Perlis. Beli semalam Rm1 tapi teringin punya pasal beli le jugak.

 Inilah rupanya kuih siput ceq beli, tak comei macam siput langsung tapi sekali je tuang dalam tapak tangan sebungkus tu...habissss...

Nak curi-curi masa hujung minggu nanti tak dapat gentel kuih siput dapat pusing adunan dengan mesin mee dah kira oklah. Buat lepas kempunan, nak makan puas-puas...hahahhaaa...
Terkenang-kenang kuih siput seseorang di suatu masa dahulu...rindunya...

2 Rider Beraksi:

Ditetak Madu

10:19 PG JunAina 2 Comments


Apa nak jadi dan apa dah jadi? Mendengar tajuk yang menggerunkan, kalau selama ini isteri kedua takut-takut dengan isteri pertama tetapi sekarang dunia dah terbalik. Isteri pertama perlu berfikir banyak kali untuk membuat sesuatu. Isu ini terlalu sensetif untuk di perkatakan tetapi itulah hakikat zaman sekarang.

Berkahwin dua, tiga dan empat bagaikan menjadi trend pada zaman sekarang. Tak perlu anda seorang yang berharta dan `berduit’, tak memerlukan juga wajah yang kacak dan tampan tetapi boleh `berbini’ lebih dari satu. Hairan sesangat butakah mata, butakah hati untuk membuat pertimbangan, kalau berkahwin pada akhirnya hanya membawa kemusnahan dan merana hidup rasanya biarlah menjadi andartu atau menjanda sampai bila-bila!

Bagi lelaki berkahwin lebih mungkin menjadi kebanggan tetapi mampukah? Jangan difikir kemampuan batin sahaja, kemampuan zahirnya macam mana? Kalau pun tak dapat bagi kemewahan mampukah menyediakan keperluan asas kepada isteri-isteri dan anak-anak. Cukupkah juga ilmu agama untuk menjadi penyelamat dan pembimbing, jangan bab kahwin je ikut sunah tapi bab lain buat-buat tak reti. Bukan ingin menyalahkan sesiapa tetapi setiap yang terjadi itu pasti ada sebab dan musababnya. Jadi tindakan isteri seperti dilaporkan dalam Harian Metro itu pasti ada alasannya yang tersendiri cuma caranya sahaja yang agak melampaui batas. Wanita juga bukanlah keras sangat hatinya kalau kena pada cara dan gayanya.

Kalau bercakap lagi pasal benda-benda macam ini tiga hari tiga malam pun tak habis, yang lelaki nak menangkan lelaki yang wanita tentulah ingin mempertahankan hak masing-masing. Ingatan untuk lelaki yang teringin nak buka cawangan baru...mungkin kita boleh menaggung di dunia ini tetapi mampukan kita untuk menjawab di akhirat kelak. `TEPUKLAH DADA TANYALAH POKET, CERMINLAH IMAN’!

2 Rider Beraksi:

Antara Taska, Bibik dan Pengasuh - Dilema Ibu Bekerja

12:12 PTG JunAina 2 Comments

Sungguh mengejutkan email yang masuk inbox aku pagi ini, hati aku terus bedebar-debar terasa sungguh sedih dan belas. Naluri seorang ibu walaupun mereka bukan anak sendiri tersentak dan terkedu. Mengapa begini? Lihatlah gambar-gambar ini terlalu menakutkan. Bagaimana andainya sesuatu kejadian buruk berlaku tanpa kita duga.




Andainya seorang atau dua yang menutup kepala menggunakan tuala atau selimut itu mungkin adalah habit tapi kalau majoritinya menutup muka atau kepala sebegitu adalah tidak logik sekiranya dikatakan sebagai habit. Ianya lebih nampak kepada paksaan supaya anak-anak ini tidur. Lihatlah bayi yang ditutup mukanya dengan bantal, andai lemas adakah galang ganti nyawanya.

Aku menjadi terlalu takut ,melihat semua ini. Ibu bapa memberi kepercayaan kepada taska untuk mengambil alih tanggungjawab menjaga sementara mereka bekerja dan ia bukanlah secara percuma! Seikhlasnya ibu bapa membayar sebegitu jugaklah ibu bapa berharap taska akan menjaga anak-anak bukan sekadar untuk mendapat keuntungan tetapi jugak ikhlas. Tiadakah perasaan belas dan ehsan di hati pekerja taska ini? Mungkin manusia zaman sekarang hatinya sudah sekeras batu!

Perjudian mempertaruhkan kehidupan anak-anak demi meneruskan kelangsungan hidup. Kehidupan sekarang terlalu mencabar sehingga kedua ibu bapa harus bekerja, untuk masa depan sekeluarga. Terlalu banyak cerita negatif tentang taska sejak akhir-akhir ini. Pengirim email ini memohon bantuan untuk menyelesaikan persoalan yang timbul. Rujuklah ke Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berada di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Bertindaklah sebelum sesuatu yang lebih buruk berlaku, bukan ingin menutup periuk nasi sesiapa tetapi sekadar menuntut hak yang terbaik buat permata hati kita.

Antara taska, bibik dan pengasuh ada pro dan kontranya yang pasti setiap ibu bapa mempunyai alasan tersendiri memilih kemudahan yang ada. Apa yang penting walau siapa pun yang mengambil alih tanggungjawab sementara menjaga anak-anak lakukanlah dengan ikhlas, pandanglah mereka sebagai memandang anak sendiri. Anak-anak seusia sebegitu memanglah tidak boleh total mengikut arahan kerana kita semasa kecil juga sebegitu. Meniarap, merangkak, berjalan dan bukan terus berlari dan berakal!

2 Rider Beraksi:

Hari Pertama - Keterujaan Melampau

7:27 PTG JunAina 0 Comments

Entri yang agak sedikit terlewat, dah nak basi tapi terujanya belum habis lagi. Sebagai ibu aku pun turut teruja kerana anak bongsu sudah mula bersekolah secara rasminya. Sedih rasanya bila memandang anak yang semakin membesar kerana bermakna sudah tidak ada si kecil yang boleh di manja-manja lagi. Secara rasminya juga tahun ini KBSR diganti dengan KSSR, bermakna sebagai emak aku juga harus belajar benda baru.

Hari pertama sekolah yang agak kalang kabut dan aku pun tak pasti kenapa, mungkin kerana tahun ini pertama kalinya Sek.Keb.Kajang Utama mengadakan ujian sebelum melakukan pengasingan kelas atau mungkin juga kehadiran Guru Besar baru (yang diklasifkasikan sebagai Guru Besar Cemerlang) yang ingin mengikut caranya yang tersendiri. Apa yang penting aku harap anak-anak di SKKU akan diberi layanan samarata tidak kira dari kelas mana jugak pun.

Junior yang agak lasak langsung tidak memperdulikan kehadiran aku, laginya halau mak balik...hahahahaa... Hari pertama berlalu, hari kedua aku masih menunggunya di kantin, mengambilnya bila tengahari dan mengajar menaiki van untuk balik. Hari ketiga keterujaan melampaunya membuatkan aku sakit jantung. Belum pukul 1 tengahari aku sudah terdengar suaranya"Assalmualaikum mama...!!! Adik dah balik!". Dan dengan bangganya dia menyambung ayatnya "Jalan kaki dengan kawan, lecehlah tunggu van lambatlah." Mak ai...mau nak pitam mak, memanglah jarak rumah dan sekolah tidak jauh tetapi kalau boleh aku tidak mahu membiasakan dia sebegitu. Bagi aku umur tujuh tahun (birthdaynya sehari sebelum sekolah bermula) tidaklah sesuai untuk berjalan balik ke rumah. Bimbang keselamatnnya, zaman sekarang terlalu banyak kejadian luar dugaan berlaku!

Di hari pendaftaran untuk tahun satu, berbaris menunggu cikgu untuk di bawa ke kelas menduduki ujian manakala ibu bapa diberi taklimat di dewan sekolah.



Hari pertama bersekolah.




0 Rider Beraksi:

She that me call 'Tok'

12:11 PTG JunAina 2 Comments

Gambar terbaru 'tok' di majlis pertunangan 
Zaher Affendi & Rosjuliana Hidayu di Bukit Mahkota 25.12.10.

2010 melabuhkan tirai dengan berita sedih buat anak, cucu serta cicit Senapi Man (my late tok ayah) dan Sarifah Salleh (she that me call tok) bila 'tok' dimasukkan ke hospital sehari sebelum tahun baru kerana mengalami kekejangan. Menurut doktor ia sebenarnya adalah 'minor stroke'.

Mengadu tidak mampu bercakap pada Maghrib 30hb Disember dan kaki serta tangan sudah tidak mampu digerakkan, anak-anak dengan segera menghantar ke hospital. Rupanya tekanan darah 'tok' naik sehingga 200 walaupun dia sebenarnya bukan pengidap darah tinggi. Terpaksa menunggu sehingga Isnin untuk scan bagi rawatan seterusnya kerana 31 Disember merupakan cuti umum sempena kejayaan pemain Malaysia merampas Piala AFF Suzuki buat pertama kali, keesokannya jugak cuti umum tahun baru dan lusanya cuti hujung minggu.

My 'mak' bermalam di hospital menjaga 'tok' sebelum mak cik balik dari Puncak Alam dan menggantikannya. Hari ini tahun baru 1.1.11 anak-anak semua telah berkumpul di kampung, mungkin mak lang yang menetap di Pahang akan menyusul lagi sehari dua. Cucu-cucu yang berdekatan semuanya telah melawat 'tok' dan aku hanya mampu mengiringi doa buatnya semoga cepat sembuh dan sihat kerana keadaan yang tidak mengizinkan.

Terkenang setahun yang lalu bila kakak 'tok' that me call 'tok wa' juga turut mengalami stroke tetapi lebih teruk dari 'tok' coz dia ada sakit jantung. Sehingga kini 'tok wa' tidak mampu untuk bercakap, sesekali dia cuba bersuara tapi agak sukar difahami. Alhamdulillah...tok masih boleh bercakap, kakinya jugak sudah mampu digerakkan cuma tangannya sahaja masih tidak mampu digerakkan. Doa yang terbaik buat 'tok'!
Semakin menginjak usianya kini lebih 80 tahun semakin aku memandangnya dengan penuh belas...tak mampu aku menatap wajah tuanya kerana setiap kali merenungnya pasti ada air mata di penghujungnya...

 
Tok & Tok Wa...gambar ini di majlis doa selamat menyambut Ramadhan di rumah tok pada tahun 2008.

2 Rider Beraksi:

Salam Tahun Baru

10:04 PG JunAina 0 Comments

 
2011 menjelma sudah, selamat tinggal 2010...2011 kini menjadi kenyataan yang harus dilalui untuk cabaran setahun yang akan datang, 2010 menjadi kenangan dan semoga kita dapat mengutip seribu pengajaran darinya.

Tahun ini tak ada azam baru coz azam tahun lepas pun belum separuh jalan aku capai, kesiannya...masih meneruskan kesinambungan azam tahun lepas. Aku berharap tahun 2011 ni aku dapat capai sepenuhnya azam yang tertunggak...
Tahun ini dalam kesibukan jugak aku hampir lupa yang hari ini sudah melangkau ke tahun 2011. Sibuk dengan tugasan, sibuk dengan urusan sekolah anak-anak terlalu menghadkan masa untuk aku kepada lain-lain perkara. Sehinggakan malam tahun baru yang biasanya kalau sudah tertidur akan tetap terbangun dengan bisingnya bunyi bunga api tapi tahun ini aku terus lena di buai mimpi, sedar-sedar sudah pagi!

Apa pun semoga tahun yang baru ini akan membawa seribu kebaikan dan kejayaan kepada kita semua. Pada sesiapa yang azamnya tak lepas-lepas macam `ceq' jugak berusahalah dengan lebih keras. Akhir kata `Selamat Tahun Baru' tingkatkan produktivti dan mutu hidup untuk setahun seterusnya.

0 Rider Beraksi: